|
Kembali menonjolnya gitaris handalan yg sebelum ini begitu dibayangi oleh Malmsteen – tapi munculnya Joe Stumps bukanlah untuk mendefinasikan semula muzik beliau dan untuk mengenepikan setiap pandangan yg tak lepas membandingkan beliau dan Malmsteen, tapi album ini lebih menjurus kepada pengakhiran skill dan idea yang telah dicurahkan . Dengan sebuah album terbaru dan tajuk yg lebih ‘catchy’ - ‘Speed Metal Messiah’ - pastinya dengan sepantas kilat ia akan mendapat perhatian dari mana-mana individu yg melihatnya. Saya bukanlah mengikuti setiap perkembangan dari beliau mahupun seorang pemain gitar, tapi album terbaru beliau menyaksikan kebangkitan beliau dari pelbagai sudut. Yang boleh kita bandingkan dengan album-album solo sebelumnya.
Walaupun ianya hanya sebuah album instrumental tapi rangsangannya sangat kuat. Album solo ke-7 Joe Stumps, telah mencapai segala-galanya. Produksi yg hebat begitu membantu album ini. Inilah shredding gitar yg memorable dari beliau. Secara asasnya muzik yg beliau hasilkan tidaklah jauh dari kumpulan beliau Reign Of Terror. Tapi khasnya ‘Speed Metal Messiah’, ia menjadi amat extreme untuk sebuah album instrumental. Kelajuan shredding ataupun arpeggios dan kepadatan gitar kedua menyerlahkan album ini. Shredding beliau bukanlah mengejar kepada kelajuan semata-mata tapi bersama membina sifat yg ‘energetik’ bersama pendengar. Kita akan ternganga dengan skill beliau dan turut juga membawa kita merasainya bersama-sama muzik harmoninya yang sangat mudah diterima.
Lagu ‘Speed Metal Messiah’ menampilkan shredding yg begitu laju , sangat ganas dan line chord yg licin menjadikannya satu lagu yg paling menonjol dalam album ini. Secara amnya elemen dan variasi permainan gitar yg ditunjukkan beliau untuk lagu-lagu seterusnya adalah pengilham yg amat berkesan dan skala gitar Metal yg ditampilkan beliau amat jelas dan digunakan sebagai pengaruh utama. Mmg sukar untuk ketepikan setiap shredding yg beliau tampilkan, Joe Stumps berjaya menggilap ideanya dengan penuh teliti. Tanpa menidakkan elemen Neo Classical beliau bermain dengan perasaan. Ia sangat ‘defined’ dan penuh kekemasan, solo-solo beliau bagaikan penyerapan tenaga dan kita takkan berdiam ketika mendengarnya. Joe Stumps rulesss again !.
-Pikrama
|