|
Tahun yg penuh rahmat. 2006 lagi sekali mencatat munculnya sebuah album daripada Krisiun. Dengan deretan album yg mereka ada. Krisiun nampaknya seperti tak penat langsung untuk rakaman ‘AssassiNation’. Tak siapa yg berani untuk menjangkakan mereka akan memperlahan tempo. Krisiun umpama saat kemusnahan yg tak terkawal.
‘AssassiNation’ adalah satu tragedi dan merupakan pesta utk semua Death Metallers bermegah dengan genre yg pernah dikatakan hampir pupus ini. ‘AssassiNation’ merupakan pengiktirafan terbesar daripada mereka untuk semua peminat. Dengan album terbaru ini, Mereka seolah menggilap semula gitar yg ada, dan hasilnya sangat menakjubkan, umpama imaginasi menjadi realiti. Hasil kerja gitar mereka berada pada tahap tertinggi, pengolahan yg akan memastikan penguasaan mereka . Lagipun kalau nak dibandingkan dengan hasil kerja terdekat , ‘Works of Carnage’ ataupun ‘Bloodshed’ , Krisiun sentiasa akan memastikan album terbaru ini adalah sesuatu yg ‘refreshment’ . Kalaupun ingin didebatkan secara muzikal. Setiap album mereka ditampilkan dengan penuh semangat teruja. Seni kepada kepantasan dan sedikit groovy- hasil Death Metal yg tak pernah diduga.
Krisiun seakan tidak mahu berlengah – kelajuan muzik dikejar tanpa membunuh elemen sebuah muzikal – itulah yg terus dilakukan mereka. ‘Drum attack’ yg berterusan dan ‘blasting beats’ yg akan menggegarkan setiap sel otak. Krisiun akan sentiasa jauh lebih baik dari sebelumnya ...
4.75/5-Pikrama
|