Sauron
(USA)

-Thrash Assault (2004)
Sauron, yang merupakan band Thrash generasi baru semakin sering di perkatakan sejak kebelakangan ini. Ditambah pula dengan pembabitan mereka dalam MINNEAPOLIS MAYHEM FEST bersama-sama Sadus dan Sodom pada bulan hadapan mungkin akan melonjakkan lagi nama mereka.

Dari segi lahiriah Sauron hanya sekadar band retro Thrash Metal yang cuba mengulangi apa yang telah dibuat di zaman 80-an dahulu baik dari segi imej mahupun muzik mereka. Namun tidak seperti band-band retro lain yang gagal memberi impak besar, Sauron telah berjaya mengeluarkan album pertama yang membuatkan para thrasher yang secara tipikalnya prejudis, garu kepala.

Gambaran muzik dan sound mereka adalah raw dan evil tanpa elemen moden seperti Sodom dan Kreator awal. Kemudian tambahkan sifat agresif dan kelajuan melampau ala album Dark Angel kedua, Darkness Descends.Sedikit pengaruh riffing Black Metal juga boleh didengar di sini (Demonic Invasion).Solo-solo gitar yang dimainkan juga menyerlah.

Lagu pilihan saya ialah Witch King dan Tormentor. Pendek kata Sauron, yang menulis lagu-lagu pantas dan setia dengan tradisi thrash kuno, walaupun tanpa ketulenan, mempunyai resepi sempurna untuk album ini terus bertahan sebagai kegemaran nanti. Sudah agak lama tiada album yang begitu mencengkam perasaan sebegini jadi elok anda sendiri uji sejauh mana Sauron mampu mengeluarkan seorang awang thrasher dari dalam diri anda.

-Bolan