
|
 |
 |
Kataklysm (Kanada)-Serenity In fire (Nuclear Blast , 2004)
|
|
Akhirnya mereka mengambil satu keputusan yang bakal mencabar kredibiliti yg telah dibina mereka selama ini, mungkinkah Kataklysm telah berputus asa? Manakan tidak ! Kurangnya drum yg menggrinding dan aksi helikopter banging serta lagu-lagu yg ‘meribut’ tidak menguasai album ini. Tapi dalam sedar tak sedar sebenarnya Kataklysm cuba mengambil dari satu perspektif yang lain walaupun ia bukanlah elemen yg asing buat mereka tapi album ini mendapat kritikan yg pedas dari para pengkritik, tidak sebagaimana album sebelumnya ‘Shadow And Dust’. Satu perspektif yg mungkin akan menggugatkan elemen ‘Kanadian Hyper-Blasting’ yg sering ditonjolkan mereka semenjak awal karier.
Tapi inilah tragedinya , ia bukanlah sebuah album yg mampu memberi ‘ketahanan’ yang berkekalan untuk pendengar atau khususnya peminat-peminat mereka, ia tidak memberikan impak yg sangat besar. ‘Serenity In Fire’ lebih dilhat satu evolusi buat Kataklysm, mungkin mereka tidak dapat mengekalkan ‘kekuatan’ semenjak permulaan mereka dengan album 'Shadows & Dust'.
Dan seperti yg dikatakan jika kita ingin melihat dari perspektif yang lain , Kataklysm bukanlah gagal sepenuhnya Serenity In Fire masih disusun dengan lebih padat tapi masih kurang dari segi komposisi yang lebih memorable. Sepertimana yg dilakukan mereka di dalam album ‘Shadow & Dusk’. Tapi jika kita inginkan sesuatu cabaran tentunya album ini akan dipandang pada sisi yg lain – secara jujurnya ia sangat ‘menangkap’ dan melodik, lebih generik dan lagu-lagu seperti ‘The Ambassador Of Paint’, ‘The Resurrected’, ‘For All Our Sin’ dan juga tajuk album ‘Serenity In Fire’ mampu memberikan semangat bila setiap kali mendengarnya. Lebih mengingatkan sebuah lagu mereka iaitu ‘Rays Of Ra’ yang dimuatkan sebagai lagu bonus didalam digipak ‘Sorcery’/’Thy Mystical Gate…’(demo) yg diterbitkan pada tahun 1998 . Sebab itu ia bukanlah perkara baru buat Kataklysm , yang turut pernah dituduh sebagai komersil kerana menggunakan elemen Progresif didalam album Sorcery dan album seterusnya. Tapi ia adalah perkara biasa pada hari ini kerana banyak band extreme Metal menggunakannya terutama daripada US.
3/5-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
Kataklysm (Kanada)-Shadow and Dust (Nuclear Blast , 2002)
|
|
Bayangkanlah Death Metal dimainkan selajunya tanpa ada unsur tipikal yang membosankan..digarap dengan permainan teknikal serta dimasukkan dengan sedikit melodik..itulah Kataklysm sejak awal kemunculan mereka daripada zaman demo sehingga album ‘Temple Of Knowledge’, muzik Death Metal mereka begitu saya minati.. selepas album ini berita mereka lebih kepada unsur muzik hardcore begitu mengecewakan , berita ini selari dengan keluarnya mereka daripada Nuclear Blast sewaktu ketika dahulu serta penarikan diri oleh ahli.
Album terbaru mereka , ‘Shadow and Dust’ lebih ganas , Death Metal yang padu....begitulah maksudnya setiap ulasan yang saya baca . Saya sendiri tak menafikan apabila mendengarnya sendiri terasa seperti mula-mula mendengar keluaran mereka..entah apa jadi dengan berita tentang mereka dan muzik hardcore saya tidak berapa pasti kerana saya dah tak ambil pusing tentang mereka selepas itu...namun kali ini Kataklysm kembali bersemat dihati , hati yang sentiasa dahagakan muzik yang laju , padu dengan muzik yang teratur dengan mengekalkan unsur Death Metal dengan muzik yang brutal tapi kemas...kekemasan Death Metal mereka juga dapat dilihat dengan lagu mereka yang agak berentak ‘sederhana’ . Teknikal dan melodik yang dimaksudkan memang cukup menarik tanpa ada pengaruh walaupun sedikit daripada Sweden Death Metal , walaupun lirik mereka tidak seperti dahulu yang lebih kearah Occult namun muzik Death Metal nya cukup sebagai penawar rindu.......
5/5-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|