Trivium
– Ascendancy
(Roadrunner Records, 2005)
Aku betul-betul tak paham , apa sangat yang hype-nya dengan Trivium ni. Sebelum aku pasang cd ni , aku mengharapkan sebuah album Thrash , pasal kat US dok sibuk media sana pukul canang yang Trivum ni akan jadi bakal pengganti Metallica. Tapi haram tak langsung! Groove thrash pun langsung aku tak jumpa. Akhirnya baru aku tau, Inilah dia rupanya sampah yang golongan tr00 rujuk sebagai "Metalcore".

Meh sini aku eksplen sikit kat korang yang tak tau. Album ni ialah album Hardcore (sebuah genre punk) yang dicampurkan dengan riff basi (yang diulang sampai mati) dari band macam Dark Tranquility / In Flames. Pastu korang cuba tambahkan elemen emo dan sekarang korang dah ada = Trivium. Keputusannya? Sebarang Metalhead yang tr00 tanpa rasa simpati pun akan campakkan cd ni keluar tingkap lepas habih dengar..

Masalahnya sekarang ialah tak ada orang dah yang nak dengar riffing lama In Flames lagi dan riff hardcore yang dah dominan sangat tu. Lantas membuatkan setiap track kedengaran sangat tinggi tahap ketidak-boleh-ansurannya. Tambah lagi kebanyakan dari track kedengaran lebih kurang serupa je semua. Bagi mereka yang masih baru dlm dunia metal atau mereka yang nak bertukar selera band seperti Limp Bizkit & Soulfly kepada sound yang lebih berat mesti tak kisah dengan cd ni. Jika engkau adalah peminat In Flames, engkau mesti kecewa dan pada masa sama, terkejut! , dengan cubaan pengitar semulaan riff riff lama yang dah nazak dilakukan dengan begitu tak senonoh sekali. Kalau engkau minat Thrash pulak, gerenti kau akan terus muntah hijau lepas habih dengar lagu pertama.. itu jaminan aku!



1/5 - Metal Basher