|
Terus terang aku katakan aku hanya mendengar track lagu mereka yang kedua sahaja berulang kali berbanding dengan lagu mereka yang lain.Walaupun terdapat 11 buah lagu di dalam demo..ternyata ianya tidak mampu menarik minat aku untuk terus menghayati karya mereka.Muzik mereka boleh dikelaskan kepada elemen heavy dengan campuran sedikit pengaruh gothic dan melodic. Mutu rakaman demo ini juga baik dan tidak salah rasanya jika aku katakan bahawa kualitinya lebih baik daripada kualiti beberapa buah album daripada band yang sudah besar namanya. Sekiranya anda pernah mendengar alunan muzik Besearch, anda akan menyetujui dengan aku bahawa stail pembawakan muzik mereka lebih ke arah ini.Lagu lain ternyata lemah terutama dari segi susunan melodinya yang agak suram dan membangkitkan rasa kebosanan yang melampui batas!!
4/10 - Death Die
|