Skyforger
(Latvia)

-Semigalls Warchant
(Folter Records)
Mereka mengelarkan muzik mereka sebagai Latvian Pagan Metal.Bagi aku stail pagan metal mereka tidak banyak bezanya dengan stail pagan metal yang dibawakan oleh band lain. Penerapan elemen traditional Latvia di dalam muzik mereka menampakkan sedikit kelainan yang ada pada mereka. Skyforger telah wujud sekitar tahun 1997 di mana ketika itu muzik Pagan Metal masih kurang mendapat perhatian dan boleh aku simpulkan ketika itu muzik ini masih baru hendak bertapak. Skyfoger bukan sahaja terlalu menampakkan elemen pagan sepenuhnya sebaliknya mereka mengabungkan unsur folk dan juga elemen heavy metal di dalam muzik mereka. Daripada apa yang aku tahu Skyforger sememangnya mendapat perhatian yang begitu meluas sebelum ini dan sesetengah zine yang aku baca menyatakan bahawa Skyforger adalah salah sebuah band pemangkin kepada genre ini. Album ini mengandungi 11 buah lagu bersama 4 buah lagu bonus yang di ambil daripada demo mereka yang pertama iaitu "Semigalls Warchant".

9/10 - Death Die