|
Ia bagaikan satu unsur kejutan , walaupun pada keadaan ini - Eastern Metal bukanlah satu perkara yg besar dan ditambah lagi dengan lirik yg berteraskan kepada suatu unsur tempatan . Ini cukup menggambarkan kumpulan Tasyim dan kembalinya ke scene , merupakan usaha yg akan memastikan gabungan mistik bangsa dan Metal adalah satu gabungan unik yg akan terus bergema didunia Metal tempatan ... saya sendiri pernah mendengar split release mereka bersama kumpulan Visitant tapi sudah lupa perasaannya (ketika mendengarnya dahulu). Dengan penghasilan semula lagu-lagu lama dan ditambah pula dengan satu bonus track . Demo-CD 'Descendant Ritual' yg dikeluarkan semula serta diberikan sedikit sentuhan pada audionya , bakal mengimbau semula satu kenangan .
Pada ketika dahulu semasa mula-mula ditubuhkan mereka merupakan sebuah kumpulan yg berpotensi dengan kemampuan menghasilkan lagu yg mantap dan ditambah lagi dengan pengaruh mereka daripada Sweden terutamanya Amon Amarth , tapi Tasyim bukanlah sebagaimana kumpulan Melodik Death Metal(ataupun Melodik Death Metal ciplak daripada US) hari ini yg secara terang-terangan rip-off kebanyakkan riffing ataupun solo daripada band Sweden .
Mendengar demo-cd 'Desncendant Ritual' , bagaikan satu rujukan semula dan terus mengukuhkan pendapat mengenai mereka sebelum ini. Lagu bonus dan belum pernah dikeluarkan iaitu 'Descendant Ritual' merupakan satu contoh yg baik , meletakkan bagaimana pengalaman mereka mengatasi segalanya dan yg penting bagaimana mereka mengarah riffing dgn sempurna tanpa kita berasa ia seperti berulang-ulang atau bak kata orang putih ia adalah 'sublime' (menakjubkan) iaitu hasil tanpa peniruan dan bukanlah dipersembahkan secara simplistik . Ini bagaikan satu penerusan legasi mereka seperti sebelum ini dengan solo yg membawa suatu keunikan dan bersatu dengan lirikal budaya tempatan. Dan tentunya dengan idea yg merupakan satu asas yg penting , Tasyim menjelaskan bagaimana elemen muzik dan lirik bagaikan berganding menghasilkan suatu atmosphere yg tidak diduga secara kreatif dan ini yg akan terus mengukuhkan Tasyim dan menjarakkan kumpulan-kumpulan mediocrity atau Melodik Death biasa yg lain.
Dan pada satu saat yg lain, mengenai lirik mereka spt tajuk lagu 'Provocation Of Thee Orang Melayu' seumpama mengundang satu persepsi negatif dari mana-mana orang yg sentiasa berfahaman perkauman . Sebagaimana band daripada Scandavania mahupun ratusan kumpulan seluruh dunia yg menjadikan budaya serta mitos tempatan sebagai inspirasi lirikal - Eastern Metal Tasyim , akan sentiasa membawakan kita ke alam mistik Melayu dan menzahirkan suatu semangat bangsa tanpa perlu ada perasaan curiga .. kerana inilah diri mereka sebenarnya .
4/5 - Pikrama
|