Sebenarnya jika nak diikutkan memang tak banyak kumpulan-kumpulan daripada Sabah ataupun Sarawak yang berpeluang untuk bermain di Semenanjung kerana dipisahkan oleh lautan yang luas walaupun sebelum ini Senseless mampu mencatatkan nama mereka namun sebuah kumpulan yang tak dinafikan aktifnya bersemangat dalam memusnahkan setiap pentas disemenanjung malah ianya berlaku berulang kali , Mantak !! yang baru sahaja mengeluarkan album terbaru mereka iaitu 'Polymorphous Perversion' kelihatan seperti tidak dapat dibendung , pada 6/6/04 mereka telah pun melakukan satu persembahan di Ipoh walaupun pada hari sebelumnya mereka baru sahaja melakukan sebuah persmbahan di Singapura , bercerita tentang gig di Ipoh walaupun ianya tak dimasukkan dalam temuramah ini , vokalis dan pemain gitar, Naz mengakui persembahan mereka tidak berapa mantap pada hari tersebut kerana sedikit keletihan , bersama saya(pikrama) berbual-bual bersama dengan Naz selepas persembahan mereka tamat.
-*gelak* merujuk kepada kami berdua yang bergelak.


Macammana dengan gig di Singapura semalam ?
-Okay sempoilah sambutan pun ok crowd ok

Sekarang pula di Malaysia ?? letih tak
-Malaysia ni ok cuma letih-letih sikitlah..

Macamana dengan sambutan album terbaru
-Sambutan album terbaru tak pasti lagilah , setakat ni ok , banyak yang bagi respons bagus

Nebiula tak bagi apa-apa macam feedback, macammana sambutan album tersebut..
-Feedback macammana tu..

Macam jualan album tersebut..
-Mereka cuma beri royalti macam biasalah , macam band yang lain juga..macam tu

Tentang cover album aku tengok kau punya sama jee..
-Yang tak sama macammana tu..

Yelah aku tengok banyak menggunakan gambar perempuan , boleh cerita sikit tak tentang konsepnya tu..
-*gelak*....tu sebab ,lirik kami deal tentang macam perempuanlah orang kata , psycho sex benda macam tulah jadi setiap lirik kami pun macam ada satu cerita , semua pasal perempuanlah , tapi perempuan tu tak tau siapa-siapa boleh jadi..*gelak*

Aku tengok album ni keras sikit....kurang melodik...apa pendapat kau
-Kemungkinan jugaklah, masih ada melodik........melodik masih ada , ia sebenarnya sama macam dulu cuma dulu tu sound dia kurang bagus sikit berbanding dengan sekarang ni , guna studio pun studio yang bagus macam kat Nebiula , sound engineer pun yang faham...macam tulah.

Kumpulan apa yang mempengaruhi Mantak.
-Sodom!

Sodom!!....lain je aku tengok
-Impaled Nazarene banyaklah susah nak cakap..*gelak*

Album kedua ni sound dia lain sikit berbanding album pertama aku tengok dia punya sound nipis jee..apa pendapat kau.
-Faktor studio...lagi satu album pertama tu kami cuma guna satu layer jee untuk satu gitar..

Sekarang
-album kedua ni kami guna tiga layer untuk satu gitar..

Masih lagi engkau handle sorang jee
-masih sama

Ada minat ke nak tambah lagi sorang ke?
-ada tu ada masalah sekarang ni susah nak cari yang satu kepala jadi lebih selesa dengan tiga orang.

Puas hati dengan album kedua..terutamanya susunannya
-Puas hati sangat-sangat


*Naz offer rokok tapi aku cakap aku memang tak hisap rokok*

Macamana dengan scene Sabah sekarang ni
-Kira scene dia besarlah antara yang terbesar kat Malaysialah..bagi akulah

Antara terbesar..
-Banyaklah..crowd gig pun ramai tapi yelah banyak yang berpecah-belah

Tapi aku tengok Mantak ni antara yang paling aktif..apa pendapat kau
Sebenarnya banyak band lagi , masalah duit , ada yang tak sanggup keluar duit , ada kedekut sangat nak keluar duitlah , takut sangat jadi banyak yang tak berani...kadang-kadang kat sabah pun ada jugak band yang dah boleh keluar macam Demizor contoh Mortuary Ancestor dan nak perform kat semenanjung.

Demizor pun dah keluar kat Nebiula..dah dengar..ok tak
Dah.ok.biasalah...

Ada tak kumpulan yang menonjol daripada sana..
Ada Barbalan , Maar *sebenarnya beliau ada menyebut beberapa nama tapi tak beberapa clear* , banyaklah , sampai tak ingat buat masa ni

Mantak pun dah main di Semenanjung dan Borneo..apa pendapat kau..ada perbezaan crowd tak
Beza takdelah jugak , sama ! cuma berbanding kalau KL memang ramailahkan(menghadiri gig) berbanding kat Ipoh dengan Singapura..kat Sabah ada banyak sikitlah kat Kota Kinabalu..

Sabah lagi ramai datang...dia punya crowd ok , ganas tak..
-Crowd dia , ada jugalah biasalah tak semua yang betul *gelak*

Biasalah...kat KL pun ada.*gelak*
Biasa organiser yang beri tambang atau sendiri..
-Ia tengok faktorlah...tapi kebanyakkannya kami sendirilah

Kebanyakkannya sendiri??
-Hampir kesemuanya sendiri *gelak*

Macamana pula perkembangan split antara Abigail dan Mantak ?
-Ohhh..Abigail pun baru record satu lagu atau dua lagu semalam baru mereka bagi tahu......dia balik ni akan tambah dua lagu lagilah , lepas tu keluarlah.

Tunggu Abigail atau Mantak ?
-Tunggu Abigail ! Mantak dah lama settle

Lagu barulah Mantak ?
-Dia sebenarnya dua lagu lama cuma dalam versi baru.

. 2 lagu lama dan 2 lagu baru ?
-Satu lagu cover (maksudnya 2 lagu lama versi baru dan satu lagu cover)

Sodom!
-Tak..Kreator.

Rasa dengar berita ada label luar yang berminat dengan Mantak...macam label jepun.
-Label Jepun takdelah. Setakat ni cuma label German , Portugal.....rasanya dua nilah setakat ni.

Terima tak mana-mana tawaran daripada mereka.
-Setakat ni CD kami akan dikeluarkanlah oleh label German..

Album baru ??
-Tak cuma CD untuk album 'Polymorphous Perversion' untuk market sana

Malaysia tak hantar ?
-Rasanya tak kot..tu tak pasti lagilah , setakat ni mereka tak cakap apa-apa lagi , sebab Malaysia pun dah keluar kaset, lagi budak sini banyak terima kaset.

Dah dua album bersama Nebiula , ada perjanjian atau kontrak dengan mereka.
-Cuma deal atas kawan-kawan atas percayalah.

Tak lari ke influence Sodom dan Mantak main Black Metal..daripada segi muzik
-Kami influence Sodom , Sodom yang lama kira time tu muzik mereka ada macam Black thrash sikit jadi takdelah lari sangat..kami cuma influence bukan Klon !!!

Album ketiga lebih melodik ?
-Album ketiga...rasanya sama je(konsep)...lagu pun tak banyak buat lagi

Dah ada perancanganlah
-Ada tu ada tapi lama lagilah...takde dalam masa terekat ni.

Dulu masa demo agak lain berbanding dengan album...macamana tu.
-Dulu masa demo tu..orang kata..tak terer lagilah *gelak*..dulu masih bodoh-bodoh lagi...masa time demo dulu pun line-up jadi muzik pun lain , yang kekal cuma bassis , drummer dah berapa kali tukar..

Ni drummer baru ke..
-Ni drummer sejak album pertama lagilah.

Setakat ni jelah..ada apa-apa kata terakhir untuk peminat.
Takde apa-apalah cuma belilah album kami.


by : Pikrama
© www.MetalTerus.com 2002 Hak Cipta Terpelihara
Terus Bersama Metal