|
Pada sudut yang lain Ipoh dilihat seperti akan kehilangan sengatan mereka,gergasi Metal mereka ada yg telah berpecah malah ada juga yg hidup tapi terus menyepi tanpa sebarang berita tapi ini seperti cerita lama kerana tahun 2005 bukan sahaja menjanjikan kebangkitan buat scene Metal tempatan tapi tempiasnya jauh lebih kuat buat scene Perak, seperti kelihatan bayang-bayang diufuk ; munculnya satu kumpulan yg tidak dapat disangkal kehebatannya, Ulterior Decimation menjanjikan sesuatu yg berbeza,meneruskan keunggulan Death Metal, jika diteliti misi mereka bukan mudah, elemen-elemen yg memerlukan kadar konsistensi yg berterusan, mereka dianggap bayangan kepada Nile, tapi benarkah begitu ?
Benar atau tidak ia bukanlah satu persoalan sebenarnya. Permainan drum yg seperti ‘ribut’ tapi dipalu dgn begitu teratur dan mungkin kita akan teringatkan Krisiun tapi gabungan vokal dan gaya guitar yg lebih menjelaskan muzik mereka, ia bersatu dalam mencabar makna ‘brutal’, muzik mereka begitu padat. Ulterior Decimation sebenarnya lebih memaparkan aspek yang kurang diambil perhatian iaitu arrangements, dan mereka menggabungkannya dengan kepantasan lantas menghasilkan satu promo yg sukar digambarkan: ianya laju, kejam, dynamik dan refresh walaupun saya tidak akan menggunakan ayat original tapi kemampuan mereka seperti berada di tahap optimum.
Malah kita akan dapat mendengar sound yg baik dalam promo ini, ianya dilakukan dengan profesional sekali dan tentunya mereka faham bahawa sound adalah sangat kritikal untuk muzik begini, memaparkan setiap alatan muzik adalah amat penting sekali dan mereka telah melakukannya dengan baik. Dengan dua buah lagu mereka telah menghasilkan sesuatu yg tidak dijangka daripada kumpulan tempatan. Perak takkan ketandusan kumpulan hebat...Death Metal yang berterusan !!!
-Pikrama
|