Lamb Of God
- Ashes Of The Wake
(Epic Records 2004)
Sekali lagi aku telah di ‘kelepet’ dengan hype yg digembar-gemburkan tentang album ni. Ramai bebudak Myspace memanggil album ni laju, berat cam neraka, dan gila babeng punya teknikal. Malang sekali, apabila aku berikan diri aku percubaan mendengar, aku dapati album ni langsung jauh dari gambaran yang aku dengar selama ini. Mungkin album ni berat dan secara moderate nya laju, tapi teknikal? Biar betul engkau? Langsung tak !. Diorang ni cuma boleh main stail palm mute, itu je. Dan diorang gunakan teknik ni pada keseluruhan album. Album ini bermula dengan begitu promosing. Pada mulanya aku cukup puas hati gak la dengan stail permainan diorang yang unik. Malang sekali, kesemua lagu kedengaran sepesen je sampai track terakhir. Setiap lagu dipenuhi dengan riff on-off, diselangi jeritan tanpa sebarang gitar solo dan ini merupakan satu usaha yg takde variasi langsung. Lagu tajuk album ialah satu-satunya lagu yang ada solo gitar dan sebagai hasilnya merupakan satu-satunya lagu yang berjaya melekat kat otak aku.

Manakala lagu lain lak adalah belen riffing bosan on-off yang kita dengar dari 5 lagu sebelumnya. Memang obvious yang diorang ni punya bakat muzikal yang mantap. Drummer diorang sound bagus, dan gitar pun dahsyat sebab diorang punya inisiatif untuk buat lain dari yang lain. Itu kita kena respek tanpa prejudis. Tapi malang sekali, diorang taknak gunakan kelebihan yang aku cakap tadi, dan lebih selesa memilih untuk stay pada satu jenis formula sahaja pada keseluruhan lagu.

Aku mmg tak ada sebarang problem tentang pendekatan genre yg diorang bawak. Diorang ni semua ternyata Metal, plain & simple, tak ada langsung –core tu. Apa yang aku hangin satu badan bila band camni jadi popular dalam scene metal pastu jadi trend. Mereka yang tak kenal Metal akan menganggap ini lah dia Metal yang sebenar. Aku terpaksa cakap, benda camni la yang selalunya menakutkan aku. Metal ialah sejenis muzik yang mempunyai segenap variasi dan ruang peluang untuk melainkan muzik yang digalas, ia adalah sejenis muzik yang sungguh menakjubkan! Kenapalah diorang ni pilih untuk mereplikakan muzik diorang untuk jadi sepesen? Jawapan tu di luar bidang pengetahuan aku. Kalau diorang bikin 11 lagu yang berlainan, aku rasa aku mungkin suka kut kat band ni. Lagu pertama membuatkan aku suka, lagu kedua membuatkan aku lebih happy tapi masuk part lagu ketiga, aku mengharapkan sesuatu yang baru dan segar. Malang sekali, harapan aku tak kesampaian.



1/5-Metal Basher