|
Genre raw war black metal telah mula melanda dan mempengaruhi stail band-band baru sekarang ini.Buktinya,kehadiran promo ini mengingatkan aku kepada Haemoth yang kini telah mula membina nama dengan kemunculan album terbaru mereka.MCD yang hanya mengandungi 5 buah lagu dan dianggotai oleh seorang anggota sahaja.Muziknya lebih berpincangkan kepada stail di awal
kemunculan Revenge dan Bestial Warlust.Pengaruhnya lebih ketara lagi apabila dinilai dari segi susunan struktur riffingnya yang lebih banyak menonjolkan pengaruh muzik Revenge di dalam.Untuk pengetahuan anda kesemua instrument di dalam MCD ini dimainkan sendiri oleh Vociferian dan tiada sebarang unsur moden seperti penggunaan drum machine di dalam MCD ini.Kelemahan yang paling ketara yang dapat kesan di dalam MCD ini ialah kualiti rakaman untuk vokalnya yang kekadang terlalu "humming" dan merencatkan struktur muzik mereka sendiri. Secara amnya hanya terdapat 4 buah lagu sahaja di dalam MCD ini di mana track yang kelima hanya mengutarakan sound effect yang aku tak pasti apakah yang ingin disampaikan oleh mereka.
8.5/10 - Shah DeathDie Zine
|