Unmoored

-"Indefinite Soul-Extension"
(code666)


Sebenarnya satu lagu dalam album bukanlah dapat menggambarkan konsep kumpulan tersebut , dan inilah yang berlaku kepada Unmoored , dan saya begitu pasti mereka membawakan muzik Melodik Death Metal tatkala lagu pertama dimulakan , jangkaan saya terus meleset dalam lagu kedua dan keseterusnya . Lagipun ini bukanlah perkara baru dalam evolusi dan keterbukaan dalam muzik Metal yang terus menerus dimanipulasikan untuk mencari kelainan , kekuatan Unmoored ialah mereka disokong dengan kualiti bunyi yang begitu memberangsangkan , bunyi gitar yang begitu ‘mencengkam’ telinga .

Jika nak diikutkan muzik mereka lebih memaparkan permainan Death Metal biasa berdasarkan gaya permainan gitar yang tentunya anda dapat rasakan banyak digunakan oleh kumpulan-kumpulan Death Metal yang lain , yang kemudiannya disuntik dalam bahagian tertentu yang menerapkan elemen melodi hasil daripada riffing ataupun melalui permainan gitar serta unsur atmosphere yang diwujudkan oleh keyboard . Nampaknya penjelasan saya belum sampai ketahap keseluruhan album ini atas sebab mereka tidak hanya menumpukan pada satu-satu genre muzik , pelbagai unsur muzik cuba diterapkan dalam album ini terutamanya dalam lagu-lagu seperti ‘Morndraper’ , ‘Cinder Veil’ dan ‘Spit Forth From Failure’ berdasarkan pendengaran dan gaya gitar yang ditunjukkan dengan mudahnya muzik Melodik Black Metal mengambil tempat (ya!! Dimmu Borgir seharusnya menjadi rujukan anda dalam album ‘Puritanical.......’) .

Apa yang pasti permainan drum yang padu dan bertenaga daripada mereka tak pernah henti dari lagu pertama ke lagu terakhir...haaa lagu terakhir mereka lain pula dengan menggunakan vokal biasa secara nyanyian dengan muzik yang sederhana ala Sweden Death Metal mengakhiri CD ini setelah mengharungi pelbagai ‘haluan’ untuk menghabiskannya , Terasa begitu jauh ‘perjalanannya’.

Code666,
via billi 2,
40026 Imola,
Italy.

-Pikrama

Unmoored

-"Indefinite Soul-Extension"
(code666)


Swedish Metal, especially Swedish death Metal; will forever be crowned one of the important genre-widening mischief for all eternity. The deeds that make it possible, and acceptable; to inject melodious, crafty passages in an unanimously heavy and aggressive musical medium. Criticism and stereotyping aside, even the staunchest of critiques could not deny the impact. Thus, I believe that this eloquent sub-genre of death Metal will never cease. Such an evidence demonstrated by Unmoored, yet another 'new' blood (2 albums already including this) to raise the flag. "Indefinite." is nothing but a fine example of Swedish melodic death in every aspects, with glances towards "Heartwork"-era Carcass and elements of unorthodox songcrafting here and there. If you liked Solar Dawn, then Unmoored isn't that far. A finely -crafted Swedish melodic death it is, but don't ask too much for those highly memorable, wicked riffages though ( I believe from these newer generation of Swedish melodic death bands, Eternal Lies is the one who delivers this best).

Code666,
via billi 2,
40026 Imola,
Italy.

-Shahrizwan