|
Album sebelum ni , ‘The Beast’ bukanlah hasil yg sangat mengagumkan daripada Hero Death Metal, Vader . Dengan penghasilan Ep terbaru mereka pastinya kita akan mencongak-congak setiap ‘blasting beats’ yg ada, mengukur kemampuan mereka, atau ianya satu stabiliti yg mampu diteruskan. Tapi melihatkan setiap keluaran mereka, Vader tidak akan menjadi seperti satu graf yg akan terus jatuh. Ep terbaru ini adalah hasil yg sangat fokus untuk perancangan album terbaru akan datang. Vader akan terus memacakkan bendera Death Metal yg tak mungkin mereka berpaling tadah !. ‘The Art Of War’ secara mudahnya adalah satu usaha dari mereka yg tidak mungkin diketepikan. Ya, Vader kembali dengan aksi yg sangat teruja dan mengagumkan. Sekian lama ramai yg mengatakan Death Metal adalah satu muzik yg paling tidak kreatif, Vader akan terus menutup mulut mereka semua. Death Metal adalah satu ‘passion’. Kembalinya satu perkara yg amat klasik daripada Vader. Lagu-lagu yg akan mencekik dengan kepadatan dan kepantasan yg ada - ia adalah satu allegori. Disebaliknya Vader bukanlah sebuah kumpulan yg calang-calang. ‘The Art Of War’ merupakan satu motivasi yg berterusan dan melengkapkan apa yg telah tertinggal sebelum ini.
4.75/5 - Pikrama
|