Langsuyr

-Asyik
(Clockwork Rec . , 2006)

Adakah mana-mana band yg mampu menandingi kejayaan yg diterima mereka sebelum ini . Langsuyr bergerak sebagai lagenda untuk scene Metal, amnya di Malaysia dan Singapura. Realitinya sebagai sebuah kumpulan yg penuh kontroversi, pastinya utk menyangkal ayat awalan saya bukanlah sesuatu yg mengejutkan. Dan usaha mereka mencipta hype dan segala trend yg pernah melanda Malaysia tentunya akan terus diingat , mereka seolah membuka satu ruang debat melalui muzik dan kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini dan ia adalah sesuatu yg pro dan contra . Hakikatnya Langsuyr dilihat sebagai trendsetting, berbeza dengan asas konvesional yg seringkali dipegang oleh mat Metal pada sesuatu masa/zaman …

Saya pasti dengan pengumuman yg pernah dbuat Bentara (dahulu dikenali sebagai Batara) utk menghidupkan semula Langsuyr adalah sesuatu yg mengejutkan jika diantara anda yg pernah membaca temuramah beliau bersama MetalTerus dahulu.

Dengan kelahiran semula ini, Langsuyr telah mengemaskini semua pendapat yg pernah dipegang dan diluahkan … tapi ia adalah kemunculan yg penuh berbelah bagi utk peminat setia mereka , seperti berada dipersimpangn dgn jalan yg tak pasti … antara baik dan buruk .

Dengan itu muncul lah sebuah album ‘Asyik’ , Secara semulajadinya Langsuyr takkan mengambil mudah dan mengikut apa sahaja yg berlaku didepan mata . Dan ‘Asyik’ sepertimana demo ‘Occultus Mysticism’ dan Ep ‘Eastern Cruelty’ merupakan satu lagi menongkah arus daripada mereka , Tapi ini memerlukan satu penjelasan lanjut – Apa yg berlaku terhadap Langsuyr daripada segi lirik adalah perkara yg dijangka - manifasti daripada keadaan yg berlaku di sekeliling dan daripada kerohanian, walaupun Cromok mahupun FTG pernah melakukannya tapi ditangan Langsuyr –sebuah band yg dikenali dalam dunia ektrim Metal , ia kelihatan lebih signifikan . Dengan perubahan yg dilakukan tentunya Langsuyr diawasi rapi , mampukah mereka mencipta lagi satu ‘breakthrought’ secara muzikal

Walaupun mereka cuba menidakkan in term teknikal kepada rilisan lama yg telah mencapai status kvlt , sayangnya ‘Asyik’ seolah kurang rumusan yg meyakinkan dalam menjadikan lagu dan riffing yg lebih memorable (spt dahulu) walaupun kalau kita mengenepikan kelajuan ‘bpm’ . Peliknya lagu permulaan epik ‘Asyik’ adalah paling meyakinkan untuk saya , guitar attack , flow lagu yg menarik dan tanpa dinafikan vocal Lan yg sentiasa ‘defined’ berserta dgn pantun lama yg menambahkan atmosphere asli . Tapi satu lagu bukanlah pengukur kejayaan dan kejatuhan sebuah album !!!

Langsuyr bukan seperti dahulu. Walaupun dgn mengenepikan perasaan emosional dlm membandingkan rilisan sebelum ini - ‘Asyik’ merupakan penghasilan studio yg ‘bersih’ dan permainan yg sempurna, mungkin kerana ianya agak sederhana laju . Saya setuju mengatakan mereka mengolah melodic tanpa terlalu terikut atau dipengaruhi dengan scene Swedish , tidak seperti yg terjadi kepada (yg taktau malu) NWOAHM (New Wave Of Amerika Heavy Metal) . Berbalik kepada Langsuyr , dengan sound dan muzik yg ‘light’ , dan ini bukanlah utk headbanger – sesuatu yg sing-a-long daripada band Extreme Metal . ‘Loss Some , Gain some’ adalah sesuai utk Langsuyr menafsir peminat dengan album ini



3.5/5-Pikrama