Probot
-Probot
(2004/Southern Lord)

Dave Grohl lebih dikenali ramai sebagai pemain dram didalam Nirvana dan frontman Foo Fighters, namun apa yang tidak diketahui umum ialah beliau sebenarnya membesar didalam era 80an sebagai seorang tipikal metalhead seperti kita semua. Dengan pelbagai band metal klassik yang pernah menjadi pengaruh dan idola beliau, memang bukan ironi sangatlah kali ini beliau tampil dengan sebuah album metal pula. Aspek yang boleh dianggap paling menarik sekali didalam projek ini ialah Grohl bukan sahaja menulis kesemua lagu didalam album ini malah turut menggeledah scene metal semi-underground bagi merekrut para vokalis otai yang menepati citarasa beliau!.

Membuatkan muzik probot kedengaran sungguh unik kerana mempunyai pelbagai feel dari dark, moody, doom, stoner, hinggalah ke sound yang grungy. Terdapat juga seksyen yang kedengaran amat berat, tebal dan agressif namun tidaklah sampai monotonous pula jadinya. Dan ia sememangnya pengalaman yang sukar untuk dilupakan bagi mendengar seorang otai yang berpengaruh dari scene grunge 90an menghadiahkan sebuah penghormatan yang solid kepada muzik metal yang sebenar! Arrggh..!! Lagu bertenaga "Red War" menampilkan Max Cavalera, beserta perkusi ala Sepultura dan Soulflynya. Lemmy (motorhead) turut menyumbangkan vokal beliau didalam "Shake Your Blood", dan Kurt Brecht dari D.R.I. menyampaikan sebuah lagu berentak punk n roll "Silent Spring." Lee Dorian dari band Cathedral muncul didalam "Ice Cold Man," dimana ianya memang betul sebuah lagu yang berpuaka dan menyeramkan, manakala kedua-dua "The Emerald Law" (duet dengan Wino dari band Obsessed) dan "Big Sky" (duet dengan Tom G. Warrior dari band Celtic Frost) adalah karya yang pasti hebat, dark dan kejam. Part yang mencengkam jiwa sekali ialah apabila King diamond membawakan falsetto hebat beliau kedalam lagu "Sweet Dreams"! Gila tak senang duduk kepala penulis dibuatnya dude.. hahah! Ok, snake dari kumpulan Voivod tidak ketinggalan juga menyanyikan lagu yang berangkapkan ‘sekejap berenti sekejap jalan’ dalam "Dictatosaurus," manakala Cronos dari legendary Venom mengakhiri perjalanan muzik dengan "Centuries of Sin." Tetapi, personally bagi penulis.. top spot yang patut di’highlight’kan didalam cd ini ialah persembahan mantap vokal dari Eric Wagner (Trouble). Track ini turut menampilkan elemen doom yang hebat dari awal hingga habis lagu. Cuba anda dengari & pastinya anda akan bersetuju dengan pendapat penulis. Allright, sekiranya anda bertuah.. anda akan turut mendapat sebuah track bonus yang disembunyikan di pengakhiran cd. Ianya menampilkan Jack Black (vokalis tenacious d / school of rock) yang menawarkan vokal grinding beliau dan sudah tentunya ia sebuah cut yang solid!

Kepada budak budak nu-metal di luar sana.. Berwaspadalah! ini mungkin petanda amarah Dave Grohl yang pertama terhadap muzik anda yang sama sekali tidak mencerminkan etika metal yang sebenar..!!

P/s Beli album ni.. Wajib dude! kalau takde duit? trade cdr!

5/5-Bijak_sinneR