
|
 |
 |
 Metallica -Some Kind Of Monster (Century Media, 2006)
|
|
Bagaimana sebuah band boleh bertukar dari teruk kepada lebih hampeh? Metallica membuktikan bahawa dorang mampu melakukan perkara tersebut di dalam DVD yang tidak masuk akal ini. Pada waktu sebelum ini, tentulah korang dah maklum dengan “ke-tak-best-an” Metallica. Namun dalam hari mendatang yang kian membangun ini pun, Metallica seperti tidak ingin berganjak untuk menjadi sebuah band yang semakin hari bertambah semakin hampeh. Selepas keluarnya album “Black”, dorang ni seolah-olah meminta para peminat membenci dorang. Dan sekarang,dorang telah pun merentasi garisan “kehampehan” tersebut dengan terbitnya eviden eviden kukuh didalam DVD ini.
Secara khususnya, dvd ini menintik beratkan peristiwa yang berlaku di era Metallica semasa didalam proses meriliskan album St.Anger. Apa yg korang dapat pelajari disini bahawa dorang juga adalah seperti band yang lain. dorang tidak dapat lari dari suasana “genting” yang boleh membantutkan produktiviti pembikinan sesebuah album dan dorang merungkaikan suasana genting ini kepada penonton dengan sangat terperinci sekali. Apa kemende “suasana genting” tu? Vokalis merungut tak sudah sudah tentang bagaimana dia tidak mendapat sebarang respek dari angota band yang lain dan bagaimana sangat susah untuk menjadi seorang rockstar. Ye lah tu, kononnya susah la sangat setiap kali buat album hampeh lepas tu dapat payment juta juta. Lars Ulrich pula menggambarkan bahawa betapa meluatnya beliau terhadap industri muzik sekarang. Kenapa terjadi begitu? hmm.. aku pun pelik. Mungkin sebab saman yang telah kau failkan pada jutaan peminat engkau yang download muzik Metallica secara haram kut? Dan Kirk Hammet ialah secara asasnya diibaratkan seperti seorang anak kecil yang terperangkap didalam sebuah keluarga yang retak menanti belah. Dalam sepanjang dvd ini, dia kerap kali berkata "Bertenang geng, tolonglah jangan bergaduh".
Namun Ulrich dan Hetfield sering & tetap juga bergaduh seperti pasangan yang berkahwin. Hetfield menunjukkan bahawa kononnya beliaulah raja didalam DVD ini. DVD ini turut menceritakan tentang tabiat ketagihan alkohol beliau yang amat serious. Satu perkara yang aku minat tentang DVD ini ialah apabila seorang wartawan MTV melabelkan dorang dengan nama "Alcohillica". Nama baru ni pada aku memang kena habis dengan entiti Metallica sekarang ni. Pada ketika DVD ini memaparkan kelemahan Metallica, anda juga dapat menyaksikan betapa band ini amat sedaya upaya mencuba untuk kembali membuat comeback dengan sebuah sebab yang logik dalam keadaan yang amat desperate sekali.
Sepanjang DVD ini hanya ada seorang sahaja individu yang aku respek. Orang tersebut ialah bekas pemain bass, Jason Newsted. Kenapa beliau seorang sahaja yang aku respek? Senang je, sebab beliau tinggalkan Metallica. DVD ini turut membuat liputan terhadap komen beliau pada Metallica. Jason tanpa serba salah melabel Metallica sebagai “tamak”. Dan ternyata jelas bahawa bekas band lama Jason masih menyimpan hasad dendam kerana meninggalkan dorang apabila Ulrich didalam satu sessi temuramah mengatakan “Aku harap kesemua show dia tak menjadi. Aku betul betul maksudkan apa yang aku cakap ni." Cuba bayangkan, siapa lagi yang tahan bermain dengan band macam ini jika attitude dah teruk sampai macam tu sekali? Namun bassist baru dorang ini masih berminat untuk bersekongkol dengan Metallica. Bekas pemain bass Ozzy Osbourne telah hadir di dalam satu sessi uji bakat bersama berderet lagi pemain bass yang lain. Bagaimana beliau boleh dapat? Tengok je lah dengan siapa beliau berebut untuk posisi ini. Twiggy Ramirez dari Marilyn Manson je. Heheh, “sengit” sangat lah tu rivalnya.
Apa yang bertambah lawak tentang DVD ini ialah apabila ia tidak banyak menampilkan klip dari sudut muzik Metallica. Cuma beberapa shot dari konsert lama, Enter Sandman dimainkan sebagai muzik latar dan klip video St.Anger sahajalah yang dapat anda nikmati. Jika anda mencari sebuah DVD yang menayangkan banyak scene konsert atau beberapa klip video, anda akan kecewa dengan DVD ini. Peringatan! DVD ini hanya menyiarkan rungutan yang tidak berasaskan akal, kebongkakan, ego yang tak berkesudahan, drummer yang berhadapan dengan isu kebapaan, Dave Mustaine menyumpah seranah (seperti biasa), dan Newsted yang menjadi satu satunya individu yang bijak kerana meninggalkan band ini. Jangan bazirkan duit anda pada DVD ini. Cuma lakukan apa yang band ini tidak suka anda buat, iaitu download secara haram, walaupun waktu sejam yg digunakan untuk mendownload itu tidak berbaloi nilainya sama sekali.
- Metal Basher
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
Metallica
-St. Anger (2003/Elektra)
|
|
Review kali ini mungkin sedikit panjang dari kerja-kerja awal saya yang lepas, jadi mari kita mulakan dengan track yang saya rasakan bagus dahulu. “some kind of monster” mempunyai korus yang ‘dark’ dan ‘chuggy’--enjoy dude! ‘dirty window’ mempunyai sedikit ‘flow’ yang baik, ‘invisible kid’ mempunyai susunan muzik yang teratur untuk lagu jenis sebegitu, ‘sweet amber’ ialah lagu laju serta mempunyai korus yang semakin lama menjadi mendayu ala alice in chains dan ‘the unnamed feeling’ disuntik dengan sedikit sebanyak unsur industrial atau pop core ala linkin fucked?! Secara keseluruhan, ada beberapa lagu st. anger yang tampak laju dan ‘fast pacing’ yang boleh dijumpa--lebih laju dari sebelumnya semenjak ‘justice’.
Ok, dari aspek negatif pula (dan beberapa ugly part untuk dibias! Huhuh..) Hetfield dah tak boleh nyanyi. Beliau memang seriously dah pancit. Apa yang beliau mampu lakukan sekarang hanyalah cuba sedaya upaya untuk sound seganas yang mungkin, dimana ianya kedengaran tidak natural & seperti dibuat-buat. Tetapi ada juga beberapa part vokal dalam st. anger yang boleh membuatkan anda ketawa kerana sungguh lawak. They sound so bad!! Unit produksi st. anger boleh dikatakan yang paling teruk dan caca marba pernah dilakukan oleh major label tersohor setakat ini, serious dude! Saya rela kerat middle finger saya! Huhuh.. Ia sepatutnya dihasilkan dengan penuh teliti kerana saya tidak nampak sebab ianya terjadi secara tidak sengaja, it’s perfectly awfull dude!
Apa yang boleh saya katakan demo band dari Malaysia pun mampu mempunyai sound yang lebih bagus dari st. anger, produksi dan mix wise. Saya terfikir sejenak, adakah ini yang terbaik boleh bob rock lakukan setelah menerbitkan berpuluh-puluh album rock disana? Bunyi drums yang dirakam kedengaran seakan bunyi ketukan tin kosong yang dipukul dari tepi dan atas-- itu tak kira lagi bunyi snare yang lebih kurang bunyi drum besi Jamaican! Sound distortion pula di down-tuned kan dan sering kali tidak teratur, tak jumpa langsung ‘tenaga’nya! Dan telanjur sembang pasal tak jumpa, solo kirk hammet memang tak dapat dikesan langsung. Ok, mungkin ada sedikit lead-guitar intro contohnya dalam ‘some kind of monster’. Cuma masalahnya, ianya kedengaran out of tune sepenuhnya. Serious shit. Dan semasa part korus ‘some kind of monster’ mungkin bagus, tetapi ketika lirik ‘we the people’ dinyanyikan ianya bertukar menjadi ‘hair raising croak’, setiap kali! What the hell?
Tetapi walau macam mana pun pendapat anda, ‘frantic’ dan ‘st. anger’ tetap merupakan track yang paling corot dalam album ini. Pendapat saya ini memang boleh diterima pakai memandangkan stesen radio kerap memutarkan dan keep pushing up lagu lagu ini untuk mendapat perhatian generasi trendy mtv. Lenggok nyanyian clean vokal james dalam lagu judul album memang ‘tak tahan’ , dan betul betul merosakkan suasana ‘kami dah balik ke akar umbi macam master of puppets’ sepertimana yang digembar gemburkan oleh metallica sebelum ini. Kan saya dah kena tipu? Padan muka saya kerana tak dengar nasihat kawan kawan supaya jangan beli album ini. Huhuhu… nasib baik beli cd pirate.. kalau tidak?! Lagu ‘dirty window’ yang diperkenalkan diawal review mempunyai ketikanya yang sesuai, tetapi diganggu ler pulak dengan part break yang diulang berkali kali dimana ianya benar benar “men-slow-things-down-kan”. Beberapa rangkap yang buruk gila pula men’spoil’kan lagu yang sepatutnya bagus-- ‘invisible kid’ pada minit yang ke 5 dan kekal berterusan keburukannya untuk 3 minit yang selanjutnya.
‘my world’ menggambarkan kesilapan Metallica yang paling banyak hanya dalam satu track sahaja, kemungkinan kut? Ianya dimulakan dengan feel yang berat, hanya untuk memberi laluan kepada vokal off-key hetfield yang ntahapa untuk track tersebut. Dan kemudian masuk balik ler pulak bunyi buruk yarabbi Jamaican snare tu.. arghhh!! Benar benar merosakkan mood saya. ‘shoot me again’ (ironiknyiiia…) mempunyai permulaan yang bagus dan memberangsangkan, tetapi kemudiannya beransur semakin ringan dan diteruskan dengan korus sampah yang ‘hip’. ‘purify’ ialah track mid-song yang kuat tetapi ianya tidak mencukupi sepenuhnya untuk menampung (lagi?)korus yang out of tune.
Sedikit kesimpulan yang dapat dirumuskan oleh saya: memang benar ada beberapa part permainan yang laju dapat dikesan disini setelah 10 tahun metallica bertapak. Walau bagaimana pun, ianya hanya kelihatan seolah-olah mereka berbuat demikian hanya kerana untuk menutup mulut para pengkritik yang membias album terdahulu mereka ‘load’ & ‘reload’. Metallica’s cunning edge benar-benar telah hilang dari buyian distortionnya, walaupun jika hendak dibandingkan dengan era ‘load’ mereka. Ianya memang tidak memadaii dude! Langsung tak jumpa hype walaupun sound ‘crunch’ ala King nothing. Harap ayat itu menjawab segala galanya. Saya pasti selepas ini Metallica akan ditegur oleh peminat mereka / pengkritik: “st. anger mempunyai sound drum yang buruk, persembahan vokal yang kurang mantap, dan keseluruhan produksi/mixing yang kedengaran seperti sampah”. Dan apabila semua isu ini telah diperkatakan dan selesai, dan hanya beberapa lagu sahaja yang dikenali, inilah antara factor yang membuatkan album berkualiti demo ini satu kemaluan & kesilapan yang teramat besar pernah metallica lakukan! Tapi yang ironiknya, album ini tetap akan terjual sekurang kurangnya 3 juta. Pelikkan?
Oh ya, lagi satu… metallica tak perlu risau untuk membawa ke mahkamah isu pengguna internet men’trade’ file mp3 album st. anger mereka melalui kazaa atau bearshare kerana saya yakin mereka tidak akan membazirkan 20 minit untuk mendownload lagu crap sebegini. Cdr trader seperti saya pun tak akan membazirkan cdr kosong saya hanya untuk album sebegini di grouplist metalterus!
5.9 / 10-Bijak Sinner
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|