Mortuary Ancestor
(Malaysia)

-The Reincarnation
(Demo, 2004)


Saya rasa mereka tak perlulah memberi kredit kepada sound engineer kerana dengan sound yang begini ianya bukanlah dilakukan dengan sebaiknya dan saya tahu juga kumpulan tempatan mempunyai had kewangan yang terlalu sedikit, ianya tidak mengejutkan. Bunyinya terlalu tenggelam maka muzik yang dihasilkan begitu sukar untuk didengar sambil menghayati ke’brutalan’nya. Jika dilihat Mortuary Ancestor telah lama berada di arena Muzik underground tempatan dan ini merupakan demo mereka yang ke-3, dan nampaknya pengalaman mereka selama ini didalam studio masih belum kelihatan(lagi sekali! Mungkin kerana faktor kewangan dan kemahiran) tapi atas masalah tersebut kalau diperhatikan permainan mereka memang ‘tight’ mungkin inilah satu-satunya pengalaman yang dapat mereka berikan dalam demo ke-3 ini. Daripada segi muzik mereka terus menerus dalam penerokaan dengan muzik Death Metal dan ianya bukanlah hasil yang baru ataupun menarik ataupun ianya telah disorokkan dengan sound yang teruk ini, kalau inilah yang terjadi agak malang buat mereka kerana mereka sudah mempunyai kekuatan dalam permainan dengan struktur yang padat, apa yang perlu dilakukan ialah menggilap sound mereka dan jika ini berjaya dilakukan mungkin mereka bukan apa yang saya katakan.

-Pikrama