Album As Sahar TIR Ditangguh
Kepada yg tertunggu-tunggu , Album As Sahar yg sepatutnya diriliskan hari ini tapi ditangguh , dan akan berada dipasaran pada hari ahad ini iaitu 16 November , atas sebab masalah di syarikat printing .
Malah kami juga ada menjualnya pada hari tersbut secara online di
mtshop.metalterus.com.my . Khas untuk mereka yg berada diluar Kuala Lumpur .
Posted By
pikrama On 12 November 2008 2:02:AM
Hereafter "Terrorstrial"
Thrash Metal ,
HEREAFTER bakal meriliskan demo cd yg terbaru berjudul
"Terrorstrial" pada 7 November 2008. Sebanyak 6 track+ 1 cover pada rilisan ini dengan full line-up. Rilisan ini masih lagi tidak bernaung pd mana-mana label & D.I.Y rules!
Pada awal tahun ini mereka telah mengeluarkan single
"A Date To Remember" , manakala
"After Tomorrow" merupakan hasil sulung daripada mereka yg dikeluarkan pada Ogos 2007 .
HEREAFTER "Terrorstrial" akan dipasarkan dengan harga RM8.00.
Line-up:
Redza Hellbullets -Guitar & Vocals
Sargstone - Drums
Haidir Lifeform - Bass & Backing Vocals.


Hereafter MyspacePosted By
pikrama On 17 October 2008 0:45:AM
As Sahar - TIR
Kumpulan yang amat dikenali diMalaysia
As Sahar , secara rasminya - album terbaru mereka akan berada dipasaran pada 11.11.2008 nanti . Album bertajuk
TIR merupakan album ke-5 mereka .
Album ini akan dikeluarkan dalam bentuk digipack dengan mini poster didalamnya . Ianya hanya limited kepada 1000 keping sahaja .


Posted By
pikrama On 17 October 2008 0:35:AM
Album Baru As Sahar
Berita mengenai album baru
As Sahar telah mula tersebar . Album terakhir mereka pada 2005 iaitu '
JAAN' , merupakan satu usaha kembali kepada 'root' ekstrim Metal yang lama ditinggalkan.
Apa yg dapat pihak MetalTerus mengatakan tentang album baru ini ialah ia merupakan kesinambungan daripada album
JAAN , album yang tajuknya masih dirahsiakan mempunyai 9 buah lagu . Bakal berada dipasaran sebelum hujung tahun ini , dan album ini akan dilancarkan sekali bersama dengan show mereka di Malaysia hujung tahun nanti .
Kepada yg masih belum mengetahui tentang kumpulan kult dan penuh kontroversi , boleh melihat biography mereka
disiniPosted By
pikrama On 30 September 2008 13:28:PM
Grave Di Malaysia ?
Update: 30 September - Setelah dikaji tentang , timeline untuk membuat permit dan promosi , MetalTerus menjangkakan gig ini takkan berhasilOk , wa tau lu orang mesti dah bosan dengar khabar angin macam ni , sejak dulu lagi macam-macam cerita pasal khabar angin kedatangan band Metal utama dunia macam Carcass laa , Dismember laa , Suffocation laa , Behemoth laa , Impaled Nazarene laa ... bla bla blaa
Tapi yang pasti kebanyakkan mereka mempunyai masalah seperti tidak pun ada penganjur yg berduit ingin membawa mereka masuk , atau permintaan band ini yg terlalu tinggi , ataupun kesuntukan masa untuk organiser memohon permit . Masih belum ada cerita pasal permohonan permit mereka ditolak , kalau yaa pun dalam 1 atau 2 kes .
Apa yg pihak MetalTerus ingin beritahu ni pun semacam berita tak rasmi tapi ia disahkan oleh penganjur yg bakal membawa Grave kerana segala permintaan telah dipersetujui , jadi hanya langkah terakhir berkaitan permit .
Disebabkan penganjur dah kasi 'green light' geng MT untuk kasi promosi so wa tangkas laa menaip mengalahkan penulis politik , bukan apa MT biasanya hanya akan mengeluarkan berita yg dah confirm sahaja sebelum ni .
Lagi satu dah lama sangat kat ruangan ni takde berita menarik ... kiranya dapatlah korang baca cerita-cerita yg biasa dibualkan oleh matat-mat Metal bila melepak dan mengumpat .
Kepada sesapa yg tak tau tentang kumpulan old School Death Metal daripada sweden ni bolehlah pergi ke laman web mereka
disini Posted By
pikrama On 25 September 2008 1:24:AM
Storming Steel dan Hard n Heavy
Mungkin penampilan beliau yg agresif dan diikuti dengan sikap yg sangat direct dan berterus-terang membuatkan beliau mempunyai ramai kawan dan lawan .
CS merupakan vokalis
Samartary sebelum ni , namun beberapa sebab peribadi beliau ditinggalkan/meninggalkan
Samartary . Metalterus tidak mahu menjadi batu api , kami lebih suka memaparkan perkara ini secara 'general' . Namun walaupun berseorangan CS tanpa berlengah telah tampil dengan kumpulan baru dibawah nama
Storming Steel .
Bersama
Storming Steel , beliau terus kekal dengan imej dan muzik Thrasshhhh !!! . Kepada mereka yg masih tidak tahu ,
Storming Steel telah mengeluarkan rilisan sulung yg merupakan split bersama
Hellwitch daripada USA . Untuk para Thrasher , rilisan ini sangat recommended daripada kami !!! , apatah lagi ia dirakamkan di Studio Azim (Herriot) , studio yang sangat cemerlang dalam recording terutama part drum . Sebelum ini pun kumpulan
Argonist telah merakamkan di studio yg sama .
Split Album ini 100% dihasilkan secara profesional daripada booklet hingga ke muzik
Storming Steel terutamanya . Split album yg dikeluarkan oleh Metal Zone Distro , untuk membeli split album
Storming Steel/
Hellwitch boleh menghubungi melalui sms di 017-525 8101 atau email ke thrashingfist[at]yahoo.com.
Dalam perkembangan lain mereka juga bakal mengeluarkan LP dibawah label Jerman iaitu ANGER OF METAL RECS .
Semua thrasher boleh preview lagu-lagu mereka di
www.myspace.com/stormingsteels .
Hard n HeavyDalam perkembangan lain , CS juga telah membuka kedai Metal di Kedah , kedai yg telah dibuka sejak beberapa tahun dulu masih beroperasi dibawah nama
Hard n Heavy , ini adalah kenyataan daripada beliau
"
Kaset,Cd,dvd,patches,t-shirt lokal/import semua ada , di jemput datang ! HARDnHEAVY baru saja menyambut ulang tahunnya yg kedua! Two years in storm in northern skyyyyy! Juta thanxx kepada yg sudi sapot selama kewujudannya di dalam bumi utara yg metalnya kian pupus di bawa ribut trend semasa!!kami tabik pada yg tidak rebah walau dlm ribut yg amat ngeriiiii!!! HARDnHEAVY yg di ambil namanya dari sebuah video tape lama ini akan terus bertakhta sampai ajal menjelang usia!!!
metal is my way!!!
No. 34 bangunan HBR,
stesen bas lama,
jln langgar,alor setar.
HP 0195486035
"


Posted By
pikrama On 24 September 2008 0:54:AM
Berita Tekini Berwajah Baru
Selepas mengalami tekanan hidup yg melampau , kini MetalTerus.com.my akan cuba aktif kembali . Permulaan kami ialah dengan memberi wajah baru pada bahagian Berita Terkini . Dah tak larat nak update news bahagian oversea , elok saja kita tumpukan pada scene Metal tempatan.
Apapun Enjoy !!!
Posted By
pikrama On 12 August 2008 1:13:AM
Aborticide - Johor Post Apocalytic Cyber-Industrial Death Metal
Apakah itu
Post Apocalytic Cyber-Industrial Death Metal? secara asasnya ia sebuah muzik experimental . Jika ingin dikaitkan dengan cyber-industrial , memang mudah difahami bahwa ianya mepunyai persamaan pada satu kemodenan seperti dengan penambahan muzik elektronik dan efek-efek yg ada kepada lagu . Serta sound gitar atau apa sahaja dimanipulasi dengan penambahan efek komputer , kalau drum pun takyah susah , pakai je drum machine dengan kelajuann daripada pelahan atau kepada tahap gaban ataupun boleh juga dijadikan kepada drum bass .
Post Apocalyptic Death Metal disini kita boleh kaitkan dengan lirik dan betapa lajunya drum , maka ia menghasilkan satu penyampaian yg penuh blasting dan apocalyptic . Hah kan dah dapat gambaran tu , Death Metal dapat dikaitkan kepada gaya gitar tapi disebabkan ianya telah diberi sentuhan efek maka agak sukar nak mendengarnya tapi itulah asasnya .
So itulaa gambaran serba sedikit mengenai genre yg bukanlah baru , pasal
Impaled Nazarene pernah menggelarkan muzik mereka sebagai Industrial Cyber-Punk bla bla bla . Dan untuk band asia tenggara saya jangkakan yg paling dekat ialah
Nortavlaggh.377 daripada Singapura . Kalau nak golongkan kumpulan experimental daripada Malaysia yg utama ialah kumpulan industrial
Gorb dan juga
Mesmerized(hasil serpihan daripada kumpulan Gorb)
Kira panjang jugak laa pengenalan utk kumpulan baru daripada Johor -
Aborticide yg boleh dilihat agak 'promising' dengan hasil yg jahat.
Untuk preview boleh ke Myspace mereka
myspace.com/aborticideonlinePosted By
pikrama On 4 August 2008 0:20:AM
Ventorior - Creating an Agenda
Ventorior ialah band death thrash metal dari Ipoh Perak. Mereka baru sahaja selesai merakamkan sebuah promo track berjudul "Creating an Agenda" yang boleh didapatkan secara percuma di gig-gig sekitar negara. Promo track tersebut juga boleh di download secara percuma di myspace. Ventorior sedang dalam proses merakamkan lagu terbaru mereka dan ingin medengar pendapat anda tentang musik mereka.
http://www.myspace.com/ventoriorventorior666@yahoo.com
Posted By
vorn666 On 6 June 2008 21:58:PM
Metalcamp 08
Gig Metalcamp'08 anjuran bersama
Nebiula Production dan juga
Thy Syndicate telahpun berlalu dengan jayanya . Ini merupakan penglibatan
Nebiula Production sebagai gig organizer setelah sekian lama menyepi .
Saya tidak dapat memberikan ulasan penuh kerana masalah tertentu ... apa yg boleh dikatakan ialah setiap band menampilkan persembahan yg meyakinkan . Mereka kelihatan begitu semangat apabila melihat stage yg dihias dengan 'army camouflage net' sepertimana yg digunakan tentera di medan perang . Untuk melihat gambar-gambar anda boleh
Klik Disini Posted By
pikrama On 8 May 2008 22:23:PM
RockSlumber MuzikFM
Sesiapa yg biasa mendengar radio pada waktu pejabat semestinya akan mengetahui kewujudan stesen ini , apa taknya lagu-lagu yg dimainkan sememangnya 'kental' ! . Ini bukanlah stesen yg calang-calang mahupun sebagaimana stesen lain - sepertimana yg telah dibincangkan di forum MetalToMetals
disini .
Apa yg membuat stesen ini menarik untuk diulas ialah penerbit mahupun DJ mereka yg begitu bersungguh membantu kumpulan-kumpulan muzik Metal Malaysia untuk menyiarkan lagu-lagu distesen mereka . Kepada mereka yg tidak mepunyai radio dipejabat anda juga boleh mendengarnya secara online
disini.
Horned Up RockSlumber !!!Posted By
pikrama On 8 May 2008 22:18:PM
Envenom Mengeluarkan 7"EP
Thrash Black Metallers daripada utara Malaysia . Envenom telahpun mengeluarkan 7'EP . Ini merupakan rilisan yg ke-3 buat mereka. Sebelum ii hanya promo dan demo .
Berikut adalah kenyataan daripada mereka.
"Christfukk" 7" EP . After There Brilliant Demotape We..re Proud To Release This Piece Of Bestial Metal Mayhem Upon Mankind! Raging BlackDeath Metal Aggression...No More Words Needed ! Limited To 500 Copies On Black Fucking Vinyl! Comes With A Full Colored Folded Cover And Poster. Get Your Copy Now For 5,00 Euro + Postage
For More Info Visit -
http://www.myspace.com/iron_boneheadhttp://www.ironbonehead.dePosted By
pikrama On 30 April 2008 2:27:AM
Gotika Jiwa Lara
Ok , bagaimana untuk kita menyenaraikan kumpulan-kumpulan Gothik daripada Malaysia . Saya tidaklah mengharapkan yg 100% Gothik , dan pada masa ini hanya kumpulan
Penakluk sahaja yg terlintas dalam fikiran . Walaupun begitu untuk mengira dengan jari , saya pasti ia tidaklah sampai keseluruhan jari disebelah tangan pun . Saya bercerita ni tentang muzikal bukannya mengenai 'trendy wimp wannabe culture shock kids' yg hanya tertumpu dengan fesyen.
Ini adalah sebuah band baru yg memperkenalkan diri di Myspace ,
Gotika Jiwa Lara dengan muzik Gothic Rock , namun telah menunjukkan bagaimana usaha mereka yg begitu menonjol . Yg lebih menarik ialah line melodinya dalam lirik bahasa Melayu menghasilkan irama yg jitu dan pesona , saya tau mereka sememangnya agak dipengaruhi kumpulan HIM tapi yg nyatanya kemampuan mereka membawa arah muzik dan jauh daripada
influnce ialah usaha yg harus dipuji tanpa membayangi sifat ripp-off . 2 buah lagu telah diletakkan di Myspace mereka sebagai promo .
www.myspace.com/gotikajiwa Posted By
pikrama On 24 April 2008 0:49:AM
Hidden Silence 'Black Hearted Spiritual'
Hidden Silence , sebuah kumpulan baru muncul dengan tanpa sebarang amaran . Membariskan ahli daripada Johor/Melaka/Kuala Lumpur. Tampil dengan muzik Melodic Death Metal terutamanya dengan pengaruh daripada Sweden .. nanti dulu , ini bukanlah muzik yg stereotype dan trendy sebagaimana Metalcore-shit (yg sering dikaitkan dgn Melodik Death).
'Black Hearted Spiritual' merupakan debut album daripada mereka . Dihasilkan dengan profesional dan secara DIY , malah sound mereka juga cantik . Album ini dilancarkan secara rasmi pada awal April lalu .
Untuk maklumat lanjut spt dimana untuk mendapatkannya
klik disini
Posted By
pikrama On 14 April 2008 3:13:AM
Mantak - Dance On Your Grave
Black Metallers Sabah ,
Mantak . Telah mengeluarkan T-Shirt official mereka yg khusus daripada Malaysia .
North Poem Records telah bertanggungjawab untuk menghasil dan mengedarkannya.
Untuk sebarang tempahan dan juga pertanyaan boleh melawat di Myspace NPR di at
myspace.com/nprmalaysia , Ingat !!! T-Shirt ini adalah terhad ! . Dan untuk maklumat lanjut boleh lihat disini
forum.metalterus.com.my

Sebelum ini T-shirt
Mantak 'Diabolikal's Polymorphous Perversion' yg telah dihasilkan oleh
Old Cemetary Records , label daripada US
Posted By
pikrama On 1 April 2008 0:53:AM
Samaritan
Kumpulan Black/Death daripada Kedah
Samaritan merupakan antara muka baru yg menyerlah di Myspace dgn muzik gubahan mereka . Walaupun sebelum ini saya amat membenci Myspace kerana melihatkan banyak band baru yg spt tiada tujuan dan dgn lagu yg total rip-off malah hanya pada keglamoran myspace sahaja.
Kini dapat dilihat kehadiran
Samaritan dan beberapa lagi kumpulan tempatan memberi makna sebenar Myspace yg sepatutnya dgn lagu yg mantap dan tanpa mengikut trend dan yg penting tujuan mereka amat jelas utk melahirkan material sendiri .
Samaritan , yg pada saya mereka dipengaruhi oleh kumpulan tempatan seperti Mistik , namun itu bukanlah membuatkan mereka bebas utk meniru , tapi muncul dgn gubahan dan solo yg meyakinkan. Utk mendengar beberapa lagu boleh terus ke Myspace mereka dibawah.
www.myspace.com/xsamaritanxPosted By
pikrama On 24 March 2008 2:57:AM
The Real Grindcore - Magnicide
Daripada serpihan-serpihan
Demisor , muncullah
Magnicide , kumpulan grindcore daripada Singapore . Kalau menurut flyers mereka bagaikan gabungan
324 ,
Cyness dan moden
Fear of God . Apapun yg dikata tagline yg saya letak -The Real Grindcore - merupakan gambaran tepat utk album mereka (yg tak bertajuk) . Saya tak boleh bayangkan keadaan jika mereka bermain live .. saya pasti moshpit yg paling ganas dapat disaksikan.
Ini bukan kata saya yg melebih-lebih , dengarkanlah beberapa tracks yg diletakkan di Myspace di www.myspace.com/magnicide666 .
Album
Magnicide juga merupakan keluaran
Straineyes Pro . Hanya boleh didapati dalam bentuk kaset dgn menghubungi
Mazmi Arshad
2115-21 Jln Sg. Gombak
53000 KL
Malaysia
strainoise@yahoo.com
Dalam masa yg sama
Straineyes Pro kini sedang mencari band Grindcore/Grind-Death/Thrashcore/GoreGrind . Kepada yg berminat boleh menghubungi dgn email diatas .
Posted By
pikrama On 24 March 2008 2:39:AM
Rajasinga - Pandora
Straineyes Pro yg sebelum ini pernah mengeluarkan kompilasi
Eastern Grind Unleashed 4-Way Split CD yg merupakan kompilasi yg cukup menyerlah dalam mempamerkan kehebatan kumpulan Grindcore daripada Malaysia dan juga Singapore.
Kini
Straineyes Pro muncul dgn mengeluarkan cd kumpulan grindcore
Rajasinga daripada Indonesia. Walaupun album ini berada dipasaran sejak tahun lepas namun album yg bertajuk
'Pandora' bukanlah sesuatu yg harus dilepaskan , memaparkan bagaimana permainan Grindcore dgn riffing yg boleh ditemui dgn sentuhan yg melodi dan sedikit permainan Thrash pada satu-satu lagu dibahagian gitar . Dan yg penting sekali ialah ialah variasi yg dibawa mereka kedalam muzik grind spt blues . Ok untuk ulasan panjang kita akan muatkan kedalam bahagian ulasan nanti .
Album ini boleh didapati dgn menghubungi
Mazmi Arshad
2115-21 Jln Sg. Gombak
53000 KL
Malaysia
strainoise@yahoo.com
Posted By
pikrama On 24 March 2008 2:26:AM
Mantak Dalam Proses Rakaman Album
Selepas sahaja meriliskan 'Sabahells Blasphemy' , Mantak kini sibuk dengan proses rakaman untuk album terbaru . Bila ditanya mengenai betapa cepatnya proses rakaman mereka. Menurut Naz , album 'Sabahells Blasphmey' sepatutnya berada dipasaran 2 tahun lepas dan Mereka pun dah lama habiskan rakaman tersebut jadi menurut beliau tak timbul perkara rakaman yg terlalu mendadak. Menurut beliau lagi jika album ini juga mengalami nasib yg sama spt sebelumnya iaitu delay beberapa tahun . Mereka akan mengambil tindakan drastik dengan mengeluarkannya dibawah label lain.
Posted By
pikrama On 23 March 2008 18:29:PM
Larrong - Narratik
Antara band yg lama telah wujud di Sarawak ,
Larrong . Muncul dgn single yg diletakkan di Myspace utk paparan umum . Single ini seperti menandakan kebangkitan semula untuk mereka selepas lama menyepi .
Sebelum ini mereka pernah mengeluarkan demo 'The Eastern Shaman' (1996) dan juga Dakan Perana Tana (2003) oleh Knight Records , malah pada tahun 1993 juga mereka pernah mengeluarkan rehearsel tape .
myspace.com/larrongPosted By
pikrama On 23 March 2008 16:45:PM
Symbiotic In Theory
Kumpulan baru daripada Negeri Sembilan ,
Symbiotic In Theory kelihatan begitu bersemangat walaupun tak sampai setahun penubuhan kumpulan mereka dengan perancangan utk album penuh pada May 2008 ini , yg jelas menampakkan arah tujuan mereka .
Antara lagu utk album ini ialah -
1.The End Is The Beginning
2.Seed Of Faith
3.Crying for Mercy
4.Synthetic dreams
5.Inside
6.Unquestionable Presence(ATHEIST COVER)
Mereka juga telah meletakkan 2 buah lagu utk pra dengar di Myspace
myspace.com/screamtheory Posted By
pikrama On 23 March 2008 15:40:PM
Storming Steel
Bekas vokalis
Samartary CS , mula menapakkan semula kerjaya underground beliau selepas keluar daripada kumpulan Samartary yg merupakan satu berita mengejut , dengan menubuhkan kumpulan Thrash Metal
Stroming Steel .
Menurut CS merangkap vokalis dan bassis , Kumpulan ini hanya untuk suka-suka sahaja , tapi dalam suka-suka mereka bakal merakamkan 5 buah lagu distudio di Kedah . Dalam mengetengahkan sifat muzik Thrash Metal , mereka juga telah memuatkan beberapa buah lagu didalam Myspace mereka di
myspace.com/stormingsteelsPosted By
pikrama On 23 March 2008 15:24:PM
Gambar gig Resurrection
Pihak kami baru sahaja mengumpul gambar-gambar gig The Resurrection pada Sabtu lepas utk tatapan anda semua . Gambar-gambar ini adalah gambar yg telah diletakkan oleh para forummers di forum MetalToMetals .
The Resurrection ... A Blast From The PastPosted By
pikrama On 7 February 2008 16:18:PM
Symphonia - Satria Naga
Semuanya bermula daripada
Melon King dan selepas itu ia ditukar kepada
Symphonia Melonia dan sempat melahirkan sebuah album iaitu
'A New Beginning' (2003) . Selepas beberapa anggota kumpulan mempunyai perbezaan arah , maka daripada sini kumpulan Power Progresif Metal
Orion telah ditubuhkan .
Tapi guitarist
Symphonia Melonia , Aman yg berseorangan tetap meneruskan dibawah nama
Symphonia.
Ini merupakan satu kisah ringkas mengenai kumpulan-kumpulan tempatan Neo Classical/Power/Progresif Metal yg berada pada tahap dan kelas mereka sendiri.
Dengan kumpulan
Orion telah menunjukkan kemampuan mereka didalam kompilasi
Metal To Metals Part 1 dan juga dgn 'circuit' gig disekitar Kuala Lumpur. Walaupun album mereka yg sedang dirancangkan ditangguh beberapa kali .
Kini giliran
Symphonia kembali dgn album terbaru iaitu 'Satria Naga' , menunjukkan bagaimana mereka terus mengekalkan gaya
Symphonia Melonia terutama dari segi guitar works .

Posted By
pikrama On 28 January 2008 23:31:PM
Goresluts 'Shinju Outercourse'
Selepas keluar daripada Disclocated Cerebrum yg menjadi tulang belakang dan impian beliau , Mie ... tidak mengambil masa panjang utk menubuhkan sebuah band baru yg diberi nama
Goresluts , meneruskan tradisi sebagaimana yg dilakukan beliau dalam kumpulan sebelumnya sebagai porno + gore + grind + death .
Selepas beberapa lama jamming , maka
Goresluts kini sedia utk membuktikan kemampuan mereka dgn mengeluarkan Ep iaitu 'Shinju Outercourse' dgn 5 buah lagu . Ia bukan perkara yg menghairankan kerana dalam kumpulan sebelum ini beliau juga bertindak sebagai masterminds teritama dalam pembikinan lagu.
EP yg dicetak secara pro dgn full color , boleh juga didapati dgn harga RM20 dan ini termasuk dgn sehelai t-shirt mereka. Ianya akan mula dijual mulai 1 February 2008 .

Posted By
pikrama On 26 January 2008 1:24:AM
Rator - Possessed
Salah satu legend kvlt daripada Kuala Lumpur ,
Rator . Yg telah mengganas di arena Muzik Underground Malaysia pada satu ketika dahulu . Dan mencipta nama dipentas antarabangsa , tapi semua ini hanya tinggal kenangan apabila mereka hanya mampu menghasilkan sebuah demo 'Evil Symphony' .
Sesiapa yg rajin megikut perkembangan berita kami tentunya mengetahui mengenai rancangan album terbaru
Rator , yg telah mengalami penundaan demi penundaan sehingga berlarutan bertahun-tahun . Namun sebuah label daripada Singapore iaitu
Sepulchral Music telah mengambil alih daripada
Muzik Box Production utk mengeluarkan album
Rator yg bertajuk 'Possessed'.
Dibawah merupakan kenyataan rasmi
Sepulchral Music mengenainya
www.myspace.com/sepulchralmusic"SEPULCHRAL MUSIC will be releasing Malaysia's black metal pioneers RATOR debut album. This much anticipated release which was supposed to be released earlier by MuzikBox Productions will be out on sale from the 29th of February 2008. SEPULCHRAL MUSIC has bought the rights over from MuzikBox Productions in November 2007. The first 300 copies will come with a free sticker. We are working with a distributor from Malaysia at the moment for the domestic distribution in Malaysia. We are aware that there might be a problem with that due to the band's controversial history. We already prepared a censored cover artwork if things don't go our way. Watch this space for more news soon.
"Posted By
pikrama On 26 January 2008 0:43:AM
Incisor - Promo Demo 2008
Tak banyak yg saya ketahui tentang mereka , Death Metal daripada Kuching Sarawak .
Incisor . Kini telah mengeluarkan demo yg mempunyai 3 lagu
- Bless the Cursed One
- Chamber of Death
- Boundless Damnation
Band Contact
Incisor
292, Taman Malihah,
Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak.
deadcisor@yahoo.com
www.myspace.com/incisorfordeath

Posted By
pikrama On 23 January 2008 1:15:AM
Incarcerate - Buthcer The Rest - Promo 2008
Posted By
pikrama On 23 January 2008 1:08:AM
Temuramah Khas Bersama SYJ08
Kami baru sahaja meletakkan temuramah SYJ08 yg dilakukan oleh Bentara . Sebagai seorang founder yg begitu bersungguh utk merealisasikan web MetalTerus.com.my sejak mula , tentunya ia sedikit sentimental bila melihatkan tiada apa-apa update terkini. Namun ia bukan disengajakan daripada pihak kami , namun diharap tahun 2008 sebagai permulaan satu semangat .
Posted By
pikrama On 18 January 2008 23:06:PM
HereAfter Bersama Single Terbaru Dan Info Terkini Devastator
Tahun baru disambut dgn satu rilisan daripada HereAfter . Kumpulan Thrash Metal daripada Kuala Lumpur . Selepas mengeluarkan demo yg bertajuk 'After Tomoorrow' pada Ogos 2007 . HereAfter secara rasminya telahpun mengeluarkan single terbaru pada 1 January lalu .
Dan Redza (Juga Gitarist Devastator ) sebagai mastermind utk projek one-man-band ini , nampak berkeyakinan dgn bantuan pada bahagian drum daripada kumpulan Varicose Vein dan ini mungkin akan memberikan sedikit impak , walaupun dalam demo sulung HereAfter (yg menggunakan drum machine) telahpun dapat sedikit perhatian dgn lagu yg dihasilkan .
Dalam perkembangan lain Redza memberitahu mengenai perkembangan terkini utk kumpulan - Devastator yg telahpun menyiapkan traxxx utk drum dan bakal menyusun utk Gitar/Bass/Vokal . Malah drummer mereka Tarabath kini diganti atas alasan peribadi dgn drummer lain yg berasal daripada Perlis .
Menurut beliau Devastator bakal mengeluarkan hasil mereka pada Mac 2008 ini .
Posted By
pikrama On 3 January 2008 2:27:AM
Shamanthra 'Ancient Resurrection'
Dengan keluaran sulung demo mereka dan melabel sendiri sebagai kumpulan genre Melodic Dark Metal ,
Shamanthra yg muncul daripada Pulau Pinang berjaya menghasilkan demo yg sangat berkesan , pastinya ini sangat memuaskan hati mereka mungkin sedikit kurang menyenangkan daripada peminat yg sedikit egois dgn drum machine .
Namun susunan dan produksi mereka bagi saya amat berjaya utk hasil sulung demo ini .

Shamanthra 'Ancient Resurrection' boleh didapati dgn harga rm9 dgn menghubungi shamanthra@yahoo.com
myspace.com/shamanthra
purevolume.com/shamanthraaskwhatra
Seidkit info daripada flyes mereka
"
SHAMANTHRA, a melodic dark metal band have unleashed the debut promo entitled 'Ancient Resurrection'. Offering mesmerizing tracks that will lead you to the neverending mystical realm. Price RM9 / USD6 (overseas). Bands, labels, fanzines don't hesitate to get in touch with us !!! "
Posted By
pikrama On 10 December 2007 1:55:AM
Polymorphous Pervesion Re-Release
Setelah mengeluarkan album terbaru beberapa minggu lalu ,
Mantak terus mengeluarkan material terbaru iaitu re-release
Polymorphous Pervesion oleh sebuah label
USA iaitu album ke-2 penuh mereka pada tahun 2003 dgn cover album baru.
Sebelum ini album yg sama juga telah di re-release oleh label daripada Indonesia , juga dgn cover yg baru .
Ini adalah kenyataan
Mantak yg dpetik daripada aman web mereka di
www.mantakhz.comThe re-edition of POLYMORPHOUS PERVERSION is finally unleashed by OLD CEMETARY RECORDS(USA) ! This fucking re-release contains the extraHell's Traxxx taken from Mantak's DARK BORNEO ART cass ep ! (Which never been release on cd's format before! ) and comes with the deferent cover artwork made by DM of AMPUTATOR ! .. Throw your Fucking buxxx to OLD CEMETARY address !!!
For more info's please visit to OCR official website here
www.oldcemetery.tk or just email us at mantak@mantakhz.com !

Posted By
pikrama On 19 November 2007 2:12:AM
Mantak 'Sabahell's Blasphemer'
Setelah menunggu lebih setahun , label mereka yg bertanggungjawab utk rilisan ini ,
Drakkar Production(Perancis) akhirnya telahpun mengeluarkan album Kumpulan
Mantak dipasaran .
'
Sabahell's Blasphemer' merupakan album ke-3 buat
Mantak , ini tidak termasuk beberapa 7'ep , Split yg terus memporak perandakan scene Underground . Secara keseluruhan , album ini dipengaruhi kumpulan old Sodom .
Black Thrashing to the maximum , Blasphemy !!!

Posted By
pikrama On 2 November 2007 2:14:AM
Vormit 'Life Is Your Enemy' Finally !!!
Grind daripada Sarawak ,
Vormit akhirnya secara rasmi melancarkan album sulung mereka yg bertajuk
Life Is Your Enemy pada 1/11/2007 .
Walaupun ramai yg agak kurang senang dgn penangguhan demi penangguhan namun ianya berada diluar kawalan mereka , kerana ia berpunca dari masalah mencari label yg sesuai utk mengeluarkan album ini.
Apapun dapatkan di kedai kaset berhampiran anda !!! ... tapi kami cadangkan anda pergi ke Campbell Kompleks utk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur .
www.myspace.com/vormitPosted By
pikrama On 2 November 2007 2:03:AM
Salutant To King (Penghargaan Utk Sil Khannaz)
Setelah lebih sedekad lamanya kita mendengar mengenai rancangan utk album penghargaan buat Sil Khannaz namun akhirnya pada tahun ini
North Poem Records sebuah label DIY daripada utara telah pun berjaya menyiapkannya , walaupun ada beberapa band yg terpaksa diubah daripada rancangan asalnya sebelum ini iaitu hampir 8 tahun yg lalu .
Album
Salutant To King menampilkan 12 buah band daripada Malaysia dan Indonesia .
Band & Tracklist :
1- TRAUMA (Indonesia) -
Beyond My Darkest Moment
2- HOMICIDE (Indonesia) -
Frantical Scream
3- CORPORATION OF BLEEDING (Indonesia) -
Obscured Denial
4- GIBRALTAR (Indonesia) -
Gerbang Kayangan
5- KHARABANAZAK (Malaysia) -
Catatonia
6- IN TORMENT (Malaysia) -
Sinner Burning w/o Huminity
7- DISLOCATED CEREBRUM (Malaysia) -
Debauch Absorbtion
8- ENSEMBLE OF SILENCE (Malaysia) -
Kiss of The Whisper
9- MORGGORM (Malaysia) -
Legion of The Damned
10- CAFERGOT (Malaysia) -
Pendita Gila
11- CASSARRAH (Malaysia) -
Santapan Terakhir Raja Bersiong
12- EPHEMERAL (Malaysia) -
Intravena Tantrika

Boleh didapati harga dan alamat spt dibawah
V/A SALUTANT TO KING "Penghargaan Buat Sil Khannaz" Album.
Format: Pro CD - 8 mukasurat inlay ( Sejarah penuh Sil Khannaz & info band terlibat )
Harga: RM23.00 ( termasuk postage ). Special price utk distributors yg berminat.
USD13 / EURO13 ( oversea order )
Payment melalui cash in registered letter / money order / internet banking - ask for account no.
SYAIFUL KHAIRY MAHADZIR
NO 38 JALAN BARAT 2,
TAMAN DESA IMPIANA
05150 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN
Posted By
pikrama On 26 October 2007 2:16:AM
Kenyataan Rasmi Daripada Blackfire
Ini adalah kenyataan rasmi oleh kumpulan Blackfire yg diminta oleh mereka agar disiarkan disini.
-------
They has ripped BLACKFIRE off !!!
BLACKFIRE ingin menyatakan rasa kesal ke atas beberapa band tempatan yang telah menggunakan atau lebih tepat dinyatakan disini memanipulasikan karya asli Blackfire dalam merealisasikan karya mereka sendiri. Ianya berlaku berulang-ulang, bagaikan satu trend...
Sikap menggunakan karya orang lain tanpa persetujuan karyawan asalnya amat dipandang jijik oleh kami, Blackfire. Kami tidak boleh bertolak ansur lagi, jika semakin hari semakin banyak kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka menghormati Blackfire, menjadikan Blackfire idola mereka, menjadikan karya kami sebagai inspirasi mereka, padahal merekalah orang yang tidak langsung menghargai karya orang lain. Sanggup meniru, menggunakan hasil penulisan Blackfire walaupun kami tidak benarkannya dari awal lagi.
Perlukah memohon kebenaran kami untuk mengambil karya-karya kami, jika pada akhirnya walau tidak kami benarkan, penggunaannya masih diteruskan? Adakah itu yang dinamakan 'hormat'? Kumpulan seperti ini hanya, ingin dikaitkan dengan sesuatu yang dianggap 'lagenda' demi merelealisasikan impian mereka. Mereka sanggup mengambil kesempatan dalam apa cara sekali pun untuk mempergunakan sebuah nama yang mereka anggap besar.
Blackfire bukanlah sebuah band yang besar, Blackfire pula tidak memerlukan sebarang penghargaan. Blackfire hanya memperjuangkan muzik yang kami minat dan tidak berminat untuk menjadi band 'pujaan' anda.
Kepada band yang masih berharap pengantungan dan penggunaan nama orang lain dapat mengubah perspeksi org ramai terhadap bandnya. Lupakanlah!! usaha lebih, buat muzik gunakan hati, perasaan, kreativiti, jangan hanya pandai mengikut sahaja.
We, BLACKFIRE finally getting pissed off by some bands that ripped us off by using our works without our permission. This problem has encountered us since the early 90's. And we already tired of it. Why, they said we inspired them in putting a band, but they disrepect us in someway?! Just recently, we got more and more band ripped our songs without even saying at least a credits.
That's why we don't wanna publish our lyrics on Cd sleeves at the first place. First, we afraid of some idiots will never understand the message we are telling them in our songs. The second one, is this. Some narrow-minded people will use it disrespectly even they know nothing about it....
We are dissapointed with these bands.
Azmi, Hadi & Rammy of Blackfire.
Posted By
pikrama On 26 October 2007 2:01:AM
Mentally Murdered - Lost Infidel (Single)
Mentally Murdered bakal tampil dengan rilisan single bertajuk '
Lost Infidel' yang sempena menunggu full lenght yg bertajuk '
Burn From Within' . Single ini menampilkan 3 buah lagu iaitu
Lost Infidel dan dua buah lagu bonus yang dipetik daripada self title demo iaitu
You Will Suffer dan
And Slowly I Die (A.I.D.S). Rilisan single yang bakal dikeluarkan oleh label tempatan
Morbid Invasion Rex ini hanya terhad kepada 200 pcs. Format rilisan single ini ialah pro-printed cd-r. Dijangka akan berada dipasaran atau mail order dalam beberapa minggu lagi. Manakala album
Burn From Within dijangka akan muncul pada hujung tahun ini.
Pada mereka yg tidak tahu
Morbid Invasion Rex merupakan sebuah label independent terbaru dari Kuala Lumpur .
morbidxinvasion.bravehost.com
myspace.com/mentallymurdered666
Posted By
pikrama On 8 October 2007 2:38:AM
Berita Terkini Gig LANTAK
Sil Khannaz terpaksa menarik diri daripada gig
LANTAK pada 28 oktober di Taiping nanti , kerana masalah jadual .
Flyers terbaru telah diletakkan diruangan Gig kami , dibawah . Atau yg dilampirkan disini .

Posted By
pikrama On 8 October 2007 2:28:AM
BLACKFIRE - The Hereafter Live CD
The legendary Malaysia doom/heavy metal bands release the CD that taken from their cult live recording in 1988 at Semua House Rock N Roller U5 (Kuala Lumpur late 80's retro roller skate club for underage thrash metal kids like me and heavy metal people's to hang out) This live recording wide spreading through worldwide underground metal scene at that time by DIY dubbing tape trading, but yet it still remind obscure, and never being release as professional format. The live recording was remixing and re mastered from the old dusty tape, without any overlap music, still delivered from its original sound/event and atmosphere. Here, RHAPSODEATH PRODUCTIONS ( rhapso_death@yahoo.com) make it available onto pro CD to documented Malaysia DIY underground/metal music history for you all….Blackfire was the first extreme metal bands probably in South East Asia, Known as Metal Ghost in 1982 later changed to Black fire in 1984, the first ever Malay-lyrical Doom Metal bands, whose songs had never been recorded in studio until recently, Appear in so many performances in rock festivals and gigs around Malaysia in the 80's. They received offer from Malaysia mainstream recording labels at that time, but they refused to compromise with all of their bullshit because BLACKFIRE want to have freedom in writing their own music and lyrics AND STAY UNDERGROUND....
RM10ppd (Malaysia) and other please ask ...
BASEMENT RECORDS
P O BOX 13288
50806 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
Posted By
DeathDie On 20 September 2007 0:16:AM
VIRUS FANZINE # 4 (August 2007)
The fourth 'calamity&' ; issue of VIRUS zine are now back and ready to terrorize !! Expect an informative, cut n paste, military frame drawing
etc !!
This time VIRUS attack to 18 horde :
Nightshaders, Necromation, Antacid, Hayagriva, Demonyu, Tasyim (MAL), Catacumba (BRA), Throneum, Besatt, Anima Damnata (POL), Rademassaker, Sammath, Cerberus (GER), Abominator (AUS), Bestial Mockery (SWE), D.O.G (DEN), Fornace (ITA), Tormentor of Souls (MOROCCO).
We also got an interesting article in there as well. More fresh news, bios, reviews (demo, CD, fanzine) than previous issue. Clear xerox printing in A4 size 66 pages of course English written.
Price RM 9 (Mal), USD 4 (Asia), USD 5 (Europe), USD 6 (South America). Price included p&p. Please send very well hidden cash in a registered letter ok !!
Malaysians maniaks you can use Money order above thy name Mohammad Fauzi. Distributors ask for wholesale prices & trade are more than welcome but PLEASE write/ask first.
Send order to :
FAUZI,
PEJABAT JHEOA DAERAH JELEBU,
TKT 2 BANGUNAN TABUNG HAJI,
71600 KUALA KLAWANG,
N. SEMBILAN
MALAYSIA.
virus_zine@yahoo.com
All labels, bands, zines, metalheads you are welcome to send us your promotional stuff
etc for sure review or possible interview in # 5. All letters will be answered. To early 50 buyers, you can get a mystery 3R photo..
Posted By
DeathDie On 27 August 2007 23:48:PM
BLIND CONFUSED "NON COMPONENTS" CD
Peminat grindcore pastinya teruja dengan band yang datangnya dari Sabah ini..CD yang mengandungi 9 buah lagu telah mula dijual pada harga RM 12..sekiranya anda boleh hubungi mereka di..
email: blindconfused2005@yahoo.com
Phne: 016 8252873
Posted By
DeathDie On 27 August 2007 23:45:PM
HereAfter - 'After Tomorrow'
Kumpulan Thrash Metal yg baru sahaja ditubuhkan iaitu
HeraAfter telah melahirkan sebuah demo yg bertajuk
'After Tomorrow' yg mengandungi 4 buah lagu termasuk intro . Apa yg menarik bila melayari
Myspace mereka ialah melihatkan kenyataan yg berbunyi
"HereafteR is formed by Redza in early June 2007 with the mission to show to the others whimps that material released is more important than playing gigs with no material at all."Dan jika anda mengenali nama tersebut , beliau merupakan gitaris daripada kumpulan Thrash Metal ,
Devastator . Demo ini boleh didapati di Kedai Tools'n'Trade , Campbell Compleks .
HereAfter MyspacePosted By
pikrama On 26 August 2007 23:56:PM
Sil Khannaz Di Suria.FM
-Terkini- Sil Khannaz tetap akan muncul di saluran radio suria.FM ... cuma lambat sikit . - last update - 10.12 malam / 24 ogos
+++++++++++++++++++++++++
Gitaris
Sil Khannaz Dark-E , telah mengkhabarkan di forum
MetalToMetals bahawa kumpulan
Sil Khannaz bakal muncul di program radio
Suria.FM pada
24/08/2007 , tepat pada pukul jam 10 malam . Jangan ketinggalan utk mendengar lagu unplugged yg bakal dimainkan mereka nanti .
Frekuensi Suria.FM
105.3 FM (Klang Valley)
102.4 FM (Penang)
96.1 FM (Kuantan)
96.0 FM (Ipoh)
Siaran radio Suria.FM juga boleh didengar melalui internet di
mms://kl.cdn.tm.net.my/suriafmPosted By
pikrama On 22 August 2007 14:04:PM
Au Revoir 'Make Her Suffer'
Selepas mengeluarkan single pada awal tahun 2007 yg bertajuk '
Psycho Charmer' . Kini 'one man band' Au Revoir kembali lagi dengan tajuk single terbaru iaitu '
Make Her Suffer'. Menurut Rammy yg merupakan tulang belakang
Au Revoir , pernah mengatakan single ini mempunyai feel
Motorhead malah single kali ini dilakukan dgn cukup profesional dari segi soal rakaman , beliau kelihatan amat berpuas hati bila bercerita mengenainya .
Sejauh mana dapat kita menilai, nantikan sahaja pada 1 September nanti iaitu tarikh rasmi utk keluarnya single ini.

Posted By
pikrama On 21 August 2007 23:55:PM
Torch - nyalaan ketiga
Torch, sebuah kumpulan heavy metal yg terdiri dari ahli Catarrh & Bazzah dari Pahang telah pun melahirkan album pertama mereka - Iron Curtain. Album ini memuatkan 22 lagu baru dan dirilis di bawah Necropapic Records. Walaupun pada awalnya, sepatutnya album mereka - Nuclear Doom yang diriliskan terlebih dahulu oleh Muzik Box namun diatas beberapa sebab tertentu, ianya tidak muncul muncul sehingga hari ini.
Hubungi mereka di www.myspace.com/kugirantorch
Junction - reunion
Junction - veteran hair metal 80an akan bergabung kembali setelah sekian lama menghilang. Kini Junction dianggotai oleh Hatta (vokal), Syed (bass), Man (gitar) & 2 muka baru - Omar (gitar) & Amir (drum). Junction telah pun membuat persembahan dengan line up sedia ada di Karnival Setapak pada bulan Julai lalu. Kini mereka di dalam proses menghasilkan lagu yg bakal dimuatkan ke dalam album terbaru.
Mentally Murdered - material split terkini
Old timer brutal death metal dari negeri Sarawak - Mentally Murdered dalam proses menyiapkan material terbaru disamping bakal bersatu dalam sebuah split ep project dengan sebuah kumpulan yg berasal dari Rusia - Sufferatory. Difahamkan juga bahawa Sufferatory memainkan stail muzik death metal.
WAR 666 - kemunculan semula
War666 sebuah band yg memainkan muzik black metal setelah sekian lama menyepi tampil semula dengan sebuah material berjudul "Genocide Destroyer". Material dalam bentuk ep ni memuatkan 6 buah lagu termasuk sebuah cover song dari Impiety. Difahamkan War666 mengalami sedikit rombakan line up. Line up terkini menampilkan:-
Eiried - drum
Xalizion - vokal
Azrael - gitar
Lord Suffer - bass
Hayagriva - Red Haven
Album yg telah dirancangkan sejak bertahun dulu , kini bakal menyusul dipasaran pada 1 september nanti . '
Red Haven' merupakan album penuh pertama daripada
Hayagriva .
EP mereka pada tahun 1997 iaitu '
Silverian's Art (Elergy Domain)' terus melonjakkan nama
Hayagriva , dan mereka terus dikenali dengan genre muzik Dark Shadow Metal , yg pada saya merupakan percubaan utk menjarakkan diri mereka utk dikenali sebagai Melodik Black Metal yg sedang menjadi trend waktu itu . Demo '
The Lord of Neverending Wrath' pada tahun 1995 merupakan keluaran sulung yg terus menaikkan nama mereka , disamping membuktikan kepada scene Ipoh Metal Militant bahawa mereka serius utk bersama dengan circle elit tersebut.
Cengkaman
Hayagriva keatas peminat-peminatnya berterusan dengan keluarnya split EP bersama legendary Eastern Metal waktu itu iaitu
As Sahar dibawah tajuk '
Beyond Firmament' pada tahun 1998 . Terus membuktikan bahawa mereka bukan kumpulan Melodik yg sebarangan disamping mengumpul peminat-peminat baru dan terus memahatkan nama mereka discene muzik Metal Malaysia .
Pada tahun ini mereka telah mengeluarkan single yg bertajuk '
Jahanamiyun' . Single ni merupakan satu langkah pengenalan sebelum kembalinya mereka dengan album penuh selepas 10 tahun.
Myspace HayagrivaPosted By
pikrama On 13 August 2007 1:43:AM
Silent Death Mencari Label Utk Rakaman Album
Menurut maklumat yg diterima, Kumpulan Old-timer Death Metal tempatan , Silent Death . Kini giat mencari label utk rakaman album ke-2 . Pencarian ini dilakukan oleh Gitaris mereka sebelum ini iaitu Pinky . Kepada label yg berminat boleh menghubungi metalzonedistro@yahoo.com.my .
Album pertama Silent Death iaitu 'Before The Sunrise' (1992) merupakan sebuah masterpiece yg ditinggalkan utk scene Metal tempatan , malah beberapa tahun selepas itu, walaupun disebalik masalah yg dihadapi oleh setiap ahli Silent Death yg sentiasa tidak berkesudahan . Mereka sempat juga mengeluarkan sebuah EP bertajuk 'Break The Silence' .
Posted By
pikrama On 9 August 2007 0:44:AM
Malaysia Doom Master Is Back !!!
Modar ! yg mula diaktifkan pada tahun ini, dgn penampilan sulung mereka didalam kompilasi Metal To Metals 2 (2007) selepas lebih 10 tahun menyepi . Kini telahpun mengeluarkan album terbaru iaitu '
In My Meditation ...' . Album ini turut memuatkan 3 hidden tracks khas utk mereka yg baru mengenali mereka . Hidden track yg merupakan rakaman terdahulu daripada
ModarDan pastinya kita dapat membandingkan bagaimana perkembangan mereka pada waktu ini, Lan antara peneraju dan antara ahli asal yg terus kekal malah juga sebagai org yg mendapat didikan formal dalam bidang muzik , beliau telah melakukan perubahan besar utk komposisi lagu
Modar dalam album baru ini . Nantikan ulasan penuh kami .

Posted By
pikrama On 31 July 2007 22:40:PM
Morggorm 'The Eye Of Grosha Dimmag'
Debut album
Morggrom a Thrash Metal band from Kuala Lumpur called
"The Eye Of Grosha Dimmag" contains 11 song and 1 song with special guest vocal of
Madec Negation . This album released on pro-printed cd and pro-printed cover.
Ralat - Its Madec actually , not Madie as previously reportGood sound production and get it before you too late ! Limited Edition !
Trades for distrobution purpose are available. Send 0.50sen stamps and letter with your own address to get a free mail order list.
Contact:
M.Z.D
No 24 Jln Peremba,
Tmn Samudera,
05050 Alor Setar,
Kedah,Malaysia.
Email:metalzonedistro@yahoo.com.my
sms:0175258101
Price: RM15 (malaysia) with register letter. Rest of the world USD 10 or Euro 9 with register letter......

Posted By
pikrama On 26 July 2007 23:59:PM
Rebellion
Rebellion merupakan sebuah band projek yang dianggotai oleh 2 orang ahli Kremation iaitu Nasth Sheir & Rithman. 2nd 'Promo Cd' mereka yang mengandungi 3 buah lagu , telahpun release sejak beberapa bulan lepas.
Dapatkannya dengan PERCUMA! dengan hanya menghubungi mereka melalui e-mail ke - kitapunyainfo[at]gmail.com).
Pihak MetalTerus akan membuat sedikit rumusan setelah mendapatnya nanti.
Posted By
pikrama On 16 July 2007 23:12:PM
Keramat Durjana , Heterodox
Kumpulan yg membuat kita tak kering gusi dengan aksi mereka semasa gig -
Heterodox telah memasukkan video clip diMyspace mereka , video yg diambil semasa gig pada 6/5 lalu di JB anjuran Muzikbox . Ia dihasikan dengan sound yg bagus .
Martyr Of NowherePada awal tahun ini juga mereka telah menghasilkan rilisan DIY yg bertajuk 'Lu Ingat Seronok Ka Mati?' . Heh jangan terkejut , mereka mmg sinikal . Pernah tampil ke gig dengan semua band member berkumis ala-ala hero tamil .
Posted By
pikrama On 5 June 2007 1:50:AM
Morggorm Dan Lagu Terbaru
Morggorm kini baru sahaja siap dgn lagu terbaru mereka iaitu 'The Eye Of The Enemy' . Lagu yg bakal dimasukkan kedalam album mereka nanti iaitu 'The Eye Of Gorsha Dimmag' . Kini mereka sedang sibuk dgn rakaman utk Kompilasi Devour Your Soul . Kali terakhir projek mereka ialah bersama-sama dgn Kompilasi Metal To Metals 2 .
Utk preview lagu mereka boleh pergi ke sini :-
www.purevolume.com/morggorm Posted By
pikrama On 5 June 2007 1:43:AM
MetalTerus New Email Address
Dengan ketidak konsisten yg dihadapi oleh domain metalterus.com.my daripada masalah DNS server .
Pihak kami mengumumkan perubahan email utk sebarang urusan/berita/kritikan/ atau yg berkaitan dengan Metal , ke alamat email baru rasmi MetalTerus iaitu :-
pikrama [at] yahoo [dot] comPosted By
pikrama On 21 May 2007 22:36:PM
Nightshader "Rougayah's Revenge"
Pahang Metaller's, Nightshaders , akhirnya menerjah scene dengan rilisan yg kemas . EP "Rougayah Revenge" menampakkan hasil bersepadu utk mereka menunjukkan secara jelas mengenai arah muzikal sebenar Nightshaders .
Selepas sahaja mengedar promo sebelum ini dan dengan keluarnya rilisan ini ia memberikan kesinambungan dan EP "Rougayah Revenge" merupakan jawapan utk kritikan mengenai promo live yg diedarkan.
Secara rasminya telah keluar pada 28 April lalu, dan boleh didapati di TnT di Compleks Campbell.
www.myspace.com/nightshadersPosted By
pikrama On 6 May 2007 3:58:AM
Web Update
Review Terbaru telah dimasukkan . Sila lihat sebelah .
Posted By
pikrama On 26 April 2007 1:01:AM
Besi Hitam zine #2 Dalam Pembikinan
Fanzine daripada Pahang ,
Besi Hitam kini sedang sibuk mengumpulkan bahan-bahan utk isu #2 . Kepada anda yg ingin mrnyumbangkan temuramah , review, artikel, artwork atau apa sahaja mengenai dunia Metal , Boleh menghantar ke alamat
Abu Huzaifah
c-133(f) Raya Jengka 14
26400 Bandar Jengka
Pahang
atau ke www.myspace.com/besihitamfanzinePosted By
pikrama On 24 April 2007 2:52:AM
MetalTerus Tukar Server
Disebabkan kami telah menukar server , Kami telah menghadapi masalah ketika proses tersebut menyebabkan semua komen telah hilang . Buat masa ni hanya di bahagian -Gignews- sahaja yg boleh komen .
Pada bahagian -Artikel- pula ... Hanya artikel terbaru sahaja yg boleh dikomen .
Harap Maklum.
Posted By
pikrama On 17 April 2007 0:58:AM
Envenom Menarik Diri Daripada Tour Sabbat di Thailand
Kumpulan Heavy/Black Metal daripada Jepun , Sabbat bakal menggegarkan Thailand dan Singapura . Dan sebelum ini dilaporkan kumpulan daripada Singapura , Ironfist dan juga sebuah kumpulan daripada Malaysia Envenom bakal beraksi bersama-sama kumpulan Sabbat di Thailand pada 27 May nanti.
Namun menurut berita yg diberikan kepada kami, kumpulan Envenom terpaksa menarik diri atas beberapa masalah peribadi yg tidak dapat dielakkan .
Posted By
pikrama On 6 April 2007 1:52:AM
Teaser poster Sil Khannaz Live In Planet Holiwood 2007
Adakah anda sudah bersedia..?!!

Tiket gig ini juga akan dijual mulai 5 April di
Nebiula Heavy Metal Shop , Campbell.
Claws - Demo 2007
Kuala Lumpur Raw Black Metallers , Claws . Kini akan mula aktif dengan beberapa material , buat masa ini 'Demo 2007' yg memuatkan 3 buah lagu berserta sebuah lagu cover daripada Venom adalah material sulung mereka walaupun setelah wujud pada tahun 2004 .
Menurut vokalis Claws , dengan nada yg sederhana dan bersahaja , sesuai dengan imej Black Metal 'Killing All Trends' nya , mengatakan hasil 'Demo 2007' adalah satu permulaan sahaja , selepas ini perancangan demi perancangan akan diteruskan ... Its just the beginning ... akhiri beliau .
MetalTerus akan membuat ulasan dalam sedikit masa lagi mengenai rilisan ini .
Posted By
pikrama On 2 April 2007 3:11:AM
Neftaraka - "Les Vents Inconnus"
Black Metal Hutan daripada Ipoh , Neftaraka . Telah memberikan penghargaan kepada kami utk mendengar tracxxx yg bakal dikeluarkan oleh label daripada France iaitu I.ex.M.N Records .
Black Metal dengan lagu-lagu yg lebih pantas dan bertambah rawww , Neftaraka memberikan sentuhan dengan bassline dan riffing yg lebih berhantu . Satu-satunya kemunculan yg akan terus diawasi tapi Neftaraka bukannya utk semua orang . Black Metal pada tahap yg rare, tiada konsep trend pada mereka dan penuh dengan nilai eksotik .
Tajuk Lagu:
1- Theme of The Unknown Winds
2- Obscure, Prevails
3- Wish Ov Warlust : Genocide
4- Crushing The Scepter (cover Gorgoroth)
Pada tahun ini juga mereka bakal mengeluarkan beberapa material yg eksotik diseluruh dunia -
- 2007 -
Neftaraka(Mal)/Zanthicus(Phi) - "Split tapes"
(Sabbathid Recs, Japan)
Neftaraka/Original Sin/Waining Moon - "3 way split CD"
(Funeralmoonlight Recs,China)
Neftaraka - "Live Official Bootleg" CD
(Re-release w/old demo remastered by FuneralMoonlight recs,China)
Neftaraka - "Les Vents Inconnus" cassette
(2nd demo cassette. Limited!. Released by I.ex.M.N Records, France)
Neftaraka/De'Iventor/Cultristic - "3 way split CD-r"
(Consist old demo + unreleased material. Release by Eastern Myth Recs)
Neftaraka - Salve Thy Forest Official T-shirt / stickers
(Printed both side. Limited. Release by KAZ Merchandize)
Posted By
pikrama On 2 April 2007 3:02:AM
Logam Sedia Utk Rakaman
Seperti yg diketahui diMyspace semua , Kumpulan Logam daripada Johor akan mula diaktifkan secara agresif pada tahun ini . Malah lagu-lagu baru mereka kini sedia utk rakaman , Dengan jangkaan album baru yg akan dikeluarkan mereka pada tahun ini juga . Album ini bakal dikeluarkan oleh Orgasmatron Production , diharap perancangan masa utk album ini berjalan dengan lancar.
Sebagai tambahan , rilisan mereka yg terakhir ialah pada tahun 2002 yg bertajuk 'Maximum Power Overdrive'
Posted By
pikrama On 2 April 2007 2:47:AM
T-Shirt Dan VCD Gig Metal@Kenyalang
Menjrex Nerto Production telah mencetak semula t-shirt gig Metal@Kenyalang yg telah berlangsung pada 24 Mac lalu . Mereka juga akan mengeluarkan VCD gig tersebut tapi hanya menampilkan semua lagu yg dimainkan oleh Sil Khannaz dan juga satu lagu bonus daripada kumpulan Vormit . Boleh dapat maklumat lanjut dgn menghantar sms ke 0168765462
Posted By
pikrama On 2 April 2007 2:38:AM
Temuramah Bersama Ajak Oleh Krenmaut Blog
Krenmaut Blog dikendalikan oleh
Bentara (atau dikenali sebelum ni sebagai Batara Guru dan juga merupakan perintis Metal Terus), telah menemuramah bersama tokey label
Ultra Hingax Production iaitu Ajak .
Dalam masa yg sama
Krenmaut yg muncul sebagai sebuah blog kini aktif dengan bahan-bahan beritanya .
Posted By
pikrama On 29 March 2007 20:34:PM
Immortal Rites 'Api Dari Timur' Akan Di Keluarkan Oleh Eastern Voice Production (Sarawak)
Immortal Rites "Api Dari Timur" CD
Debut album most Indonesian Chaosadistik Blackness death metal Monster
in Cd formate limited 500 hand bloodshed hate number !!!
All of "Chaosadistik for fashion metal" stuff in your garbage Collection will destruction by this legend,10 song utterly with 2 bonus song taken from demo "Purnama" with ariffen ( Icnoclasm ) original vokal in this song, 1 cover version " Troops Of Doom " by Sepultura real Sadis, real Black Death & Nuclear Metal album of all time !!!
Posted By
pikrama On 19 March 2007 0:31:AM
HAYAGRIVA - 'Jahanamiyun' Single 2007
Beberapa tahun dulu MetalTerus pernah melaporkan tentang Melodik Black Metallers daripada Ipoh ,
Hayagriva ... yg sedang sibuk utk rakaman album terbaru . Tidak menghairankan apabila mereka mengambil langkah utk menyepi tanpa mengeluarkan hasil rakaman tersebut kerana keadaan scene yg menghadapi dengan pelbagai masalah.
Namun awal 2007 , telah diberitakan kembali bahawa kumpulan
Hayagriva sedia utk mengeluarkan album dengan lagu-lagu baru yg telah dirakamkan sejak lama dulu , tapi semasa berita diterima pada awal tahun ia masih dalam peringkat rancangan utk mixing dan mastering ... pada waktu itu ia masih lagi satu perjalanan yg jauh utk melihat hasil yg realiti daripada mereka ...
Kini setelah sekian lama menunggu kumpulan yg menggelarkan sebagai Shadows Metal sejak awal kemunculan dahulu kini sedia dengan single terbaru daripada mereka '
Jahanamiyun' . Single yg turut memuatkan 3 buah lagu mereka sebelum ni merupakan langkah awal
Hayagriva sebelum muncul dengan album penuh ...

Single daripada
Hayagriva tampil dengan konsep DIY bersama slim jewel case .. Single yg limited 200 kpg ini boleh didapati daripada
Eastern Myth Distribution dengan harga Rm 8 - sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus dengan alamat dan email dibawah ...
- Send well hidden cash money or blank M.O -
Eastern Myth Records/Distribution
No.13,Persiaran Iskandar Perdana 21,
Bandar Seri Iskandar,
32600 Seri Iskandar,
Perak D.R
MALAYSIA
E-mail : neftaraka@yahoo.com
Http://www.myspace.com/easternmyth/
Posted By
pikrama On 1 March 2007 23:12:PM
Metal Massacre VCD Compilation
METAL MASSACRE COMPILATION ON VCD ! . We need a true underground metal bands to join our VCD compilation! Please send your video clip or live at metal gigs perfomance on VCD format. Free 10 copy VCD guaranteed. No Rip Off! Keep in touch for more details.....
Contact: M.Z.D
No 24 Jln.Peremba,
Tmn.Samudera,
05050 Alor Setar,
Kedah,Malaysia.
Email :
metalzonedistro@yahoo.com.mysms : 0175258101
Posted By
pikrama On 8 February 2007 2:08:AM
Necromation - Dream Of Soreness
Kumpulan Death Metal daripada Sabah ,
Necromation , akhirnya telah pun meriliskan demo mereka yg bertajuk '
Dream Of Soreness' . Apa yg lebih menarik ialah cover grafik yg ditampilkan yg kelihatan lebih horror dan hasil kerja seni yg amat kemas ditambah lagi dengan profesinal cover printed daripada mereka .
Demo ini boleh didapati di Tools N Trade di Campbell dengan harga RM 7 atau terus menghubungi mereka di
wan_necroreign@hotmail.comnecromation@sabahhelllegion@com
Posted By
pikrama On 6 February 2007 1:11:AM
ZURIARTS - Arrival Of The Dark Descent
Kumpulan daripada Taiping
Zuriat , kini mula mengedarkan EP mereka yg sekian lama telah tertangguh iaitu lebih 2 tahun ! . Ep terbaru mereka
" Arrival Of The Dark Descent " kini telah mula dieadarkan dikedai-kedai tertentu diutara pada 01/02/2007 nanti . EP mereka telah dikeluarkan oleh label
Astral Lore (KL) . EP ini juga boleh didapati dengan menghantar email ke
Shah_disaster@hotmail.comKumpulan
Zuriats diterajui oleh Shah Disaster iaitu bekas pemain bass Violator.
myspace.com/zuriartsPosted By
pikrama On 31 January 2007 0:29:AM
Que Haidar Dan Awal Ashaari Sebagai G A Y ' ish Black Metal !!!
Wahahahahahaha ... lama betul wa tak menulis kat sini, wa bukan apa beb .. ingatkan cite pasal Black Metal ni dah berkurangan dan akan terus menyepi , tapi dalam diam-diam ada pulak filem yg menyentuh pasal Black Metal nii hehehe ... wa tak tau nak gelak ke apa ...
Tapi sebelum wa bukak cite pasal filem tu , lu orang ingat tak tentang anak Pengarah terkenal Yusuf Haslam yg juga terkenal kerana rancangan TV Gerak Khas nya . wa bukan apa beb , kalau lu orang ingat drama Gerak Khas tu ada juga sirinya yg menyentuh tentang Black Metal yg dikaitkan dengan Dadah !!! Arak dan Seks Bebas !!! ...
Yg ironiknya kalau lu orang semua ingat ... anak Yusuf Haslam ni pernah kantoi pasal ujian air kencing masa kat disko (iaitu tempat utk org bergaul bebas serta mabuk-mabuk dan tempat segala haram jadah sebagai seorang Muslim) tapi lantak dia laa , wa tak kata dia buat semua tu , kalau dia buat pun pegi mamposslaa bukannya ada kena mengena ngan wa pun ... kekekeke ... dan yg penting dan dah terbukti anak dia ni tak bersalah dan tak ambil dadah pun setelah ujian dibuat sekali lagi oleh pihak hospital ... rutin biasa jee ni oleh pihak Polis .
Tapi yg peliknyer - Yusuf Haslam ada buat press conference tentang ujian anaknya yg negatif dan bebas dari tuduhan penggunaan dadah oleh pihak Polis dan press conference ni disiarkan oleh akhbar ...
inilah peliknyerr kerana Yusuf Haslam ni orang kaya dan berpengaruh maka rakyat marhen seperti kita ni terpaksa laa telan dan terimaaa jeee segala cite pahit dan yg tak betul dan fitnah dan pembohong ditujukan kepada kitee , walaupun benda yg disebarkan oleh akhbar dan juga daripada rancangan TV tu tak betul tapi dorang apa peduli !!! kita ni hanyalaa golongan bawahan yg tak layak mendapat keadilan ...
TAPI bagaimana pulak dengan ramai Mat Metal yg ditahan pada December 2005 atas tuduhan yg sama , malah mereka ni semua telah
ditahan dilokap sehingga beberapa hari sebelum boleh diikat jamin (itupun kalau ada duit, kalau takde duduk laa seminggu dalam lokap tuu) utk menunggu keputusan ujian kedua dari pihak Hospital ... yg menariknya dalam ramai-ramai Mat Metal yg telah diurine positif penyalahgunaan dadah oleh pihak Polis saebelum ni , hanya 99.8%
didapati tidak bersalah dan mereka ni tidak menggunakan langsung dadah berdasarkan keputusan ujian daripada pihak Hospital .
Wa bukan apa .. wa saje je nak tunjuk kat lu orang perbandingan kes tersebut ... yg nampaknya takde berita apapun daripada akhbar mahupun setesen TV tentang Mat Metal semua tu yg bebas daripada tuduhan dadah tersebut ... Pelik tak pelik tuu ...
Ok berbalik kepada niat asal wa ... Dan nilaa wa nak cite kat lu orang semua tentang filem terbaru iaitu
Malaikat Maut ... nampaknya benda ni macam tak habis setelah Yusuf Haslam terkena dengan hukum karma dgn penipuan dalam rancangan TVnyer. Kini muncul pula satu filem yg akan menonjol mengenai Black Metal , tapi wa tak tau laa nak cite lebih lanjut pasal filem ni. Wa pun takde info dan filem ni pun masih dalam pengambaraan .
Tapi yg menariknya dan wa nak tekankan disini ialah kenyataan dari 2 pelakon iaitu
Que Haidar dan
Awal Ashaari tentang Black Metal dan juga mengenai imej mereka yg kononnya Black Metal ... kekekekekekeke yg jelasnya dorang ni tak ubaahhh seperti G A Y dengan costume dan mekap ala crossdresser tu ... heh ... alaaa macam GAY Marilyn Mansoon tuu kekekeke .. tu laa bodoh tak ingat !!! last-last bukan jadi Black Metal teruss jadi macam G A Y .. kekekeke
(lu orang kalau nak tgk gambar GAY dorang ni yg kononnya Black Metal boleh klik nama sekor-sekor tu)
Innards Decay
Innards Decay muncul dalam kehangatan scene Death Metal waktu ini . Namun yg menarik perhatian MetalTerus bukan sahaja daripada lagu mereka yg diletakkan di Myspace yg memberikan impak kepada mana-mana peminat setia Death Metal ... tapi
Innards Decay juga turut dibarisi oleh AP kerana dilihat integriti komitmen beliau sentiasa pada tahap priority tertinggi, bukan spt kebanyakkan 'band cendawan' yg lain. Mereka kini sedang mencuba studio tertentu untuk mencari sound yg lebih baik dan kos recording yg berpatutan utk rakaman rilisan sulung nanti. Lagu yg diletakkan sebagai promo di Myspace telah direkod di Putrajaya.
Beliau amat dikenali didalam kumpulan
Break The Silence , juga merupakan vokalis dan guitarist yg selepasnya amat aktif dengan pelbagai band terutama sebagai 2nd vokal didalam
Spermblast dan juga vokal jemputan khas utk
Nazzaq , meletakkan sinonimnya beliau kepada brutality dan growl yg bersifat individual terutamanya setelah ditunjukkan didalam
Break The Silence dan
Nazzaq . Malah bakat beliau yg ditunjukkan dalam membentuk lagu begitu menyerlah didalam
Break The Silence ... Death Metal penuh dgn attack ...
Kumpulan
Innards Decay turut dianggotai oleh Midon(guitar) dan Samad(guitar/bass) menampakkan kerja berkumpulan dalam penciptaan lagu , tapi Ap sebagai yg berpengalaman akan finalised setiap susunan . Death Metal / Grind yg seumpama akan terus menyergah ...
myspace.com/innardsdecay69 Posted By
pikrama On 24 January 2007 0:29:AM
Negation Sedia Menggempur !!!
Kumpulan
Negation kini telah siap merakam 8 buah lagu berserta sebuah lagu baru yg dirakam di Bakri Studio kini telah dimastered semula di Morggorm Studio . 8 buah lagu ini turut dirakam/mixing/mastered di Morggorm Studio kecuali drum track yg telah dirakam di Bakri Studio .
- Tracklist -
1. Damn Obsolete
2. Fear In Greatness
3. Can You Get It?
4. Auto-Fierce MotorHell
5. Better Than You
6. Descendent Of Stones
7. Shouting To The Wall
8. Digital Fortress
Lagu-lagu ini akan dihantar kepelbagai kompilasi dan split release dinegara spt Thailand , Jepun dan Indonesia . Menurut mereka juga sebuah label Jepun akan meriliskan EP
Negation , selain lagu baru EP ini akan turut memuatkan lagu-lagu lama spt di
Kompilasi MTM 1 dan juga daripada 4 way split(
Eastern Grind Unleashed).
Selesai sahaja segala projek yg telah dirancangkan sebelum ini .
Negation akan terus menumpukan utk rilisan album terbaru yg dijangka keluar dalam tahun ini juga .
MetalTerus telah mendegar keseluruhan lagu mereka , menampakkan satu progress yg lebih agresif , menjarakkan lagi dengan terma yg lebih ekstrim berbanding lagu sebelum ini mahupun lagu terbaru yg digayakan di kompilasi MetalToMetals 1 . Muzik yg lebih variasi daripada crossover ke Death Metal ... yg pastinya Negation tetap ... Grind To The Core !!!
Sebuah lagu promo -Can You Get It- telah diletakkan di Myspace mereka :
www.myspace.com/negationmalaysiaPosted By
pikrama On 23 January 2007 1:25:AM
Eastern Voice Production
Eastern Voice Production kini giat aktif dengan pengedaran rilisan-rilisan daripada Indonesia dan Singapura . Antara rilisan yg diedarkan mereka adalah daripada kumpulan spt Arbitary Element , Extreme Brutality Compilation , Mayat , Jihad , Total Rusak , Vrykolakas , Deathguy , Disinfected(digipak) , Kembang Kuburan , Empty , Eastern Commander Compilation .
Dan yg terbaru daripada mereka ialah Union Of Eastern Legacy 2 Compilation - menampilkan band spt As-Sahar , Bandoso , Dry , Infernal Necromancy , Istidraj , Makam , Pejah , Pestilence Shadow , Rator , Ravenwinter , Santet dan b>Zygoatsis . Kebanyakkan rilisan mereka ini boleh juga didapati di kedai Tools n Trade , Campbell Compleks, KL.
Eastern Voice Production juga turut mengedarkan Kompilasi MetalToMetals 2 dibahagian Sarawak . Sebarang pertanyaan mengenai edaran daripada mereka boleh menghubungi terus melalui sms di- 016 876 5462 .
Posted By
pikrama On 23 January 2007 0:52:AM
Web Update
- Temuramah bersama kumpulan Noxa dibahagian -Featured Artikel-
- Beberapa Review
Posted By
pikrama On 8 January 2007 23:57:PM
Au Revoir - Psycho Charmer
Kumpulan Rock/Metal tempatan , Au Revoir muncul lagi dgn demo terbaru daripada mereka -Psycho Charmer- . Mempamerkan permainan yg lebih depresive dan perlahan sedikit berbanding sebelumnya . Boleh didapati dikedai Tools & Trade , Campbell Complex .

www.myspace.com/thetrueaurevoir
Posted By
pikrama On 8 January 2007 23:19:PM
RUDRA Berpisah Dengan DEMONZEND RECORDS
Metalhead Singapura RUDRA telah memutuskan pertalian dengan Demonzend Records (a.k.a. Demonzend Enterprise), label yang bertanggungjawab mengeluarkan album terakhir, "Brahmavidya: Primordial I", dan re-release album pertama mereka. secara otomatiknya, hak copyright kedua dua rakaman akan berpindah milik kepada band.
RUDRA kini sedang mencari label yang baru.
Seperti yang dilaporkan dahulu, RUDRA akan bermain di 3 tempat di U.S. sekitar Januari. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-
Jan. 20 - Heathen Crusade Metalfest II - The Quest - Minneapolis, MN
Jan. 21 - North 6th - Brooklyn, NY
Jan. 23 - Samba Club - Philadelphia, PA
Sil Khannaz Mengganas Di Rock The World
Walaupun dengan setlist yg pendek dan merupakan band yg terakhir di pentas independence , peminat yg terdiri daripada latar belakang genre muzik tetap setia untuk menunggu kumpulan Sil Khannaz.
Lautan manusia memenuhi didepan pentas independence walaupun di pentas mainstream kumpulan OAG sedang beraksi, Sil Khannaz membuktikan dengan persembahan mantap dan amat kemas , sound system mmg terbaik pada malam itu , gitar ke double paddle meletup-letup bunyinya . Saya sendiri yg terlepas 2 buah lagu terasa amat berbangga bila melihat kumpulan Sil Khannaz beraksi dan pastinya perasaan ini turut dikongsi oleh semua peminat Metal yg berada disana .
4 buah lagu habis dengan cepat sekali dan saya dapat melihat reaksi peminat yg begitu teruja memberikan penghormatan dengan lautan manusia sama-sama mengangkat tangan . Tapi yg lebih menarik lagi bila bergema jeritan 'We Want More'!!! . Sil Khannaz kelihatan tidak bersedia dan terkejut dengan permintaan peminat yg begitu bersemangat walaupun telah menunggu daripada petang sehingga ke tgh malam ... Lagu Gerbang Kayangan mengakhiri malam yg penuh nostalgia dan lagi sekali menyaksikan kumpulan Metal merakus dan mendominasi pentas !!!
Rock The World membuktikan Metal bukan yg seperti digembar-gemburkan oleh media . Langsuyr , Vormit dan kini dan Sil Khannaz telah membuktikannya !!!
Posted By
pikrama On 18 December 2006 3:41:AM
Mencari Cover Artwork Utk Album Penghargaan Buat Sil Khannaz
NorthPoemRec sedang mencari pelukis/graphic designer yg berminat mneghantar karya mereka utk dijadikan cover album
SALUTANT TO KING : Penghargaan Buat
Sil Khannaz . Segala pertanyaan bolehlah terus menghubungi Syaiful [012-4344372 ]
12 band telah bersetuju utk turut serta dlm Kompilasi yg telah terlalu lama terbengkalai ni. Band yg akan turut serta ialah
TRAUMA ,
HOMICIDE ,
CORPORATION OF BLEEDING ,
GIBRALTAR ,
KHARABANAZAK ,
IN TORMENT ,
DISLOCATED CEREBRUM ,
MANTAK ,
MORGGORM ,
CAFERGOTH ,
FARASU serta
EPHEMERAL . InsyaAllah , satu baju rasmi juga akan di keluarkan bersama CD nanti.
www.myspace.com/nprmalaysiaPosted By
pikrama On 12 December 2006 23:58:PM
Label Indonesia Mencari Band Utk Kompilasi .
Scream Of Agony Records (Indonesia) . Kini sedang dalam usaha mencari kumpulan Black , Gothic Metal utk kompilasi ke-3 ,
Castle Of Darkness .
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi melalui email ke -
khadid.screamofagony@yahoo.co.id Posted By
pikrama On 4 December 2006 13:30:PM
Farasu : Perkembangan Terkini
Farasu; Band deathrash dari Nilai, Negeri Sembilan baru sahaja me-rekruit saudara Auks (Ex-Nekrad / Editor webzine Ekstrim.info) bagi mengisi posisi gitar kedua. Sementara itu font logo band juga telah diberikan nafas yang baru dan boleh dilihat di www.myspace.com/farasu. Tinjaukan sekali gambar gambar mereka yang terkini disana.
Farasu kini sedang aktif dengan tour sempena kelahiran Ep Blackmoon Eclipse dan dijangka akan bermain di slot gig MIND MUSIC CRUSH 2006 di Kota Kinabalu pada 2 Disember 2006. Ep Blackmoon Eclipse masih lagi dijual dan boleh dimiliki melalui mail order. Hubungi farasu_metal@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut
Besi Hitam Fanzine #1
Selepas beberapa penangguhan akhirnya ,Besi Hitam fanzine yg berasal daripada Pahang telahpun berjaya dikeluarkan utk semua peminat Metal tanahair .
Menampilkan band spt Samrtary , Orion , Mentally Murdered , DarkRegime , Parasite dan juga Muzik Box Pro. Turut juga dipaparkan beratus gambar-gambar Rock .
Berharga rm8 + rm1 stamp ... boleh terus menghubungi di di (+6)019 9177226 / (+6)017 2979885 .
Atau menghubungi terus dialamat :
Abu Huzaifah
C-133(F) Raya Jengka 14
26400 Bandar Jengka
Pahang
MALAYSIA
Posted By
pikrama On 13 November 2006 1:16:AM
Sil Khannaz - "Berdiri Antara Panji - Panji"
Ini satu perkhabaran gembira buat semua peminat Sil Khannaz atau penggila death metal secara amnya. Album terkini Sil Khannaz - "Berdiri Antara Panji - Panji" secara rasminya akan berada di kedai kedai muzik berdekatan anda pada tarikh 31/10/06 bersamaan esok. nantikan ulasan dari metalterus.com.my sebaik sahaja album ini sampai ke tangan kami.
T Shirt Bangkok Negation.
Dalam masa beberapa hari lagi, Negation bakal beraksi di
Immortal Bar , Bangkok pada 31 oktober nanti. Selaras dengan kunjungan mereka ke Bangkok . Negation dengan rasminya telah melancarkan design t-shirt terbaru mereka , khas sempena gig
Helloween Metal Assault 5 ini . Sebarang maklumat lanjut boleh berkunjung ke kedai Tool N Trade di Ting 1, Campbell Compleks .

Cetakkan baju terbaru ini tidak sama dengan sebelumnya kerana kali ini teknik cetakkan mereka menggunakan filem. Kualiti yg seringkali digunakan oleh kebanyakkan band diluar negara.
Dalam perkembangan lain pula, Negation juga bakal beraksi di Sabah pada bulan Disember nanti dan maklumat mengenai gig ini bakal menyusul selepas segala maklumat telah dipastikan dan perkembangan terbaru mereka ialah kini sibuk membuat lagu-lagu utk rakaman split dan juga beberapa projek rakaman yg sedang diusahakan.
Tahun yg amat sibuk utk
Negation .
Posted By
pikrama On 29 October 2006 15:34:PM
Tools Of The Trade : Inmate Consumption Cd Out Soon .
Posted By
pikrama On 29 October 2006 15:09:PM
Sadiztik Impaler Re-pressed
Sadiztik Impaler 2005 ep is now been re-pressed under cd format by
Infernal Kaos Productions(South Korea)after a year released by
Goathammer Records(USA) in tape format. The cd is limited to 500 copies. Try to grab yours if u interested and just simple dont care if u're not . Contact Infernal Koas production at
www.myspace.com/infernalkaosprodsIn other news
Sadiztik Impaler is now under
Infernal Kaos Productions.
Posted By
pikrama On 28 October 2006 0:18:AM
Salam Aidilfitri
Kami di MetalTerus ingin mengucapkan :
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Kepada semua pengunjung ... Semoga Syawal ini disambut dengan penuh kegembiraan . MetalTerus tidak pernah bercuti , jika ada masa nanti kami akan mengemaskini beberapa artikel yg telah siap utk anda semua, sempena cuti raya ini.
Salam Aidilfitri daripada editor MetalTerus.
Ketua Editor - Pikrama | Editor Kanan - Fazrie | MetaltoMetals Admin - Zam Dan Semua Warga Kerja
Sistem Problem
Maaf atas segala kesulitan . Sistem kami ada masalah . Kebanyakkan komen telah 'hilang' . Dibahagian artikel , Komen hanya dapat dimasukkan pada tajuk tertentu kerana masalah sistem yg tak dapat diperbetulkan semula . Dan hanya artikel yg bakal dimasukkan selepas hari ini tiada masalah utk anda memberikan/memasukkan komen .
Dan dibahagian gig kami telah dapat perbetulkan semula walaupun tidak dapat menyelamatkan komen sebelum ini .
Harap Maklum .
Posted By
pikrama On 21 October 2006 3:26:AM