Megadeth
-Killing Is My Business…And Business Is Good
(Combat Records 1985)

Selepas perpisahan yg “memalukan” bersama METALLICA, Dave Mustaine dengan sepantas kilat menubuhkan kombo MEGADETH. Selepas sebuah demo, dimana kawan beliau Greg Handevidt (KUBLAI KHAN) telah menolong untuk mendapatkan satu perjanjian dengan sebuah label Amerika; Combat Records. Sejurus selepas itu, pada tahun 1985.. akhirnya album sulung Megadeth berjudul "Killing Is My Business...And Business Is Good!" menyusul..

Dengan sokongan sebuah pasukan yg mantap.. "Megadave" telah menginovasikan satu garisan yg melekap dalam sejarah Thrash Metal. Secara muzikal pada ketika itu, muzik mereka masih hijau atau segar tidak seperti zaman thrash metal di waktu sekarang.. 7 produksi sendiri, diyakinkan pula dengan campuran vital kesegaran, spontan, profesionalisma, keberatan & unsur yg menangkap halwa telinga (catchiness). Setiap lagu yg didengari berupaya untuk bertahan dan tidak akan luput dari ingatan anda walaupun 10 tahun usianya.. Kelajuan (Speed wise) ialah factor utama kekuatan album ini umpama sebilah tukul yang terus menghayunkan album ini.. seperti mana METALLICA terapkan dalam "Kill 'Em All".

Sama seperti CELTIC FROST, MEGADETH juga mempunyai terndesi tersendiri untuk menyadur kembali lagu yang pelik, begitu juga dengan "Killing…" dimana lagu hit Nancy Sinatra "These Boots" telah di thrashkan dengan kejam sekali. Dan jika Dave tidak membelanjakan sebahagian dari duit peruntukan produksi album ini untuk memenuhi ketagihan dadah beliau, sudah pasti album ini mempunyai sound yang lebih mantap. Namun sehingga sekarang album ini masih mendapat permintaan dari mereka yg bijak meniktiraf sesuatu karya sebagai KLASSIK!! Lagipun, pada era awal penubuhan band ini, Kerry King dari SLAYER pun pernah menjadi salah sebahagian dari line up Megadeth!!

9/10-Bijak Sinner