|
Untuk mencari Profile pemuzik handalan Metal di Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesanggupan kita untuk menerima sesuatu. Sesuatu yg dianggap agak jarang dan kurang diberi perhatian, bersediakah peminat extreme Metal serta mereka yg kononnya adalah khalayak Underground menerima satu gaya instrumental begini . Max Ayi muncul dalam rimbunan yg entah dari mana, tapi semasa berjumpa beliau, beliau bukanlah amat asing dengan scene Underground Malaysia. Bermula sebagai seorang peminat extreme Metal kini lebih menumpukan tenaga dan minatnya yg telah lama wujud didiri beliau iaitu Gitar.
Tajuk album beliau secara relatifnya adalah sangat sinonim dengan komik. Mungkin pengaruh beliau dalam menghasilkan sesuatu yg amat personal ini. Tapi jika anda cuba memandang rendah, nampaknya anda tersilap besar. Pencampuran formula amat berjaya sekali. Ia bermula pada produksi – mempunyai studio sendiri adalah satu kelebihan tapi dengan bermain segala instrumen bersendirian dan berjaya dapat sound yg jelas tanpa meninggalkan kesan-kesan khas adalah pemula kejayaan.
Seterusnya kejayaan yg lebih besar adalah muzik keseluruhan dalam album ini. Sebagai seorang peminat extreme Metal beliau akhirnya terus mencurahkan segala pengaruh yang ada ke dalam album ini. Muzik latar menampilkan sound yg keras, ianya pasti dengan pantas menangkap imaginasi seorang Metallers sejati. Kerja gitar dibahagian latar serta permainan drum telah dihasilkan dengan teliti, variasi yg jarang diberi perhatian oleh kebanyakkan gitar hero. Dan yang utama ialah kerja-kerja shredding beliau yg amat menonjol, daripada neo-classical ke blues juga dari rock ke Metal, segala-galanya lengkap melengkapi. 15 buah lagu yg ditampilkan tidak dirasakan terlalu lama. Secara jelasnya keseluruhan lagu beliau mempunyai tenaga – pendengar dengan mudahnya mendapat ‘vibrate’ setiap solo dan shreding beliau dari hasil solo-solo yg tajam bersama melodi yg bermakna. Kita takkan pening dengan kod dan bunyi yg terlalu experimental. Max Ayi lebih ‘direct’ serta turut menampilkan skill beliau yg tinggi, hasilnya adalah sangat matang, kualiti yg jarang ada di Malaysia. Dengan hanya keluaran sulung beliau berjaya menggalas gitarnya dengan cemerlang.
-Pikrama
|