Iron Maiden

-A Matter Of Life And Death
(2006/EMI)

Nah engko! Album Iron Maiden yang paling mutakhir, A MATTER OF LIFE AND DEATH, diteruskan dalam stail material berbaur progressif yang jika korang amati ia bermula dari Seventh Son, menghadapi sedikit evolusi di era Brave New World, turut mengikuti Dance of Death, dan akhir sekali berlanjutan hingga ke album diorang yang terkini. Ucapkan selamat tinggal kepada lagu membunuh diorang yang pendek pendek ala The Wickerman, The Fallen Angel, atau Wildest Dreams. Album kali ini lebih bercenderungkan struktur lagu yang berliku-liku, waktu signature yang kerap bertukar, lirik yang menjurus kepada kisah perang & komentari sosial.

Kebanyakan lagu terdapat dalam pace yang “aman”, cukup berlainan sekali dengan klise 2 album terdahulu, dari erti kata lagu yang laju pace-nya hanya terdapat pada lagu pendek : Different World & The Pilgrim. Walaupun setiap lagu boleh dirasai stail tradisional Maiden nya, namun terdapat sedikit “depth” dalam kesemua lagu, baik dari aspek lirik mahupun muzik. Boleh dikatakan keseluruhan album ini bertunjangkan epik yang panjang berjela seperti For the Greater Good of God, Brighter Than a Thousand Suns, dan The Legacy. Sesetengah mungkin merungut tentang lagu yang terlampau panjang, dengan banyak masa yang dihabiskan pada intro dan outro yang tidak berdistorsi. Walau bagaimanapun, sekurang kurangnya kebanyakan dari lagu tersebut tidak “menyerah” pada lagu klasik terdahulu seperti Achille’s Heel kerana mempunyai terlalu banyak korus yang repetitif. Malah, The Legacy (pastinyanya komposisi Gers yang paling mantap!) ditulis tanpa sebarang korus langsung; dan format naratif sebegini begitu berjaya sekali bagi aku jika dipandang dari sudut eksplorasi dan premisnya.

Seperti yang selalu dijangkakan dalam mana mana album Maiden pun, terdapat banyak kerja gitar yang mantap dipamerkan. Solo dalam The Longest Day mengingatkan Penulis pada kocakan gelombang laut ditengah satu pertempuran; For the Greater Good of God mengandungi kerja gitar yang inspiring; dan Lord of Light menampilkan apa yang pada Penulis , mungkin riffing yang paling thrash sekali. Bunyian bass berbentuk sound yang ekstrim tahap solidnya menjadi foundation kepada 3 axeman untuk bangkit; disamping permainan Steve yang brilliant melodic lines nya. Dalam kebanyakan lagu, Bruce menyanyi dengan mantap, terutama sekali pada lagu akustik yang mellow tentang kelahiran dalam Out of the Shadows. Akhirnya beliau kedengaran amat tenang dengan segmen yang lebih lembut dalam rangkap dalam The Longest Day, dimana beliau membina satu sense yang hebat mengikuti setiap rifing gitar yang berstail chugging dan rentak drum yang sederhana. Malang sekali, beliau kedengaran seolah olah tidak kena tempat dan seperti dalam keadaan stressed dalam lagu These Colours Don’t Run dan Lord of Light, namun ianya secara umum boleh dimaafkan dan tidak lah sehingga menjejaskan reputasi beliau.

Walau bagaimana pun, album ini tidaklah perfect, dan sedikit terjejas disebabkan oleh beberapa ralat. Part yang paling buat Penulis frust sekali ialah masa korus The Longest Day.. selepas je verse yang amat kuat metaforanya terjana semasa lirik “all summers long, the drills to build the machine/to turn man from flesh and blood to steel” dilaungkan, habis segalanya hancur bila Bruce masuk dengan korus yang tidak kena tempat, hampir memusnahkan keseluruhan nilai lagu dan mencipta apa yang mungkin selama ini single Iron Maiden yang paling anti klimaks.

These Colours Don’t Run ialah lagu yang lemah, dan ia mengambil beberapa kali sessi dengar hanya untuk mencari beberapa solo yang boleh dipertimbangkan. Dan sudah tentu, rata rata kesemua lagu lebih panjang dan lebih berentak slow dari kebiasaan katalog maiden yang lepas. Bagi korang yang mahukan album yang mengadungi lagu pendek dan sentiasa menyerang tepat di muka, Penulis suggest baik korang dengar je la Number of the Beast atau Killers.

Pada Penulis, Ini adalah salah satu album yang berjaya. Elemen progressif dalam stail mereka dapat disedari kehadirannya dengan kuat sekali, membuatkan album ini tergolong diantara album album mereka yang unik dan mantap. Lirik liriknya pula ditulis dengan baik dan begitu universal, setiap lagu mempunyai struktur & riffing yang kuat depth-nya. Secara kolektif, album ini mempamerkan kepulangan Maiden yang mendadak kepada stail tradisional mereka dan evolusi yang turut akan mengejutkan sebilangan besar peminat die hard.



-Bijak_sinneR

Iron Maiden

-Dance of Death
((2003/Sony))

Merupakan sebuah album studio kedua selepas penggabungan kembali vokalis Bruce Dickinson, dan melalui album ini… Mereka sememangnya menggunakan sepenuhnya segala peluang yang ada dalam memungut kembali cebisan-cebisan idea mantap yang tercicir didalam penghasilan ‘Brave New World’ yang lepas. Memang tak bagi can langsung dude! Hahah.. Masih lagi mengekalkan feel seperti album yang lepas, dimana sound dan akar metal klasik garapan Maiden diteruskan kesekian kalinya. Terdapat banyak guitar work yang kuat, solo yang memberangsang, dan beberapa part lenggok high pitch vokal yang membunuh, terima kasih banyak-banyak diucapkan pada anak tekak milik Dickinson. Merujuk kepada seksyen gitar, terdapat banyak lagu yang hebat, solo/ritma yang dipanjangkan lagi, dan ketiga tiga mat kapak Maiden kali ni betul-betul bersinar didalam cd ini, jika anda perdengarkannya dengan teliti. Ramai rakan ada bertanyakan saya samada album ini lebih bagus dari BNW atau tidak, dan ianya memang sukar bagi saya untuk menentukan. BNW tidak dinafikan mempunyai sebilangan lagu yang kuat dan cukup senang melekap di fikiran, antaranya lagu seperti "Fallen Angel" dan "Dream of Mirrors". Walau bagaimana pun, album tersebut juga mempunyai beberapa track yang dirasakan sedikit tergesa gesa dan terburu-buru , dimana ianya sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan feel si pendengar. Manakala lagu yang bagus dan sememangnya lebih berat dari era Blaze pula kedengaran sedikit pendek. Bukanlah saya nak katakan ianya tak bagus.. Cuma Maiden telah menempa legasi dalam menghasilkan track yang berjela jela panjangnya yang bisa membuatkan anda terawang awang (subconciousness) menghanggukkan kepala! Dengan DOD, anda tidak akan dapat rasa macam anda di dalam keadaan tergesa-gesa. Ianya kelihatan seperti mereka menggunakan masa studio yang secukupnya – tidak lupa juga pada proses penulisan lagu lagu mereka diberikan sepenuh penelitian yang diperlukan. Ini dibuktikan dengan penyusunan yang lebih konsisten, lengkap dan ditulis dengan begitu baik dari awal hingga akhir setiap lagu. 6 daripada lagu dijumpai dalam 6 minit panjangnya, dengan beberapa lagi baki lagu yang panjangnya mencecah 8 minit! Namun anda tidak dapat menidakkan hakikat bahawa ada juga sebilangan lagu yang dianggap sebagai lagu cukup korum. (filler) Tak banyaklah tapi.. Cuma sedikit je bagi saya.. Single pertama yang rancak & fast pacing dari mereka, "Wildest Dreams" menjadi pembuka tirai dengan bersemangat sekali.. namun kebanyakan peminat akan bakal menemui banyak lagi lagu yang lebih hebat lagi kemudiannya.. Tooling gitar yang dimuatkan dalam bingkai "Rainmaker's" memberikan sound yang laju namun masih lagi smooth, dan kerja verse dalam "No More Lies" membenarkan ia menonjol, walaupun dengan korus ringkas yang kerap diulang kembali. "Montsegur" mengungkap kembali ingatan saya kepada lagu "Losfer Words," Arghhh….!! Betul betul sebuah santapan telinga yang berat! Kisah epik perang dunia pertama turut diselitkan dalam "Paschendale" yakni bakal membuatkan anda mengukir senyuman. :) Lagu judul album pula boleh dikatakan mempunyai aura dari lagu cult "Fear of the Dark" dimana ianya dimulakan dengan feel yang ringan sebelum diadunkan dengan sound distortion & dikisarkan dengan kerja gitar stail Maiden dengan sedikit saduran bunyian orkestra yang ringan. Manakala "New Frontier" dijumpai dalam bentuk ringan seakan "Wildest Dreams," menampilkan korus yang baik, dan "Face in the Sand" ialah sebuah lagi cut yang menarik. Apa yang dapat diperkatakan tentang “era” peringkat ke-4 Maiden disini, Reputasi positif seharusnya diberikan kepada sebuah band yang membesar dan semakin berevolusi ini semenjak dari 'Brave New World' lagi, dimana penulisan lagu dan emosi memainkan point yang utama untuk menuju direction yang diidamkan. Mungkin DOD bukanlah sebuah top rilis sepanjang karier Maiden, namun ianya adalah sebuah album yang baik dari terma klasik dan sungguh tradisional sekali dari genre metal.

4.25/5-Bijak_sinneR