Sigh
(Japan)

-‘Gallows Gallery’
(Baphomets Rec. 2005)


Antara Black Metal Jepun terawal dan akan mendedahkan satu persatu mengenai khayalan dalam setiap album mereka. Sigh sebenarnya sentiasa bermimpi mengenai muzik mereka. Dan kepada anda yang amat jarang ambil peduli mengenai mereka ataupun hanya mengambil tahu dengan sekilas pandang, baik anda baca baik-baik jika anda terpegun dengan frasa Black Metal yang disebut pada baris awal.

Dan begitulah mereka umpama terpegun dengan setiap keindahan, album ke-5 ‘Imaginary Sonicscape’ telah membuka mata semua mat saleh dan nama mereka semakin dikenali di Eropah, ‘Imaginary Sonicscape’ juga merupakan sebuah album yang sangat kaya dengan pelbagai elemen, sangat ‘refreshment’ dan mampu membawa merasai satu ‘delusional’.

Album terbaru ‘Gallows Gallery’ membawa setapak lagi kehebatan mereka, seperti sebelumnya mereka tampil dengan lagu-lagu yang begitu ‘segar’ dari segi irama malah struktur yang kompleks dengan gabungan pelbagai elemen umpama memberikan satu perasaan yang amat menyenangkan tapi turut memberikan tindakan agresif tanpa disedari. Disini seharusnya diberikan kredit kepada vokal Mirai yang sangat catchy dan juga mengambil ilham permainan gitar yang Thrashy, kemudian diolah dengan riffing dan solo-solo mudah yang paling tidak kita terfikir. ‘Gallows Gallery’ adalah hasil yang lebih bertenaga daripada Sigh, pengolahan yang lebih direct dengan elemen ambient yang tidak dibiarkan ‘bersendirian’ jika nak dibandingkan dengan album ke-5 sebelum ini , ia kekal bersatu bersama semua instrumen dengan hasil karya dengan lebih bertenaga malah sound album kali ni sedikit raw, terkebelakang sedikit kualitinya berbanding album sebelum ini, ia adalah sifat pro dan kontra buat para pendengar/peminat mereka sebelum ini. Dengan meletakkan layer demi layer dengan organ, tabla, saxophone, pseudo-elektronik dan pelbagai instrumen/elemen lagi, memberikan satu nilai yang sangat abstrak untuk Sigh, mereka bukanlah tandingan untuk gaya begini. Avant-garde yang memberikan satu perasaan kecantikan, Progresif dengan uniknya dan yang paling penting ialah kemampuan Sigh yang mengawal melodi abstrak menjadikannya kedengaran sangat mudah.

Akhir sekali jika anda tidak berapa faham ianya tidak mengapa kerana Sigh bukanlah untuk difahami dan apa yang saya tulis bukanlah sukar sebenarnya, ia umpama berada dalam satu imaginasi, dan jika anda seorang yang amat extreme Metal. Keunikan Sigh bukan untuk anda !!! . ‘Gallows Gallery’ kekal disatu tempat khas dan terus memberikan satu ‘ketagihan’.

-Pikrama