|
Seorang pemuzik metal dari Jerman meninggalkan scene yang begitu meriah di sana dan berhijrah ke Brazil kemudian menubuhkan band ini bersama kawan-kawan baru beliau pada tahun 2001.Kemudian terhasillah demo ini yang memuatkan 5 lagu.Begitulah
kisahnya dengan Frank Gosdzik (Sodom,Kreator)
atau mungkin anda lebih biasa dengan nama Frank Blackfire iaitu nickname beliau ketika menyertai Sodom.Frank bermain gitar dan menyanyi dalam demo ini.
Lagu pertama, Insane Human Race mempunyai ciri-ciri Kreator era Renewal yang ketara terutama pada bahagian vokal.Kenapa pula nak berpatah balik ke era tu sedangkan boleh lajak saja ke era Agent Orange. Kan bagus?Walaubagaimanapun Frank dengan cerdiknya memasukkan all out solo disaat saya menyangka lagu akan tamat.Lagu ni boleh dikatakan bagus juga.
Seterusnya adalah serangan riff-riff standard Frank disusuli part akustik ala Terrorzone.Vokal beliau kali ini mirip Sodom pula nampaknya.Terpengaruh agaknya...Lagu ketiga mempunyai riff utama yang rasa saya sesuai untuk outro sahaja dan macam pernah dengar sahaja sebelum ni.Lagu instrumental ni berkesinambungan ke track keempat yang pada saya menampilkan solo gitar terbaik bagi demo ini.Kemudian sebuah lagu bertempo perlahan sebagai penutup tirai dari mereka.
Bagi pengumpul Sodom dan Kreator carilah CD ini terutama bagi yang ok dengan album Renewal dan Cause For Conflict sebagai pelengkap koleksi anda.Sebuah lagi demo dikeluarkan pada 2004 dan mereka sedang mencari label yang berminat.
2/5 - Lan
|