Nefarious Azarak
(Malaysia)

-Ghastly Blasphemous Precision
(Demo CDR 2005)


Mereka bermula sebagai kumpulan biasa tapi mula mengorak langkah untuk memastikan tempat di persada Underground Metal tempatan dan sebenarnya demo kedua ini jelas menampakkan satu hasil yang positif...sound yang ‘clear’, tidak seperti demo sebelumnya malah kualitinya amat bagus untuk sebuah demo tempatan, tiada bunyi lain yang menganggu seperti bunyi ‘tikus’ dan kali ini mereka benar-benar telah bersedia.

Sepertimana harapan dalam ulasan saya sebelum ini, Nefarious Azarak benar-benar progresif, mungkin sesuatu yang perlu diingatkan, demo kedua ini bukanlah lanjutan untuk demo pertama dahulu dan ini pastinya daripada hasil kematangan yang dilalui. Dengan hanya 3 lagu yang ditampilkan dan sebuah lagu lama iaitu GraveChild mereka mula mengorak dengan hasil yang lebih variasi gabungan Thrash, Black dan Catchy ... sebenarnya daripada pandangan saya muzik mereka boleh berdiri dengan sendirinya walaupun tanpa penggunaan keyboards kerana permainan gitar yang terus menampakkan pengaruh Thrash - jelas memberikan hasil yang catchy dan ini adalah kekuatan utama untuk setiap lagu mereka dan dikuatkan dengan permainan drum yang amat menyerlah serta ‘pemanduan’ muzik yang bertenaga dan kemas jelas memberikan satu makna bahawa mereka bukanlah sebuah kumpulan sampingan sahaja yang hanya tampil seperti mengikut musim ataupun hanya sebuah kumpulan bertaraf jamming. Sebagaimana sebelumnya mungkin perkataan melodik sedikit sukar untuk dihakiskan daripada mereka kerana penggunaan keyboards mereka lebih menyerlah dalam lagu kedua menampakkan pengaruh mereka (old)Dimmu Borgir ! tapi yang pastinya mereka jelas tidak terikut-ikut dan Nefarious Azarak seterusnya akan berjaya dengan kekuatan mereka sendiri ... Dengan hasil demo yang bagus ini, kejayaan seterusnya adalah daripada usaha mereka sendiri...

Dgn hanya rm6 anda boleh mendapatkannya, bukannya mahal pun..ye tak?

- Pikrama

Nefarious Azarak
(Malaysia)

-Ode Of Yearning Sorrow
(Demo CDR 2003)


The debut demo was OK, that's why I'm looking forward to this one. And I seriously think that "Ode.." might probably be one of the better demos from Malaysia for the year 2003. Black death Metal, melodic, but I really like it when they go through the fast passages. In fact I wish NA could emphasize on those fast parts in the future, they're capable in assessing them. But perhaps being Malaysian, we are romantics after all, hahah. With some loose-ends tightened, and of course a better productions (I know the studio they recorded this, maybe this is the farthest (production-wise) it can get), NA is the band to look out for in the Malaysian scene. The local scene really needs more demos like this.

-Shahrizwan Shamsudin

Nefarious Azarak
(Malaysia)

-Ode Of Yearning Sorrow
(Promo Demo 2003)


Saya masih ingat lagi ketika melihat persembahan mereka di Teratak Dangdut , walaupun ahli kumpulan mereka kelihatan agak muda tapi permainan mereka berjaya mencuri tumpuan saya dengan muzik Melodik Black Metal yang diiringi keyboard . Nefarious Azarak boleh dilihat antara kumpulan yang cukup berpotensi daripada Kedah , macam yang saya pernah kata dahulu , scene di Kedah banyak melahirkan kumpulan-kumpulan baru yang memang berbakat .
Sebagai kumpulan baru saya berpendapat susunan lagu mereka begitu baik sekali tiada ruang-ruang yang menampakkan yang mereka terlalu amature , walaupun penyusunan lagu mereka tidak begitu ‘original’ kerana ‘Ode Of Yearning Sorrow’ begitu mengingatkan saya kepada kumpulan Melodik Black Metal daripada Norway terutamanya Old Man Child dan Dimmu Borgir(old) serta lagu ‘Gravechild’ secara mudahnya lebih mirip kepada Athotorgh , tetapi ini bukanlah sebabnya mereka harus dibiarkan sahaja kerana sebagai kumpulan baru saya pasti jika mereka lebih progresif dalam memperbaiki permainan muzik dan skills pastinya mereka lebih matang dalam membuat komposisi lagu dan seterusnya lari daripada ‘influence’ mereka .
Secara keseluruhannya saya berikan kredit kepada kemampuan mereka dalam menyusun lagu , permulaan yang baik . Sebenarnya saya tak berapa cerewet dengan sound , reh-demo ini tidaklah mempunyai sound yang begitu teruk lagipun ianya dirakamkan secara ‘live’...

-Pikrama