
|
 |
 |
|
|
|
Ia adalah gabungan album mereka pada tahun 1998 iaitu self-title ‘Rudra’ dan juga demo ‘The Past’, pemilihan album ini dilhat satu revolusi berbanding demo tahun 1995. Album Rudra seperti satu permulaan buat mereka. Tapi jika anda sudah mempunyai album tersebut tentunya ia bukan sesuatu yang baru disini dan penambahan daripada lagu-lagu demo mereka sebelum ini, mungkin lebih berbaloi kalau dilihat dari segi satu koleksi. Sememangnya satu bonus dan memberikan kita alasan untuk membelinya. Dengan nama mereka yg mula dikenali di Amerika, tentunya ini adalah strategi yang terbaik dalam usaha untuk mengenalkan Rudra dengan lebih mendalam. Saya takkan menulis banyak kerana sebelum ini pun saya telah memberikan ulasan untuk album ini. Tapi dengan penambahan lagu-lagu daripada demo mereka memberikan saya sedikit inspirasi dan membuatkan lebih percaya bahawa Rudra terus kekal dengan muzik Death Metal walau apapun yang dilabelkan mereka. Daripada bentuk riffing hinggalah kepada asas komposisi muzik mereka, pengaruh asas Death Metal terlalu kuat. Tapi muzik mereka menjadi lebih mistik apabila penambahan elemen-elemen daripada kebudayaan Hindu membuatkan mereka sebuah band yang tampil pada satu kelainan, dan disinilah istilah Vedic daripada mereka muncul . Kelainan yang seringkali dicari untuk menghasilkan sesuatu yang lebih misteri . Rudra membuka peluang ini.
3/5 - Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
Rudra (Singapore)-Brahmavidya:Primordial I (Demonzend Productions)
|
|
Aku telah mengikuti band ini sejak daripada album kedua mereka lagi iaitu "The Aryan
Crusade".Bagi aku album ini adalah suatu material yang lebih baik berbanding album mereka sebelum
ini iaitu Khurushektra. Namun aku masih meletakkan album The Aryan Crusade berada di tempat
teratas berbanding album baru ini. Bagi aku album keempat mereka ini lebih banyak mengabungkan
unsur-unsur teknikal dan juga modern death metal seperti mana yang melanda negara Eropah
sekarang. Selain itu juga Rudra juga banyak menerapkan elemen folk dan heavy metal dalam album
ini dan tidak ketinggalan lagu "coir" di dalam lagu yang bertajuk "The Pathless Path To The
Knowable Unknown".Cuma aku setuju jika anda katakan bahawa elemen traditional India masih lagi
diterapkan di dalam lagu-lagu mereka.Mungkin corak dan stail sebegini telah menjadi identiti
kepada Rudra. Suatu lagi keistimewaan album ini ialah kualitinya yang aku rasakan lebih baik
berbanding dengan album-album mereka sebelum ini.Berita terkini yang aku dengar album ini juga
telah mendapat sambutan yang mengalakkan di USA dan juga Poland.
8.5/10 - Death Die
|
|
|
|
|
 |
 |
|
|
Mungkin kenyataan mengenai muzik Vedic Metal adalah sesuatu yg asing bagi kita tapi sebenarnya Rudra seringkali menekankan bahawa ia sebagai konsep muzik mereka walaupun jika dibuat perbandingan ia sebenarnya sesuatu yg lama tapi ditokok tambah dan ini sebenarnya bukanlah satu kenyataan negatif buat Rudra tapi sebenarnya kita boleh menggunakan teori kreativiti dan inilah yg ditekankan mereka semenjak album pertama lagi. Kalau kita mengikuti semula percaturan mereka, Rudra menampakkan muzik yg semakin agresif dan unsur-unsur latar yg diisi dan memenuhi setiap ruang, dan Brahmadivya merupakan hasil terbaru daripada Rudra.
Walaupun album sebelumnya ‘Kurukshetra’ tidak menekankan atau menonjolkan alatan muzik tradisional india seperti yg dilakukan mereka sebelumnya dan berlainan pula untuk album terbaru ‘Brahmadivya’ tapi ‘Kurukshetra’ dilihat sebagai satu experimental dgn lebih kepada penggunaan skala gitar seperti yg gemar dilakukan oleh Orphaned Land . Kemampuan Rudra dalam ‘Brahmadivya’ akan diuji semula, mungkin penggunaan alatan muzik tradisional dan suara-suara latar yang kedengaran mistik bagi sesetengah orang tapi ianya lantas mewujudkan kesan atmospehre yg berkesan disamping penekanan elemen-elemen etnik India yang begitu kuat dan akhirnya hasil yg amat memberangsangkan walaupun jika diukur kepada gaya muzik mereka iaitu jika ditolak dengan penggunaan alatan tradisional ... elemen-elemen muzik Death Metal terus menjadi pemangkin utama buat Rudra malah dalam masa yang sama kita akan dapat mendengar riffing-riffing yg cuba diolah agar bersesuaian dengan konsep Vedic ataupun etnik yang ingin disampaikan mereka.
Dan jika dilihat daripada pandangan peribadi saya, sebenarnya mereka mengambil langkah kebelakang semula iaitu sebelum album ‘Kurukshektra’ tapi ‘Brahmadivya’ tampak lebih kemas...kesan atmosphere daripada segala alatan tradisional dan suara latar seperti yg dapat kita dengar dalam ritual kebudayaan India ditambah juga dengan kualiti sound menjadikan album ini lebih menonjol.
Demonzend Records
RUDRA, Blk 24, Marsiling Drive,
#08-185,
Singapore 730024.
-Pikrama
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Album ketiga RUDRA, 'Vedic Death Metal' dari Singapura. RUDRA adalah salah satu dari band veteran Singapura yang masih aktif hingga ke hari ini. Album 11 lagu ini (40 minit) diberikan hak pengedarannya kepada Trishul Records. Album ini memperdengarkan lebih banyak elemen black/death metal yang laju berbanding album-album sebelumnya tetapi masih ia masih RUDRA (jika anda mengikuti mereka dari album pertama, anda pasti tahu). Mereka juga tidak lagi memasukkan instrumen klasik India dalam lagu-lagu mereka. Mungkin lagu ke-10, "Ye Immortal One" bukan pilihan saya, ia cuma 'khutbah' selama 1 minit, selebihnya adalah lagu-lagu metal yang menarik. Booklet CD ini tidak setebal dan semenarik "The Aryan Crusade" (gambar band pun takda) tetapi lirik tetap disertakan dan amat menarik untuk dibaca.
RUDRA, Blk 24, Marsiling Drive,
#08-185,
Singapore 730024.
4.5/5 - Syukri Ishak
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Rudra kembali lagi dengan album ketiga mereka , terus mengekalkan kebudayaan mereka didalam lirik . Menampilkan sound yang keras dengan muzik yang laju tapi banyak dikuasai oleh tempo yang sederhana dan seperti dirasakan yang album terbaru ini lebih keras berbanding dengan keluaran sebelumnya , Meletakkan muzik Death Metal sebagai asasnya dengan permainan gitar yang banyak di anyam atau dimainkan untuk mewujudkan ‘mood’ india dengan melodi nya , mendekati apa yang dilakukan oleh kumpulan Orphaned Land daripada Israel , tanpa meletakkan alatan muzik tradisional , Rudra terus bermain dengan skala gitar dalam mewujudkan elemen etnik!!
RUDRA, Blk 24, Marsiling Drive,
#08-185,
Singapore 730024.
4/5 - Pikrama ABD
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Pastinya anda semua pernah dengar kumpulan ini pernah muncul dalam majalah Metal Terus satu ketika dahulu ,dan anda pastinya tahu tentang konsep mereka . Walaupun saya biasa dengar mengenai kumpulan ini namun inilah kali pertama saya mendengar keluaran mereka . The Aryan Crusade yang liriknya berdasarkan kebudayaan Hindu dan ada juga pendapat peribadi . Mesej yang nak disampaikan dialun dengan alunan Death Metal tapi tidak secara total , kepelbagaian elemen memang dirasai seperti unsur muzik Thrash yang moden memang dirasakan dalam bentuk permainan gitar tapi ada juga lagu yang mempunyai pengaruh Black Metal dan juga lagu yang dimainkan secara accoustic . Secara keseluruhan muzik mereka lebih berentak sederhana walaupun ada bahagian-bahagian yang memang cukup bertenaga tapi saya maksudkan keseluruhannya ! Mungkin mudah untuk mereka memasukkan melodi tradisional .Penggunaan pelbagai alat muzik sudah semestinya seperti tabla dan alat muzik yang saya pun tak tahu pastinya memberikan kelainan kepada anda . Gaya dan cara penyampaian vokal memang memainkan peranan dalam memberikan mood lagu untuk konsep yang mereka tonjolkan .
Jika anda perasan ia bukanlah sesuatu yang original tapi ianya seperti kuah yang diletakkan berlainan perisa sahaja .
RUDRA, Blk 24, Marsiling Drive,
#08-185,
Singapore 730024.
3.5/5 - Pikrama ABD
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
Here comes the new album 3 years after the release of their self-titled debut album by Sonic Wave International (ex-Candlelight Productions). Now RUDRA is under a new label, new line-up and with a small changes in their music. 13 tracks present here excluding intro/outro with more than 50 minutes of their original death metal. They are still in the same concept but unlike “Rudra”, which a bit slow compare with “The Aryan Crusade”, this time they have throw away the Hindu chant/instrument intro on the songs (except for the intro, outro of this album a 2 minutes song “Homage To The Seers”). It is easy to put this kind of intro on the song. The hardest thing is embedding these elements in the (death metal) songs. They didn’t do this in “The Aryan Crusade” but you can hear the Hindu elements throughout the songs. This makes them quite original in today’s metal scene. The CD comes with 12 pages booklet, which is a rare thing in the local metal scene. Overall, a great release.
RUDRA, Blk 24, Marsiling Drive,
#08-185,
Singapore 730024.
5/5-Syukri Ishak
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|