Impiety
(Singapura)

-Paramount Evil
(Argonia Rec, 2004)

Raja Black Death Metal Asia, Impiety dengan rakusnya terus merobek dengan tahap permainan yang tinggi, kebrutalan yang tanpa henti dan yang pastinya aspek teknikaliti akan terus menjadi medan untuk membuktikan yang mereka masih hebat. Sebenarnya Impiety telah bergerak jauh daripada setiap album-albumnya sebelum ini dan hanya dengan memandang satu album sebelumnya iaitu ‘Kaos Kommand 696’, telah dapat dijelaskan bahawa elemen Death Metal akan sentiasa kukuh dalam muzik mereka. Paramount Evil jelas membuktikannya !. Apakah ini adalah disebabkan kemasukkan 3 ahli baru yang kebanyakkannya daripada kumpulan Brutal Death Metal yang dikenali iaitu Disgorge daripada Mexico, persoalan ini telah pun dijawab dengan hanya mengetengahkan album mereka sebelum ini iaitu ‘Kaos Kommand’ yang semasa itu dipenuhi oleh line-up tempatan daripada Singapura, Kerana ‘Kaos Kommand’ lebih mengutarakan elemen Death Metal berbanding album sebelumnya.

Dan Paramount Evil terus mengukuhkannya lagi, dan terus menjelaskan bahawa mereka sebuah kumpulan yang brutal malah aspek permainan drum yang pantas dan penuh dengan teknik masih terus dipraktikkan serta mungkin ada pertikaian mengenai kemampuan dan hasil daripada Oscar Gracia tapi bagi saya beliau masih dapat mengekalkan stamina sebagaimana drummer Impiety sebelumnya, juga dengan riffing yang sangat menarik malah jika diperhatikan penulisan lagu Impiety tidaklah hanya tertumpu pasa satu-satu genre kerana tanpa disedari mereka akan cuba mengadun irama Thrash Metal, adunan inilah yang tak pernah gagal dalam setiap albumnya seterusnya Paramount Evil sebenarnya akan lebih dihargai oleh peminat-peminat Death Metal !!!

Secara peribadinya, Paramount Evil diletakkan pada kekuatan sendiri kerana album ini semestinya lari daripada expectation daripada segelintir peminat yang sentiasa terkenangkan album mereka yang paling ‘memorable’ ‘Skullf*****g Armageddon’ juga album yang begitu brutal dan skill drumming yang lebih teknik iaitu ‘Kaos Kommand 696’ ataupun album mereka yang terawal yang lebih memberikan feel yang ‘eksotik’ dan seterusnya Paramount Evil terus membawa Impiety kepada kelainan tanpa terlalu memandang kejayaan yang sebelumnya dan sebenarnya Impiety tak pernah ‘tumpas’ dan akan sentiasa berbeza setiap keluarannya. Inilah kejayaan buat mereka.

-Pikrama

Impiety
(Singapura)

-‘Funeralight...’ cass-EP
(UHP , 1996)

Ini adalah keluaran mereka yang paling ‘rare’ , begitu sukar didapati kerana begitu terhad atas sebab ianya tidak di keluarkan lagi. Saya pernah melihat yang cetak rompak walaupun dengan kulit album yang berwarna ianya tetap kelihatan tidak asli kerana jika yang asli logo Impiety yang terpampang pastinya akan menyilaukan mata anda.

‘Funeralight...’ merupakan detik-detik awal mengenai muzik dan apa yang ingin dimahukan oleh Impiety , dengan muzik Black Metal yang paling kejam dan pada saya EP ini merupakan pembawaan muzik Black Metal yang paling kukuh tidak seperti selepasnya yang mana unsur-unsur muzik yang lain telah mula diterapkan walaupun boleh dikatakan album ‘Asaferul Awaleen’ juga merupakan Black Metal sepenuhnya tapi kerana terlalu banyak kesan efek telah digunakan terutamanya dalam vokal serta bunyi yang agak nipis dan ianya kedengaran tidak seberapa kejam sepertimana EP ini yang kedengaran agak asli daripada segi bunyi terus menampilkan suasana yang ‘raw’ tapi masih dalam kualiti yang begitu baik . EP ini tidaklah seperti dizamannya yang mana ketika itu terlalu banyak klon Black Metal Norway , segala-galanya ketika itu tertumpu kepada Norway dan ‘Funeralight...’ muncul pada waktunya dan seperti menghancurkan segala-galanya dengan muzik Black Metal yang begitu memberangsangkan , keyboard yang muncul sekejap-sekejap menghasilkan bunyi yang begitu ‘mengejutkan’ terus menambahkan suasana ketakutan ditambah lagi dengan suara latar yang begitu berhantu suasananya seperti menonton cerita seram , drum dimainkan dengan laju dan dimainkan dengan penuh variasi , sememangnya Iblyys meninggalkan ‘trademark’ beliau dengan permainan symbal yang unik . Inilah hasil yang paling berhantu daripada Impiety .

‘Funeralight...’ menampakkan hasil unsur muzik yang orthodoks , orthodoks bukanlah kepada permainan muzik mereka tapi dari segi irama yang dihasilkan daripada kekejaman Barbarik Black Metal , Impiety !!!

-Pikrama

Impiety
(Singapura)

-Kaos Kommand 696
(Osmose Pro. , 2002)

‘Skullfucking Armageddon’ begitu menyerlahkan permainan muzik unsur Thrash Metal , dengan setiap tracknya begitu diingati serta riffing gitar yang begitu sukar dilupakan ......Kaos Kommand 696 tidak menjejaki apa yang dilakukan sebelum ini , lagipun perubahan kali ini bukanlah begitu mendadak....
Sememangnya album kali ini antara yang paling kejam diantara keluaran mereka dan muzik yang paling kejam antara yang pernah mereka susun . Sound gitar yang agak tebal sedikit dan struktur muziknya yang lebih menyusuri kepada Death Metal , permainan dimainkan selaju mungkin dalam mewujudkan suasana yang huru-hara dalam menggambarkan kemusnahan dan kebencian yang amat dalam .. serangan padu drum yang agak laju dan begitu agresif dimainkan dengan cukup kemas dan ditambah lagi serangan gitar yang teratur bersama dengan riffing yang kejam..ya!!! riffing inilah yang membuatkan mereka unik..membuatkannya muzik yang betul-betul brutal ,antara yang paling Brutal....muzik yang tiada sebarang kompromi dengan melodik , muzik ‘Hyper-Blasting’ Death Metal yang tiada belas kasihan !!!.



5/5-Pikrama

Impiety
(Singapura)

-Kaos Kommand 696
(Osmose Pro. , 2002)

Jika anda merasakan "Skullfucking Armageddon" adalah yang paling ganas dari mereka, sila fikirkan semula. Kenyataan dalam 'press release' menyatakan "Band black/death paling ekstrem dari Asia! Tiada tandingan sehingga kini!" (begitulah lebih kurang terjemahannya) bukan strategi pemasaran semata-mata tapi itulah kenyataan. Tidak dapat saya gambarkan jika album keempat mereka melangkaui "Kaos Kommand 696" yang mana saya yakin IMPIETY tidak akan mengorbankan stail mereka dan memperlahankan muzik mereka. Tidak! Kesemuanya 8 lagu berrentakkan... apa yang patut saya labelkan?... Black atomic warmetal? Versi digipak dan LP mempunyai 2 lagu tambahan. Saya berharap sangat˛ pihak kastam Malaysia membenarkan ketiga˛ versi album ini lepas dengan selamatnya kepada saya.

5/5-Syukri Ishak

Impiety
(Singapura)

-Kaos Kommand 696
(Osmose Pro. , 2002)

A very brilliant and fantastic album! Yes,the Kommanders Of Kaos a.k.a Beast From The East IMPIETY strikes back with a brand new album after almost 2 years of silence since the release of the highly acclaimed "Skullfucking Armageddon" in 1999.
"Kaos Kommand 696" is by far the best album IMPIETY ever made and the most technical album in their 12 years of existance.Recorded at Berno Studios Sweden,this album features 8 tracks of pure chaotic,blasphemic and hatred towards christianity.The extermination of the filthy christian starts with an intro of the Kommanders Of Kaos shooting the christian choir with a machine gun and the song "Christ Fukking Christ" follow with 666 incredible in-your-face speed! I actually couldn`t decide which song is the best because all the hellanthems are simply amazing! I would say that all the songs are kult! A very good vocal work by Shyaithan,it`s more evil this time! 666 hails to Fauzzt for his excellent drumming which have made most of the songs become technical.This is indeed the best Osmose Productions release ever.By the way,Ustumallagam of DENIAL OF GOD has contributed his haunted vokills in this album(as back up singer).I wouldn`t hesitate to vote this piece of gem from hell as the best Extreme Metal release of 2002!

666 Hails to the Mighty Beast From The East,IMPIETY!

5/5-Firdaus Dunkelheit