Klimt 1918 (Itali) Dopoguerra
(Prophecy Productions, 2005)

Sehingga kini saya masih gagal mencari maksud Klimt 1918 , tapi persoalan yang lebih besar ialah muzik mereka. Semenjak album pertama lagi telah saya katakan mereka mempunyai satu intuisi yang mampu diterjemahkan kepada rangkaian kod dan sentuhan perasaan yg diwujudkan oleh vokalis mereka. Klimt 1918 bergerak sejajar dengan setiap impian. Impian yg dibina bersama satu jajaran etnik serta umpama cuba melengahkan satu perasaan, walaupun secara amnya elemen etnik bukanlah satu cara mereka tapi secara sendirinya ia terhasil dengan lebih jujur. Muzik bagaikan satu pentas yg begitu efektif buat band dari Itali ini.

Pada mulanya kita akan merasakan seperti satu kekurangan, ia bukanlah perkara yg mudah walaupun lemparan komersil akan berkias dalam perspektif berlainan penulisan untuk mereka – tapi kiasan komersil tidak akan diangkat dengan lebih tinggi kerana pendapat lain dalam penulisan ialah mereka kekurangan daya ‘penarikan’ – iaitu satu elemen mudah diterima secara bulat-bulat. Tapi ini bukanlah asas Klimt 1918.

Mereka umpama satu seni, saya tahu perkara ni sangat subjektif sebenarnya tapi kekurangan yg dimaksudkan akhirnya dengan perlahan-lahan hilang. Muzikal mereka terbina dengan berperingkat dan terus berkembang dalam fikiran. Mood dan perasaan yang diluahkan mereka akan menjadi lebih ringkas dan mudah untuk difahami. Akhirnya ‘Dopoguerra’ menjadi amat dihargai. Muzik yg terasas dari seni jiwa.

Ia amat jelas dengan gaya vokalis yg mampu mengusik hati, lenggok yg amat asli dan penggunaan key rendah tidak membuatkan produksinya tenggelam, suara nyaring yg rendah oleh vokalis mereka begitu jelas. Dengan variasi pada setiap elemen dan penggunaan intrumen yg ‘genious’ dan melodi yg memukau, meletakkan muzik mereka pada satu tumpuan. Irama berat antara ringan menjadikan album ini padat dan keras pada satu masa, tanpa merasakan ianya satu ballad. Dopoguerra terbentuk khususnya dalam elemen yg penuh emosi.



-Pikrama

Klimt 1918 (Itali) Undressed Momento
(My Kingdom Music,2003)

Penampilan muzik yang paling menyentuh perasaan , ianya begitu ‘atmospheric’ dan harmoni , rasanya ungkapan ni masih belum menjelaskan perasaan saya dalam menganggambarkan album ini . Setiap promo yang saya terima terutamanya daripada Itali tak pernah gagal dalam penyampaian ‘clean’ vokal . Klimt 1918 menyerlahkan lagi pendapat ini dengan lenggok vokal yang begitu menarik dengan banyak menggunakan nada rendah dan penuh perasaan lantas memberikan kesan yang amat ketara kepada muzik mereka memang tak hairan kerana penggunaan vokal amat penting dalam muzik sebegini namun pada saya setiap ahli mereka juga memberikan sumbangan yang bermakna terutamanya dalam permainan dua gitar yang sering diselang-selikan dengan ‘strumming’ yang berpengaruhkan muzik Alternatif Rock dan Metal hasil gabungan yang menampakkan variasi melodi yang lebih ‘depressive’ , unsur Metal yang dimaksudkan adalah sound yang berat pada satu bahagian gitar yang mana lebih memudahkan saya untuk mendekati dan lebih menikmati muzik yang melankolik ini. Satu hasil kerja yang paling baik untuk peminat-peminat lagu ‘clean’ vokal dengan muzik berat dan ringan yang agak seimbang . Muzik yang penuh dengan kesedihan .

p/s-album ini boleh didapati di SmphonieX

5/5-Pikrama