Hidden Silence muncul pada waktunya . Di kala muzik Melodik Death Metal disamakan dengan Metalcore . Hidden Silence seolah cuba memberitahu inilah riffing yang sebetulnya , feel yg mencengkam jiwa tanpa perlu berlagak emo dan kini Melodik Death Metal sebenar akan membenam semua trend dan band cendawan yg hanya pandai rip-off riffing band Swedish Metal .
Hidden Silence antara kumpulan begitu membanggakan untuk diperkenalkan kepada semua , khasnya di Metal Terus ini . Dengan rilisan sulung "Black Hearted Spiritual” , hasilnya cukup membuka mata terutama dalam scene Underground Metal . Kita bersama drummer mereka untuk mengetahui serba sedikit mengenai Hidden Silence secara keseluruhan .
myspace.com/hiddensilencemetal
Ok sebelum kita bercerita lebih lanjut, kita sentuh dulu tentang band members dalam Hidden Silence – Aku lepak ngan member aku dan aku kata Hidden Silence daripada Melaka ... tapi mereka tetap mengatakan korang daripada Johor , dan aku masih tak puas hati dalam hal ni. Mungkin boleh explain sikit.
Orait… first of all, aku nak ucap teruma kasih lah pasal interview ini. Ok.. Hidden Silence lahir di Johor Bahru ketika aku berhijrah ke sana pada tahun 2004. Sam dan Oren memang orang Johor, manakala aku dan Feizal asal dari Melaka. Deadzid lahir kat KL tapi sering berpindah randah so tak pasti apa status negeri dia sebenarnya! Sekarang ni aku menetap di Melaka, Deadzid dan Feizal kerja kat Selangor, manakala Sam dan Oren kerja di Pasir Gudang. Pendek kata Hidden Silence nih adalah band gabungan 3 negeri lah.
p/s - tulaa aku cakap kat dorang , ada budak Melaka . tak percaya .. Melaka kampung aku tu . yeeaahhhh !!!
Ok, pertama sekali bagaimana pandangan korang sendiri pasal album "Black Hearted Spiritual” ni?
Kalau tanya aku sendiri, ini lah produk yang paling crystal clear yang kami pernah terlibat sepanjang karier muzik kami. Walaupun belum mampu menandingi kualiti international, tapi untuk standard local metal release, kami rasa puas hati.
Ada ke perkara yg korang tidak puas hati dengan rilisan ni?
Tak ada… kalau ada pun, small matter je lah. Cuma kami ada hangin sikit, macam mana la booklet ni boleh salah print? Lipatan dia jadi terbalik pulak. Tapi, still boleh accept lah… Kerja last minit, result pon last minit la!
p/s - takpe kita belajar dari kesilapan , takat booklet tu small matter je .
Bila melihat pada hasilnya untuk album ini, aku rumuskan ia adalah usaha yang besar dan sangat memuaskan, mungkin ada cerita menarik tentang ketika rakaman yang boleh dikongsi - sedih atau gembira ?
Pada waktu tersebut, Hidden Silence tak cukup korum… so, ada lagu yang kita terus record tanpa jamming! Lagu tu pun compose spontan je dalam studio recording! Yang paling best, pasal ramai rakan-rakan se-metal di johor yang support projek nih terutamanya Bob Demisor @ Damokis. Dia bukan setakat membenarkan kami jamming kat kedai dia, malah sering memberikan perkhidmatan jamming secara kredit kepada kengkawan yang tak cukup duit, mahupun yang pura-pura tak cukup duit… contohnya aku!! Keh keh keh keh!!!
Aku mengatakan hasil album ini merupakan antara yg terbaik untuk local, maka cara penghasilannya juga bukan satu sebarangan, apakah yg memberi korang motivasi utk menghasilkannya pada tahap "advance" begini (rujuk pada sound dan permainan)
Firstly, terima kasih atas komen tu. Kami boleh mengatakan ini lah pertama kali kami menggabungkan sistem recording analog dan digital. Dari segi sound, kami sendiri tak sangka produk akhir dapat result yang macam ni. Dalam hal ni kami bagi perhargaan kepada produser kami, En. Rosli dari Titanium Records kerana pengalaman beliau sebagai sound engineer selama 20 tahun dalam industri muzik Singapore telah berjaya menghasilkan produk sebegini rupa, walaupun dia sendiri tiada background metal! Ahli Hidden Silence sendiri pernah berpeluang membuat rakaman sebelum ini ketika bersama dengan band masing-masing. Jadi sedikit sebanyak ia membantu dalam projek “Black Hearted Spiritual”. Motivasi terbesar bagi kami adalah minat yang mendalam terhadap muzik ini sendiri. Kami semua sudah lama ingin menyumbangkan sesuatu yang terbaik dalam scene metal tempatan.
Kadang-kadang aku tengok hasil band local agak pada tahap biasa kerana semua band member mengambil mudah pada kesilapan dan kelemahan. Biasanya untuk artis komersil, produser akan memastikan segalanya adalah perfect. Tapi bagaimana pulak dengan Hidden Silence, aku pasti tentu ada orang di belakang yg akan memastikan segala kelemahan dilakukan semula agar semua hasil adalah kemas, terutama dalam permainan instrument.
Semestinya, produser lah yang akan memastikan perfection dan kualiti dalam proses rakaman pada tahap optimum. Bukan setakat artis komersil saja, even Hidden Silence pun tak terkecuali dalam proses sebegini. Kami juga rajin buat study dan perbandingan dengan produk-produk metal lain (local / international) untuk mendapat idea. Ada banyak juga lagu yang telah siap mixing, tapi produser decide untuk delete dan rekod semula lagu-lagu berkenaan kerana terdapat beberapa kesilapan, walaupun hanya kesilapan kecil. Yang pasti, produser sangat particular dalam drum works hingga pada satu tahap drummer pernah bertelagah dengan produser. Tapi lepas dah belanja makan kedai mamak, semua OK balik!.
Kadang-kadang perkara macam ni agak menyakitkan hati, kerana kelemahan dan kesilapan terpaksa dibuat berkali-kali, tapi dilihat pada sudut positif ia adalah sangat penting utk hasil yg perfect, macamana korang menguruskan stress ni.
Produser kami memang seorang yang tegas dan berdisiplin, pukul 8 pagi dah tunggu kat studio. Bila kena sound, memang bengang la… So cara nak hilangkan stress, selalunya kami pegi lepak kedai mamak, dan kutuk produser belakang2 beramai-ramai! Hahaha… dah penat gelak-gelak, sambung balik buat recording, lepas tu bila jumpa dia buat macam takde apa-apa berlaku! Kami tak sangka kaedah tu berkesan! Hahaha… (jangan citer kat dia)
p/s - hahaha , kalau Mat Metal berkumpul apa lagi , mengumpat laa tu .. tak caya lepak kat forum MTM , mengalahkan gosip majalah Mangga .
Sebenarnya dari hati aku yg ikhlas ni, korang amat cemerlang - terutama dari segi composition dan juga sound. Lagipun permainan gitar korang kira teknikal jugak. Apakah sebenarnya yg korang fikir masa buat lagu tu dan adakah ianya menjadi sepertimana yg diharapkan?
Kebanyakan lagu dalam “Black Hearted Spiritual” ni telah ditulis sejak 1996. So hingga ke proses rakaman, lagu-lagu berkenaan telah melalui banyak peringkat evolusi pembaikan. Setiap ahli menyumbangkan input masing-masing mengikut influence dan pengalaman sendiri dalam melengkapkan komposisi lagu. Tentang guitar work, Sam banyak menggunakan influence era 80’an, dan pengalaman beliau dalam Narsamum telah banyak membantu dalam improvise aspek teknikal permainannya. Sebenarnya, kami tak expect final stage lagu-lagu tu akan berubah sebegini rupa. Ia merupakan satu perubahan yang tak dijangka, malah lebih baik dari idea asal. Itu la kepentingan teamwork dan persefahaman dalam sesebuah band.
Harap korang tak kisah bila aku kata Hidden Silence kuat pengaruh Swedish Death Metal dan bagi aku kemampuan korang yg tidak terikat (maksud aku tidak meniru riffing dan solo) mana-mana band swedish death metal dan aku sendiri tak dapat kaitkan korang ngan mana-mana band Swedish, ini satu hasil yg menarik. Apakah korang masa buat lagu tu dah memang setkan bahwa Swedish Death Metal adalah pengaruh utama atau korang tak setuju dengan pendapat ini?
Adalah kurang tepat jika mengatakan Hidden Silence berkiblatkan Swedish Metal, kerana anggota kami mempunyai influence yang berbeza. Actually, masa mula2 buat lagu tu, aku sangat dipengaruhi dengan ideologi muzik Dissection era “Strom Of The Light’s Bane”, Satyricon “Nemesis Divina”, Amorphis “Tales From A Thousand Lake”, Dark Funeral “Secret Of The Black Heart”, Immortal “Master Of Nebiula Frost” dan yang paling aku sanjung tinggi – Hypocrisy dan Benediction! Tapi itu masa tahun 1996 dulu, dan aku anggap album-album yang aku nyatakan tadi adalah golden age utk muzik metal, dan sebagai main ingredient dalam mencorakkan setiap karya. Lagipun kat Malaysia pada masa tu, Swedish Metal baru nak start jadi trend, tapi aku masih stick to the roots. Ditambah pulak dengan sentuhan Sam, Feizal dan Oren yang telah modify riffing asal kepada acuan mereka yang dipengaruhi oleh muzik orthodox metal era 80’an seperti Iron Maiden, Helloween zaman Kai Hansen, Van Halen, Riot, Cromok (Forever in Time) dan Death “Scream Bloody Gore”. So hasilnya – “Black Hearted Spiritual”!
Jika dilihat drum korang agak mencabar jugak , sebab tu aku rasa tak terkejut kalau ada orang sedaya upaya kata ianya adalah drum machine. Bagi aku ianya bukan pasal bunyi trigger yg menyebabkan orang agak sukar menerima, tapi ianya kerana drum tersebut adalah hasil yg perfect dan sukar! Apa perasaan korang bila dikata ianya hasil drum machine? Dan bagaimana drummer korang melakukannya? Aku tgk sebelum ni ramai gak yg guna trigger tapi hampir semua kantoi.
OK… Memang aku pakai trigger untuk record drum. Kalau nak stick pada cara lama (pakai miking) alamatnya, macam hampeh lah sound! Rakaman ni dibuat secara track-by-track dan part-by-part. Oleh itu, segala kesilapan dalam mana-mana part drum akan diulang dan dirakam semula. Buat pengetahuan korang, punyalah kita nak jaga kualiti, aku record drum part sahaja dah makan masa 3 bulan! Even aku sendiri tak percaya dengan result di atas kekejaman produser kami… tapi memang berbaloi la.
Inilah caranya penggunaan trigger pada aku, sebab sebelum ni band oversea, kita tgk dorang semua hebat dalam double pedal dengan bantuan trigger, mungkin korang ada nasihat pada pengguna trigger utk melakukannya dengan cemerlang, dan juga ada apa-apa utk mereka yg masih cakap dengan pendirian bahwa korang tetap guna drum machine.
Macam ni la, bak kata produser kami, “Bukan amp yang problem, orang tu yang problem!” hahah… Ok tapi seriously, macam mana canggih sekali pun hardware yang kita pakai, yang paling penting kena tengok kemahiran orang yang menggunakan hardware tu. Sebab trigger ni hanya satu mekanisme untuk menjelaskan lagi bunyi drum tu. So kalau drummer punya kick tak konsisten, maka kesilapan tu akan jelas kedengaran la. Takde jalan pintas, melainkan latihan yang solid. Contohnya kalau aku sendiri… aku sentiasa practice setiap hari sehingga terasa kena kanser kepala lutut dan aku dah amalkan benda nih selama 5 tahun! Tak caya tanya Lan Bye, dia sekarang kerja jual nasik ayam kat Alor Gajah… hahaha! Hmm bagi yang masih tetap mengatakan kami guna drum machine, suruh diaorang tengok video clip (live session)
“Necromenicide” yang kami capture / upload kat YouTube hehe…
Ok ni pasal perbezaan pada lagu tajuk album iaitu “Black Hearted Spiritual”, apa jadi pada lagu tersebut? Pasal aku dgr agak beza berbanding lagu-lagu lain terutama pada sound yg kurang lemak (tidak padu seperti lagu lain) dan permainan yg tak berapa cemerlang (maksud aku kurang teknikal terutama part drum), adakah ianya dihasilkan utk seperti itu? Dan adakah ianya dirakamkan pada hari dan waktu yg lain? Atau pendengaran aku yg problem? .. heh ...
Lagu “Black Hearted Spiritual” dirakam di Batu Giling Studio, Tampoi (engineered by Ain Raptor @ Tandus) pada tahun 2003, iaitu 3 tahun sebelum kami join Titanium Records. Proses rakaman drum track adalah secara live, one shot sekali jalan, takde repeat. Pada masa tu, dengan budget dan masa yang terhad, aku rasa setakat itu lah result yang terbaik. Oleh kerana lagu tu sangat keji kualitinya, kitaorang pun tak pernah jamming lagi lagu tersebut hahaha! Walau bagaimanapun, lagu tersebut dikekalkan sebegitu rupa tanpa rakaman semula oleh Titanium Records atas kemahuan kami sendiri bagi menandakan bahawa itulah lagu pertama yang mencetuskan penubuhan Hidden Silence. So ada sentimental value yang tinggi kat situ.
Bagaimana lak dengan lagu “Desperate Dog”? Adakah ianya tribute pada Iron Maiden atau apa, kenapa ia dihasilkan sebegitu rupa?
Lagu tu ditulis oleh Sam sendiri. Menurut Sam, Iron Maiden merupakan influence kuat bagi dirinya. Bukan niat untuk meniru, tapi sebagai satu tanda penghormatan terhadap “the father of heavy metal”, maka terhasillah intro yang sebegitu rupa.
Menurut apa yg aku tau, Deadzid tidak menyumbang vokal dalam album ni tapi beliau hanya diambil sebagai vokalis selepas selesai recording, apakah sumbangan yg korang rasa dengan kemasukkan Deadzid? Kalau ikut vokal dalam album tu dah kira best...
Memang benar dia join the family selepas rakaman selesai. Sebelum ini ada beberapa vocalist yang volunteer untuk audition, tapi gagal untuk menepati standard yang dikehendaki. Tetapi kami dapati Deadzid mampu membawa range vocal yang diperlukan dalam Hidden Silence, malah dari sesetengah sudut dia dapat membuat yang lebih baik dari yang asal. Deadzid yang paling banyak memainkan peranan dalam mempromosikan album ini melalui saluran dan pengaruh yang dia ada. Dia juga dipertanggung jawab untuk membangunkan website rasmi Hidden Silence, malah inisiatif pertamanya melalui MySpace telah mempromosikan Hidden Silence hingga mula mendapat perhatian dari komuniti metal luar dan dalam negara. Deadzid juga yang membawa band ini ke Muzik FM dan berjaya disiarkan ke udara beberapa kali melalui segmen Rock Selamba. Dia juga banyak mengarang lagu yang sedia dirakamkan untuk album yang akan datang.
Mungkin korang boleh beri gambaran, bagaimana dengan rilisan selepas ni, maksud aku adakah ianya tetap masih dengan seperti album ini atau ada penambahan alatan muzik lain atau tambahan genre lain?
Rilisan yang akan datang mungkin akan memaparkan sedikit kelainan dalam tradisi asal Hidden Silence, iaitu kebanyakan lagu akan disumbang oleh Deadzid, walaupun sebelum ini tanggung jawab penulisan lagu dipikul oleh aku dan Sam. Konsep atmospheric death metal tetap akan dikekalkan. Namun, elemen teknikal akan ditambah pada guitar works, dicampur juga dengan elemen-elemen yang lebih psychotic dan horror untuk menjadikan next release lebih menarik. Kami tak nak kekal dalam satu skoop saja, kalau boleh setiap release ada konsep sendiri. Memang agak berisiko la kalau kami buat begini, sebab mungkin tak semua pendengar yang meminati album “Black Hearted Spiritual” akan terus mengikuti perkembangan album-album kami akan datang (bila konsep dah berubah). Anyway, nama cadangan bagi next release adalah “Into A Child’s Nightmare”! Ia merupakan lagu pertama yang aku record dengan Deadzid, dan ia lebih kepada unsur psycho dengan hanya sedikit saja elemen melodic.
p/s wauu .. projek baru dalam pembikinan rupanya . anyway dapat laa tau tentang rancangan mereka ini semasa melepak kat Campbell minggu lepas . Anyway googd luck daripada MetalTerus .
OK, Ini soalah terakhir - apakah album yg korang sedang dengar sekarang ni, boleh bagitau tak kira Metal atau non Metal.
Aku ni sangat-sangat sibuk dengan rutin harian dan takde masa nak dengar lagu, especially album-album baru. So apa yang aku dengar lebih 10 tahun dulu adalah benda yang sama aku dengar sekarang! Basically, Manowar dgn Judas Priest. Yang terbaru pon mcm Nightwish.
Deadzid: Evergrey (“Recreation Day” onwards), Sentenced (“Amok” onwards), Charon (all album), Poisonblack (all album), Amorphis (album dgn vocalist baru), Hypocrisy (“Catch 22”, “The Arrival”, “Virus”)… Non-metal: Breaking Benjamin “Phobia”, Papa Roach (“Getting Away With Murder”, “The Paramour Sessions”), serta 80’s – 90’s glam rock mcm Slaughter (all album), Vinnie Vincent Invasion “All Systems Go”, Winger “Pull”, Trixter “Trixter”, etc.
Feizal:
Dimension Zero “Not Even Dead”
Dark Tranquillity “Single Part Of Two”
Prodigy “Spitfire”
Dimmu Borgir “The Sacreligious Scorn”
Laruku “Hitomi No Jyuunin”
Sam: Iron Maiden (“Iron Maiden”, “Fear Of The Dark”)
Metallica (“Black album”, “Kill ‘Em All”)
Loudness “Thunder In The East”
Kreator (“Endless Pain”, “Coma Of Souls”)
Sodom “Agent Orange”
Judas Priest “Jawbreaker”
Death “Scream Bloody Gore”
Non-Metal: Deep Purple “Machine Head”
Rainbow “Long Live Rock ‘N Roll”
Bloodshed “Samarkand”
Dream Theater “Images And Words”
Oren: Nama album aku tak ingat… Dream Theater “Finally Free”
Wings (album yg ada lagu “Potret Monalisa”)
Cromok (“Image of Purity”, “Forever In Time”, “Yours Truly”, “What’s Left”)
Cake “Fashion Nugget”
Best of BPR
Rotting Christ “Thy Mighty Contract”
Metallica (“Master of Puppets”, “…And Justice For All”, “Black album”)
Sentenced “Amok”
May “Hakikat”
p/s - saje je tanya pasal ni , maklumlah aku pun bukannya ada masa pun nak dengar lagu , lepak campbell pun dengarlah apa yg ada , jadi untuk memeriahkan suasana , ni adalah playlist tukang temuramah buat masa ni :
Metallica ('Death Magnetic')
Tommy Heavenly ("Heavy Starry Heavenly")
Tommy February6 ("Tommy Airline")
Scorpion ("Love At First String")
U.D.O ("Mastercutor")
by : Pikrama