Ketika scene Eastern Metal mula menguasai dan memberikan impak yg besar diseluruh negara (termasuk Singapura) pada pertengahan 90an dahulu dan seterusnya mampu menghasilkan satu ranting genre muzik Metal yg penuh simbolik , dalam pada itu muncul sebuah kumpulan daripada Pahang yg berjaya memahatkan nama mereka dengan kemas dalam keadaan scene yg penuh 'ribut' . Membayangi mereka ialah 'pioneer' seperti Langsuyr dan As Sahar . Tapi malangnya disebalik ulasan yg penuh positif berikutan rehearsel pada tahun 1998 , mereka spt berada terumbang-ambing dengan segala masalah walaupun masih berdiri megah berikutan dengan terhasilnya split tape bersama kumpulan Visitant pada tahun 1999 .
Kekecohan isu Black Metal pada tahun 2000/2001 spt mengendurkan satu semangat, tapi itu tidak cukup utk menguburkan mereka ... mereka menjalani hari-hari mendatang dgn penuh harapan , ianya hanya memerlukan masa yg sesuai utk muncul kembali ... Pada 2007 , dgn me'mastered'kan semula 5 buah lagu mereka sebelum ini dan ditambah lagu baru 'Rain Dwell In Pains' hasilnya adalah sebuah demo-cd yg pro-printed ... dan ini mula menandakan kembalinya Tasyim ke arena Metal tempatan yg semakin hari semakin ketandusan band utk membawa Eastern Metal kerevolusi yg sepatutnya ...
adakah ini satu pengharapan , bagaimana Eastern Metal mampu utk terus hidup dan terus menguasai dengan penggarapan yg penuh variasi sepertimana yg dilakukan oleh scene Scandavania melalui kumpulan spt Turisas atau Vintersorg atau hasil yg kontra spt kumpulan Manegarm atau puluhan band Scandavania lagi yg terus berjaya dengan semangat tempatan mereka , melalui lirikal atau feel muzik itu sendiri ...
Kita bersama Azli Tasyim utk temuramah ringkas bersama MetalTerus ...
www.myspace.com/tasyim2007
Tapi setelah sekian lama menyepi dan berfikir Tasyim akan terus berkubur nampaknya Tasyim kembali dengan lebih semangat dgn tiba-tiba .. camana semangat tu muncul ... pernahkah ada terfikir utk reform Tasyim semasa dalam keadaan menyepi dulu ...
Selepas kena raid kes BM dulu @ selepas perform kt KL Tribute to Sepultura kami fikir nak rest sementara. Ingat dlm setahun lepas tu kami nak rekod lagu baru setelah mendapat bassist + back vokal session baru iaitu Fuad (Mortality Slaves) tapi disebabkan karier masing-masing ianya menjadi impian sampailah si Khairul pulak dapat xcident kecil melibatkan jari dia. Jadi kami postpone sehinggalah tahun lepas apabila si Hafiz berminat untuk join kembali sebagai bassist (dulu dia gitar masa '94). Semangat yg dulu kembali menjadi semakin hangat dengan offer Nazrul dari Konsert utk panggil kami beraksi di gig bulan 6 (kalau jadilah) dan si Khairul pun dah baik sakitnye. Nak pulak tengok band lama pun kembali beraksi ianya menampak impak yg kuat utk kami kembali. Dipendekkan cerita sememangnye kami hanya menunggu waktu yg sesuai utk kembali...
Adakah kembalinya Tasyim kali ini adalah utk waktu jangkamasa yg panjang ...
I'allah kami tak pasti dengan keadaan akan datang terutama scene kita ni. Risau akan havok balik mcm dulu. Jika scene kekal molek macam skrg sudah pastinye diskografi kami akan bertambah ...
Nampaknya secara lirikal Tasyim masih lagi kekal seperti dulu .. mungkin boleh komen sikit berkenaan lirikal Tasyim yg terbaru ...
Kami masih kekal dgn konsep warisan org kite melayu, kepercayaan karut org melayu, sejarah perwira malaya dan lebih senang Kemelayuan. Kami takkan menukar konsep lirik kami ini kecuali tukar nama. Kami masih seperti dahulu. Lagipun disebabkan konsep inilah Tasyim jadi buah mulut orang ramai jadi sebaiknye ianye dikekalkan...
Tasyim dilihat sebagai salah satu daripada Eastern Metal dahulu ... bagaimana Tasyim melihat perkembangan Eastern Metal yg pada aku seolah terbantut revolusinya walaupun ramai yg mampu menzahirkannya dari segi lirikal ...
Perasaan dan konsep sesebuah bands itu kami lihat banyak ternoda dengan barat jadi ianya banyak membuatkan ke-bantut-an muzik eastern tu sendiri. Jika kita lihat peningkatan band yg mengemukakan muzik Eastern byk yang lebih kepada muzik Sweden dan Norway atau ada jugak yg hanya macam menyambung riff band di Msia menjadikan satu sequel pulak ... Kami tak kata kami benar² Eastern kerana As Sahar dan Cryptic Malediction lebih byk menggunakan unsur East yg kuat terutama segi instruments. Kami hanya mengetengahkan muzik yg dtgnye dari lirik kemelayuan yg kuat. Lahirlah Tasyim-ish Death Metal dan kami lebih suke panggil Malayan Death Metal. Jika direction lirik mereka benar-benar East dan muzik mereka benar-benar di 'suarakan' daripada lirik tersebut sudah pasti muzik akan bergema seperti band yang disebutkan tadi...Harapan cuma apa yg disampaikan benar-benar sampai kepada pendengar dan diterima sebaiknya...I'Allah
,b>Biasanya mengenai lirik rujukan bagaimana yg dibuat ...
Aku byk experience sendiri mende tu semua dan tak suka nak buat lirik yg tidak ada kene mengena dgn diri aku. Macam sejarah Malaya sudah pasti ianya datang dari warisan aku, perjumpaan kepada benda-benda paranormal sememangnye sejak kecil aku dah 'disogok' dgn mende ni semua dan sebagainya. Aku lebih suka menulis tentang perkara yang berkaitan tentang bangsa aku iaitu Melayu dan aku ingin orang lain dengar yg apa yang kami bawakan juga adalah dari warisan mereka ... Sekarang aku byk menulis tentang mitos sejarah. Aku join dengan beberapa geng yg berkait dgn budaya dan warisan. Ahli muzium dan sebagainya. Aku ingin masukkan unsur Islam jugak dlm lirik yg akan dtg disebabkan sememangnya warisan kita byk berkait dgn Islam. Tetapi aku akan tetap menulis mengenai alam ghaib kerana ianya byk memberi inspirasi kepada muzik kami sejak ditubuhkan. Jika di dengar daripada pendengar mereka lebih menyukai lagu sperti Tormented Kingdom kerana bawaan lagu tersebut lebih 'dark' berbanding lagu mengenai warisan melayu...Jika kami membawa lagu 'tahyul' ini sudah pastinye pembawaan lagu tersebut lebih lembut dan feel-nye adakala melodik. Jika lagu-lagu warisan kami suka membawakannya secara berat dan semangat. Cuba lihat lirik lagu terbaru dari aku...
TASYIM
Realm of dark infinity
Appeal to whom lust in sin
Savage makhluk api
Jin, ahli sihir dan aku?
Confess he as god….(namely Firaun)
Crawl shamefully from soil
To thou I bestow
For sin I confess
DIA tiada yang lain kuseteru
Sihirku menempel dusa yang panjang
Cold…cold crush thy bone
Magic define…lost in battle
I bleed in cold
My soil clash in pieces
They born for jahannam
Me born for TASYIM
They appeal from fire
I’m just a soil?
The divinity book of wisdom appear
No more TASYIM…. No more Me…
I’m still what I am
Neither of the Tujuh Neraka I could ran
TASYIM my domain…Jahannam you remain
bandingkan dengan yg ini...
I WON’T DIE
For how long shall us suffer
Until spirit become ashes
C/o
I DIE FOR…MY DIGNITY
I DIE FOR…MY PRIDE
I DIE FOR…MY SULTAN
I DIE FOR…TANAH MELAYU
With tanjak I be pride
As I die Kemelayuan
Semboyan possessing me
Perish or victory
I Won’t Die Till Breath Apart Me
What was left will be unforgotten
I Will Die…I Won’t Die
Ada rasa tak feel yg berlainan akan keluar dari lirik-lirik ni? Sudah pastinye lirik ni akan dinyanyikan dengan mood yg berlainan...Apa pendapat Anda?"
Yup aku mmg setuju dgn pendapat ni ... ok mungkin kita perlu terangkan kat sini , ianya bukan dari aku tapi mungkin sentimen org lain agak berbeza , yg kadang-kadangnya memandang lirik Tasyim dari sudut negatif dan pastinya akan ada cakap yg kita ni (termasuk aku) adalah sebagai kononnya racist .. yg pada aku tak salah ( utk menulis lirik ini) , kalau bangsa lain boleh bercerita mengenai budaya mereka sendiri .. tapi menapa bila kita bercerita mengenai diri dan bangsa kita sendiri ianya dikaitkan pada racist .. bagaimana pendapat hang tentang ni ...
Aku pernah berfikir tentang perkara ni dan ada jugak yg menyamakannya dgn White Power so aku Malay Power la tapi sebenarnye nawaitu aku cuma ingin menulis perkara-perkara yg berkait ttg diri aku bukan org lain. Aku byk menulis lirik utk bbrp bands di dalam dan luar negara tapi semuanye berkisar ttg mitos, fantasi dan kematian. Lirik mcmni tak susah nak di tulis kerana ianya bukan datang dari luhur hati tapi cuma di dalam kepala otak. Jika org kate ianya sebuah kereta walaupun ianya cuma seperti kereta walau mcmana kita cakap pun jika mereka berdegil sudah pasti ianya tetap sebuah kereta ... macamana nak adjust mentaliti or sentimen masyarakat?
Dgn pengalaman yg ada , bagaimana hang melihat demo Tasyim dan susunan lagu sebelum ni dan bagaimana pula kita akan meyimpulkan dengan lagu akan datang nanti ...
Lebih agressif dan mungkin teknik pembawaan lebih matang. Kami sgt² ingin mencuba instruments tradisional utk dimasukkan di dalam muzik yg akan dtg tetapi masih lagi di dalam perancangan dan perundingan. Kerjasama yg akan dibuat bersama geng² Cryptic Malediction & Dewangga Sakti I'Allah akan membuahkan hasil yg lebih obscure,dark,depressive,gloomy dan sadis. Jika kita dengar majlis di raja pabila menggunakan muzik rebana, gabus, gong, etc feel dia lain macamkan? Jika feel yg sama kita masukkan ke dalam muzik metal? Meremang aku rasa bila org dengar ... Semuanye masih di dalam perancangan tetapi lirik telah aku hasilkan utk dapatkan mood lagu tersebut. Lagu yg mungkin akan menggunakan perkhidmatan Zoy Cryptic dan Dewangga Sakti adalah Blood In My Vein, Bunga Kembang Pagi, I Wont Die dan Chanting Breadth of Sin. Tataulah yg mana satu Zoy dapat create atmosfera. Dari titles, yg mana satu anda rasa bagus untuk letak bunyian melayu kita? ...
Sebagai org yg pernah menguruskan label EGP dulu , biasanya apakah masalah bergerak sebagai sebuah label ...
KDN & Kastam byk prob. Aku dah habis beribu² ringgit distribute brg tapi kene tahan dengan dia org. Berkotak² dorang tahan. Terasa betul dicabuli ... Potensi penjualan market selagi brgan tersebut bagus dan sedap masih lagi dibeli oleh org ramai tapi sygnye yg sedap tulah kene tahan... Harap² dah ok tahun ini..I'Allah
Kalau aku tgk hang lebih pada pasaran luar utk membuat promosi , rasanya ini pernah dilakukan oleh Nebiula tapi adakah ianya berbaloi kerana potensi membeli agak susah utk pasaran luar negara , mereka pun lebih suka utk melakukan trade ...
Aku suka menggunakan trade or sistem barter sebab aku boleh support mereka dan mereka boleh support kita. Bukan apa asyik kita je support dan beli barangan mereka bila lagi mereka nak support kita? Kecuali label besar tapi aku pernah sound Relapse supaya distribute Langsuir demo dan beberapa stuff Msia. Aku cakap worth it berbanding bbrp titles yg dorg ada distribute. Aku cakaplah aku dah byk abis duit kat dorang bila lagi nak sapot scene aku..last mamat yg handle bhgn sales tu give-up dia ambik jugak dari aku...kahkah , Kadang² trade ni berbaloi kadang² tidak. Biasalah bisness kalu asyik nak untung je bukan bisness...takdela kita belajar akaun untung/rugi. EGP jika nak ikutkan tak pernah hadapi masalah mcm Nebiula atau label lain. Mungkin lucky mungkin rezeki. Jika ada stuff yg aku distribute (mmg ada pun) tak laku, aku akan trade dgn label lain pulak. Selagi ianya menguntungkan atau sekadar tukar suka sama suka. Cuma prob trade adalah KDN dgn kastam sebab mereka tahan barangan yg dihantar jadi di mana pulangannya? Mereka dapat stuff or ada tu aku tak dapat stuff so macamana aku nak hantar stuff aku pulak? Jika 1 parcel pun dorg tahan, sudah pasti beratus ringgit hangus kat situ sahaja. Itulah yg
jadi phobia bagi label di Msia. Tapi aku dengar di Greece pun ada prob yg sama cth Unisound dulu pun byk stuff dia kene tahan dgn kastam sana. Dulu masa rajin buat trade dgn Morbid Necromantia pun byk kali dia tukar alamat sebab nak elak dari blacklist ... Yg mutlak bisness pasti ada rugi tapi sayangnye memanjang rugi bukan disebabkan trade tapi disebabkan barang kene tahan ...
Ok hang pun banyak pengalaman ketika menguruskan EGP , biasanya apakah masalah bergerak sebagai sebuah label ...
dan macmana dgn pendapat hang sendiri dengan market di Malaysia yg pada aku sendiri masih lagi kuat walaupun agak mengecil cuma apa perlu dilakukan ialah meletakkan barang spt CD pada tempat yg betul dan juga promosi yg berganda ...
Iye aku pun rase sebegitu juga. Semasa keluarnya demo-cd ni aku risau jugak dgn market msia sekarang tapi aku dapat kepastian drpd member² di Kuantan & di bbrp tempat di Msia bahawa mereka ingin membeli keluaran kami kerana ramai lagi yg tak kesempatan dan ada yg tak puas hati dgn keluaran yg terdahulu disebabkan menggunakan cover kaset (hahaha). Sehingga kini hampir seratus lebih telah dibook akan di jual secara meluas melalui rakan² dan kedai² yg terpilih. Promosi diperlukan utk memberitahu org ramai di mana boleh membeli barangan ini dan yg penting kemudahan mereka utk membelinya. Samada melalui surat menyurat atau belian secara berhadapan. Sayangnye dahulu penjualan lebih berkesan melalui berhadapan iaitu melalui saluran gig/konsert tapi disebabkan kurangnya pendedahan tersebut penjualan terbantut hampir 50% ... Masih ramai pembeli atau supporter di Msia tapi kebanyakkan mereka tidak lagi menampilkan imej Metal seperti dahulu. Berkarier, bekeluarga tidak
semestinye tidak mendengar lagi muzik sebegini...yg pastinya teruskan promosi berganda... I'Allah bermula bulan depan demo ini akan berada di pasaran di luar negara iaitu di Turki, Usa, Sweden, UK dan sebagainya.
Mungkin kita blh cite sikit pasal Tasyim semasa dulu ... Tasyim dulu dikenali jugak dengan promo yg mendapat ulasan positif dan split nya ... bagaimana keadaan masa tu , maksud aku dari segi keadaan Tasyim semasa era tu .. cite sikit , panjang pun takpe ...
Ulasan yg kami terima hampir 80% positif di Msia mungkin oleh kerana muzik yg kami bawa senang ditelan oleh mereka dan mereka semua ingin sesuatu yg patut di banggakan. Kami hanya seperti biasa takde sifat rokstar atau perkara² yg org akan kate "Berlagak..taulah fames". Kami tidak ada satu apa pun yg kami rasa eh Kite Ni Dah RokStar la nanti ada org panggil main bolehla Demand...takde langsung berfikiran mcmtu. Apalah sgt sekadar popular di dalam negeri? Dahla main tak bagus lagi...
Yg paling menggembirakan kami ialah semasa kami beraksi di satu negeri dahulu, siap kami dengar ramai org dtg ke gig tu bertanye kat kaunter tiket "Bang, Tasyim datang main ke tak harini? Kalu Tak datang kami taknak masuk gig.." Cukup terharu ... Di Dalam Radio Thr ke apa tak ingat dah. Band apa yg nak awak minat..deejay tu tanye..."Tasyim bang..boleh tak tolong pasang lagu dorg?" "Sori Dik kami takde kaset dari band ni.." Di beberapa zine di luar negara sudah mula menyebut Tasyim jika bertanye tentang Msia. Itulah yg kami sgt harapkan iaitu apabila tanye je Msia apa ada? Langsuir, Sil Khannaz, Silent Death, Rator, Tasyim ... terasa dihargai ... Tahap kehidupan kita yg paling teratas ialah Kepuasan dan jika kita berada di dalam dunia Art ialah compliment@penghargaan dari ucapan terima kasih pun dah kira ok. Jadi apa yg kami nak adalah kepuasan berkarya dan ucapan terima kasih cukuplah ... Kami cukup berterima kasih kepada org kuat scene kita seperti Metal Terus, Hormala, Random dan sebagainya. Mereka yg mula membangkitkan kami sehingga menjadi begini selain kawan² yg beribu² di dalam dan luar negeri. Semasa kami ingin berdiam diri pun merekalah yg asyik tanye..Bile Nak Keluar Stuff Baru? Awat Senyap Je Tadak Idea Buat Lagu Ke? Semasa era itu juga kami mendapat banyak positif respon dari label dalam negeri terutamanya dan ada 2-3 labels di luar tapi akhirnya kami tolak oleh kerana kebanyakkan darinya mahu kami sign kontrak utk jangka masa panjang dan kepuasan berkarya berada di tangan mereka. Kami juga masih lagi ingin berada di dalam kelompok u/g sepertimana band² luar berada. Sekadar diskografi 2 langsung tak menunjukkan kami benar² sudah matang di dalam permainan jadi sebaiknya kami berada di dalam keadaan skrg sehinggalah seru sampai atau diskografi mencecah 5-6 ke? .. Kami berterima Kasih kepada mereka² yg telah memberikan sokongan padu sejak 1993 sehingga 2007...Kami akan tetap menghasilkan karya yg korg banggakn..I'allah
Ni soalan terakhir , dengan Tasyim (mungkin) bermain gig bulan 6 nanti serta keluarnya semula lagu dlm bentuk pro cdr daripada Tasyim .. mungkinkah apa selepas ini ...
Seperti yg ramai maklum kami ada banyak lagu yg belum direkod dan buat masa ini ada dalam 8 lagu yg kami ingin rekod dan jadikan mcd atau split cd. Ada beberapa label yg berminat nak rilis stuff kami dan kini masih di dalam perbincangan. Kami sangat ingin keluarkan rilisan vinyl@piring hitam oleh kerana produk sebegini sememangnya sgt diinginkan oleh mana-mana band di dunia u/g. Bukan sebab trend atau glamer tapi sesuatu produk yg dikatakan kvlt. Jgn risau kepada yg takde player piring hitam, egp pasti akan keluarkan cd "ep utk mereka dengar .. Kami ingin keluarkan produk 'Friendly Type" atau Produk Kawan² jadi ianya bermaksud kami ingin keluarkan split dgn beberapa band yg kami berkawan. Ramai yg berminat tapi buat masa ini kami ingin mendahului rakan² yg telah lama menunggu kebangkitan kami dan ingin berpadu tenaga keluarkan produk 'kawan' ni.
Kami cuma harap mereka iaitu supporter supaya tidak putus asa dgn scene kita kerana ramai yg masih akan mengembeling tenaga utk memajukan lagi scene kita hingga ke taraf antarabangsa. Lebih hebat drpd komersial mana tau? I'Allah ... Tunggulah mcd & split cd kami akan dtg. Jika takde aral melintang di pertengahan atau akhir tahun ni. Orang Melayu again Wilt Conquest. TQ Metal Terus kerana sapot kami...
by : Pikrama