Persuader

- Evolution Purgatory
(2004/Noise Records)

Pertama kali saya mendengar band ini pada tahun 2000 melalui album pertama mereka iaitu The Hunter.Saya rasa band ni belum dikenali ramai terutama di sebelah sini justeru merasakan amat perlu ditulis sesuatu mengenai mereka.

Band anak-anak muda Sweden ini bermain Power Metal dengan unsur-unsur Thrash dan Speed Metal.Persuader diterajui oleh Jens Carlsson (Gitar/Vokal) dan turut dianggotai Emil Norberg (adik gitaris Nocturnal Rites) setelah gitaris asal menarik diri selepas album pertama dahulu.Mereka juga pernah menjadi johan dalam pertandingan Young Metal Gods anjuran majalah-majalah terkemuka Eropah lalu mendapat hadiah kontrak dengan Noise Records yang membawa kepada album ini.

Evolution Purgatory yang begitu lama ditunggu peminat nyata tidak mengecewakan.Setelah berulangkali mendengar album ini baru saya dapat mengecapi nikmat terselindung dalam album ini.Riff-riff yang kreatif dan penuh semangat akan meresap ke sanubari dan membuat anda dibawa 100% ke ruang maya.Kualiti lagu konsisten di keseluruhan CD ini.

Perlu dinyatakan disini vokalisnya bersuara mirip vokalis Blind Guardian (Hansi Kursch) namun anda takkan kisah jika penulisan lagu dan melodi sebagus ini.Mungkin saya terlalu rindukan zaman awal ketika mula-mula mengenali Blind Guardian (Follow The Blind,Tales From The Twilight World).Terima kasih Persuader kerana mengembalikan pengalaman sehebat itu.Terdapat juga feel band Rage dan Iron Savior disini (produsernya Piet Sielck,Gitar/Vokal Iron Savior). Tidak kisah sama ada apa pun priority metal anda pasti ada sesuatu disini untuk anda.Jika anda tak tertarik walau sedikit pun mungkin anda telah membaca website yang salah agaknya.Perlu ditegaskan ini bukan Power metal yang cheesy yang tetapi ada kelas.Persuader adalah lagenda masa depan jika terus mengekalkan prestasi cemerlang

5/5 - Lan