Mayhemic Truth
-Demo 1 (D.I.Y)

Demo ini mempunyai segala yang anda dapat jangkakan dari sebuah kumpulan Black Metal dari Jerman. Produksi yg cincai, vocal yg lawak & riff gitar macam taik serta repetitif. Sesiapa yang suka Black Metal mesti menghargai album seperti ini. Untuk memberitahu perkara sebenar. Kadang kadang tidak banyak perbezaan yang dapat kita kesan diantara sebuah demo dan betul betul "produced" punya album Black Metal.

Demo ini dimulakan dengan sebuah track yang dipenuhi dengan riff gitar yg mudah dilupai dan blast beat drum yang mereka sendiri pun mungkin akan lupa kut. Tiada satu pun yang istimewa tentang track ini mungkin bahagian growl rawak yg menghidupkan lagu ini.

'God In Ruins (Your Blood Is Like An Ocean)' menjadi pembuka dengan melodi Black Metal yang hebat. Anda mesti boleh baca yang mereka ini ingin cuba mendapatkan feel yang gelap dan penuh misteri seperti mana Black Metal dikenali dengan sifatnya tetapi nyata usaha tersebut tidak kesampaian oleh kerana bunyi distortion yang dihasilkan dari gitar memang potong stim. Muzik tampak hebat tetapi tidak secucuk dengan atmosphere yg dipersembahkan. Drum pun agak biasa biasa sahaja. Dah nama pun demo Black Metal, jadi memang lah terkenal dengan drum yang tidak masuk akal. Satu satunya masalah dengan lagu ini ialah panjang sehingga 6 minit lebih. Dalam 2 setengah minit pertama anda sudah pun qhatam mendengar keseluruhan intipati lagu manakala minit yang selebihnya hanya ulangan demi ulangan riff yg sama.

Lebih jauh anda mendengar album ini semakin kurang ia kedengaran seperti muzik Black Metal. Dengan setiap lagu yang sound distortion gitarnya makin berkurangan raw nya seakan akan bunyi computer yg di on kan suis. Ia seolah olah anda mendengar deruan angina sebuah kipas di dalam komputer berpusing dari mendengar sebuah demo Black Metal.

Bila mana sebaik sahaja lagu terakhir muncul dan pergi penulis langsung tak terperasan kehadiran bunyi gitar. Demo ini seolah satu turutan penurunan kreativiti dari lagu yang best hingga ke lagu terakhir yang tak best. Agak memeranjatkan juga apabila mereka meriliskan satu koleksi lagu yang sampah dalam satu demo kemudian berjaya mendapatkan kontrak rakaman dari label rakaman. Mungkin juga penghasilkan material yang sampah adalah matlamat utama mereka.



1.666/10 - Bijak_Sinner