|
Bagaimana pada masa sekarang utk mengangkat rilisan yg berkualiti pada tahap yg sepatutnya , dalam zaman internet kadang-kadang perkara penting dilihat bagai angin yg lalu , mungkinkah zaman telah mencapai ‘information overdose’ , ataupun editor tempatan kurang tumpuan spt saya … heh … . ‘Ancient Resurrection’ bagaikan dicampak didepan saya . Dengan skeptikalnya sambil mengira jari , berapa banyak rilisan berkualiti oleh band tempatan pada waktu ini . Apa yg menariknya Shamanthra , yg asalnya daripada Pulau Pinang termasuk dalam kiraan tersebut .
Walaupun pada satu tahap saya merasakan guitar work mereka hanya pada keadaan biasa dgn pengaruh daripada band terutama Dimmu Borgir terutama lagu ‘Tears Of Shamanthra’ . Apa yg buat mereka bagus ialah unsur minimalist yg diberi perhatian spt penerapan elemen dari segi komposisi dan juga cara rakaman . Seperti yg saya kata mengenai hasil gitar mereka tapi mereka telah menajamkan sesetengah bahagian gitar dan melodinya dalam sesebuah lagu dan membawanya berlainan sedikit daripada influence mereka . Ditambah dgn kesabaran utk rakaman , membuatkan hasil demo ini adalah sempurna ,maksud saya dari kedua aspek iaitu lagu dan rakaman , ia satu hasil yg puas hati utk para pendengar . Dan keunikan tentunya pada bahagian vocal yg spt satu bisikan dan secara teknik rakaman ia ditampilkan kedepan, ia bagaikan satu bisikan yg jelas . Nebiras terkenal dgn gaya ini tapi mereka tidak membuatnya secara ‘shrieking’ dan inilah yg saya maksudkan utk lari daripada influence oleh Shamanthra .
Secara asasnya saya percaya kemampuan mereka utk mencapai sesuatu dgn lebih bermakna , dgn membuat komposisi lagu yg lebih unik pada masa depan . Tentu dgn kesabaran yg mereka ada ia adalah sesuatu yg mudah … itulah yg saya harapkan utk mereka .
3/5 -Pikrama
|