Tankard
-‘Beast Of Bourbon’
(AFM Rec. 2004)

Mungkin Bourbon jarang dinikmati ataupun kerana kurangnya jenis Bourbon disini, tapi apakah ia mampu menandingi populariti Jack Daniels ataupun kekerasan Johnnie walker, dalam diam-diam Tankard seolah-olah cuba memberitahu kehebatan Bourbon - Beast Of Bourbon ! Merungkai apa yg cuba dimaksudkan , Dan mungkin inilah masanya untuk Jim Beam !

Tankard sebuah band yang jarang disebut walaupun kehebatan setiap album-album mereka begitu invidual sekali. Jelasnya mereka amat dipengaruhi oleh scene Bay Area Thrash Metal , realitinya mereka ni berasal dari Jerman tapi sebaliknya jika ada antara anda yang kecewa dengan keadaan Bay Area Thrash pada masa kini, Tankard adalah jawapannya. Ditangan band Jerman ini ia seperti lebih ‘brew’ dan lebih aroma. Mungkin Kilang Bourbon pun patut dipindahkan ke Jerman (heh) . Kembalinya mereka dengan album ‘Beast Of Bourbon’ adalah sangat dinantikan selepas album ‘B-Day’. ‘Beast Of Bourbon’ memberikan kesan yg dahsyat , kehebatan yang datang dari muzik yang sangat agresif dan yang paling utama ialah riffing yang mudah ditangkap dan lebih bersemangat. Bayangkanlah hasil-hasil kumpulan Bay Area sebelum ini takpun kita akan merasakan sikit bahang-bahang kumpulan tempatan Cromok.

Tankard seolah-olah cuba mengajar cara ‘bancuhan’ yang betul dan juga cara ‘peraman’ untuk menjadikan bourbon lebih ‘kick’ dan bakal memberitahu ianya akan lebih keras dari ‘Black Label’, Mungkin inilah gambaran yang sebetulnya untuk kumpulan Alcoholik Thrash Metal ini. Malah album terbaru mereka adalah sesuatu yang paling tidak disangka. Mereka seolah-olah membuatkan revival Thrash Metal Jerman mahupun gergasi Bay Area Thrash seperti ‘pemuzik tua yang dah pancit’, Tankard memberikan ‘penangan’ berkali-kali ganda lagi pantas dari mana-mana gergasi Thrash Metal dunia yang tak termampu lakukan pada tahun itu. Mungkin antara sebab nama mereka berada ditahap ‘underrated’ adalah kerana muzik Tankard pada awalnya banyak dipengaruhi Punk dan lirik yg ‘gila-gila’ dan munculnya satu label oleh mereka sendiri ‘Fast Thrash-Punk’ tapi ini bukanlah sebab utama kerana mereka sendiri mempunyai peminat fanatik diseluruh dunia. Tapi jika anda terlalu mengharap album lama mereka juga seperti ini, pastinya ia akan sedikit menghampakan kerana ‘Beast Of Bourbon’ merupakan yg paling pantas dan lebih energetik daripada mereka tapi album seperti ‘B-Day’ , ‘Kings Of Beer’, ’Stone Cold Cober’ ataupun ‘The Meaning of Life’ sememangnya adalah antara album yang patut berada dalam senarai anda.

Tidak ketinggalan juga, mereka sempat merakamkan sebuah lagu Punk dari band British, CockSparrer ‘We’re Coming Back’. Keseluruhannya Inilah album terbaik dan paling rebelliuos daripada Tankard, muzik yang bakal memberikan ‘tendangan’ ‘overdose’ dan ‘high’ yang tak menentu, anda akan terus dalam dilema, kekerasan yang tak pernah dijangka, pening-pening lalat dan kepala yang berpusing , terhoyong-hayang , lebih hebat dari 8.8% yang ada kat sini...Specially Thrash Tankard Metal Brew!



4.75 - Pikrama