Impellitteri
- Pedal to the Metal
(2004/JVC)

Impelllitteri kembali dengan seorang lagi vokalis baru (tukar lagi? Duh!) iaitu Curtis Skelton, menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan oleh Graham Bonnet yang sekali lagi telah keluar meninggalkan band ini. Skelton sebelum ini berasal dari band Speak No Evil yang berpusat di LA, dan kadangkala mengingatkan penulis kepada vokalis asal Imp… iaitu Rob Rock. Namun, perbandingan ini amat jelas pro dan kon nya kerana Skelton mempunyai vokal yang lebih dalam dari RR dan lebih kasar secara amnya, namun begitu, jika ingin diungkapkan dari terma keupayaan melodi; ianya boleh dianggap seri sebenarnya.

Penulisan lagu didalam cd ini lebih cair di beberapa tempat jika ingin dibandingkan dengan album 2002 ‘System X,’ walaupun begitu.. lagu yang berat dan bertenaga tetap mendominasi style permainan mereka. Secara menyeluruh, ini merupakan kepulangan Imp.. yang agresif, juga merupakan rilis yang menekankan improvisasi dan akan terus membuatkan anda berpuas hati. "The Writings on the Wall" membuka perjalanan Pedal to the Metal dengan permainan yang kompleks, dan kesemua "Destruction," "Judgment Day," "Propaganda Mind," dan "The Fall of Titus" memang hebat hebat belaka. "Hurricane" merupakan antara lagu paling berat yang pernah dicipta sepanjang karier mereka dude! Aaargh..!! "Crushing Daze" pula mempunyai seksyen yang lebih ‘chunky’ dan mengingatkan saya kepada intensiti yang dimiliki oleh band Sevendust. Apabila unsur sedemikian rupa dicampur adukkan dengan permainan lead guitar Chris Impellitteri, hasilnya ialah sebuah kombo yang begitu mencengkam roh si pendengar! "The Iceman Cometh" merupakan sebuah lagi karya yang berat, manakala "Punk" hadir dengan mood yang lawak. – menampilkan percampuran elemen rap/rock/efek yang bertujuan untuk mem’parody’kan si Eminem dan scene muzik "mainstream" amerika beberapa tahun kebelakangan ini. Sebuah lagi kejutan ialah lagu berat semi-jiwang "Stay Tonight," dimana ianya mempunyai korus yang catchy dan kuat.

Jika ada diantara peminat Imp yang kecewa dengan rilis mereka yang lepas, ini adalah sesuatu yang mampu menceriakan mereka semula.

P/s Beli album ni kalau inginkan sesuatu yang tipikal tetapi memuaskan hati anda!

4.7/5-Bijak_sinneR