Sinister

-Afterburn
(Nuclear Blast, 2006)

Dengan kembalinya bergabung setelah mengumumkan perpecahan selepas album terakhir ‘Savage Or Grace’. Kini Sinister bersatu dalam usaha yang paling maksimum untuk mengemaskini discography mereka . Secara ringkasnya tak banyak pengalaman saya bersama mereka, tapi dengan hanya mendengar beberapa album seperti ‘Agressif Measure’ dan ‘Savage Or Grace’ sebelum ini tentunya dapat memberikan panduan berguna. Dan mereka adalah contoh klasik diketika banyak band yang telah melupakan asal usul mereka, realitinya band Death Metal masih teguh dengan asas mereka terutama sekali Sinister.

Kini Aad Kloosterwaard memegang semula posisi vokal yang dikosongkan oleh Rachel. Dan tiada siapa sangka (terutama saya) mereka akan menghasilkan usaha dan hasil begini. Sungguhpun ia bukanlah sesuatu yang dramatic tapi komposisi mereka sangat teguh . Mereka tetap brutal !, ia tak payah ditulis sebenarnya. Mereka senantiasa sangat agresif dan yang utama ialah bahagian gitar yang banyak berubah dibahagian ‘rhythm’. Ia gabungan gitar ‘line’ yang mempesona, dengarkan lagu tajuk album ‘Afterburner’ adalah satu garapan moden dari Sinister berbanding tajuk-tajuk lagu lain, mereka tidak memandang kebelakang lagi tapi tetap setia dengan nilai-nilai klasik dan legasi yg dimulakan mereka , ianya kekal dengan keteguhan semangat dalam meneruskan Old Death Metal European. Ia adalah hasil yang sangat besar untuk Sinister kembali semula dijalanan dalam memainkan setiap konsert di seluruh dunia. Anda boleh lihat dari sudut tipikal ataupun usaha yg tidak progresif dari mereka tapi saya setuju untuk mengatakan Sinister kembali dengan jayanya.

4/5-Pikrama